Oct 19, 2012

jangan salah faham;suka bukan cinta.

jangan salah faham.


"kau suka dia eh?"

"a'ah. suka. "

"kiranya,kau pun cinta dia jugak lah eh?"

"tak. aku cuma suka ."

"suka dengan cinta tu tak sama ke? rasanya, dua dua perasaan. perasaan sayang."

"tak sama. aku cuma suka dia. belum tahap cinta. belum. "

"ahh,tipu lah. aku pun suka juga kat sorang ni,dan aku pun cintakan dia juga."

"itu kau. kau dah membiarkan perasaan kau tertunduk kat dia. kau dah membiarkan diri kau ada perasaan untuk rindukan dia. kau dah merelakan perasaan kau berada di suatu puncak yang kau sendiri tak pasti di mana"

"???"

"suka ini sejenis perasaan. suka ini belum sampai tahap sayang. belum sampai tahap cinta. cuma suka. pernah dengar satu lagi term; crush? "

"pernah, bagi aku tu pun sama"

"oh.kalau sama, dulu kau pernah bagitahu aku yang kau crush dekat dia.esoknya,kau jumpa yang lain, kau kata kat crush kat dia juga,kemudian,hari seterusnya,tahun berikutnya,dah lebih dari seratus orang kau crush. maknanya, dah lebih seratus orang kau cinta? dan dah lebih seratus kali kau curang dengan perasaan sendiri? begitu?"

" . .. . ....... .. "

"lain orang mungkin lain definisinya. cuma, lagi sekali aku nak ingatkan kau, mohon jangan salah faham . perasaan suka tak sama dengan perasaan cinta. dan ya, ini aku namakan crush."

"tapi , kenapa kau tak cintakan dia?"

"aku tak mampu."

"maksud kau?"

"aku tak mampu nak ada-kan masa untuk cintakan dia.sebab aku sedang cuba nak ada-kan masa untuk cintakan Dia.aku sedang cuba.tentang perasaan suka aku,cuma Dia yang tahu bagaimana;aku sendiri tak reti nak describe."