Oct 31, 2012

bila tak tahu,sila tanya.jangan terus buat kesimpulan sendiri.bila dah tahu,jangan menghina;sila pimpin sama-sama.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau faham
yang
aku manusia biasa-biasa
macam kau
dan yang lain.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau tahu
yang
aku masih mencari ilmu
macam kau
dan yang lain.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau jelas
yang
ada masa 
bercakap bukan satu keperluan
ketawa bukan satu penyelesaian
tersenyum bukan satu pilihan.

cukup cukuplah.
jangan terlalu menyanjung
jangan terlalu mengkritik
jangan terlalu mengherdik
jangan terlalu memperkecil-kecilkan
jangan terlalu taksub
jangan terlalu melampaui batas.

aku manusia,
biasa-biasa
macam kau
dan yang lain.