Oct 28, 2012

nota ringkas untuk diri sendiri.ulang taip;nota ringkas untuk diri sendiri.


dulu-dulu,bila kau belum besar,belum kenal makna Inertia,belum tahu apa itu Momentum,tak reti lagi nak kira logarithm,masih buta tentang Jantung sendiri; masa itu kau reti nak jadi seorang manusia.

ya,masa itu.
reti jadi
seorang manusia.

sekarang,
kau mahir tentang Kimia Organik,kau tahu pasal Stereochemistry.kau genius perihal kejuruteraan.kau pakar dalam segala hal yang sekarang ini adik-adik kau masih merangkak nak belajar ; masih merangkak.
masa ini,kemanusiaan kau makin hilang.

ya,
makin hilang
kemanusiaan kau.

memang aku bukan yang dewasa.
memang aku bukan yang matang dalam soal dunia.
memang aku bukan siapa-siapa.

tapi,
mata orang melihat.
telinga orang mendengar.
mulut orang bercakap.

bukan orang lain,
tapi darah daging sendiri.

kenapa.
kenapa.
tanya diri sendiri.

mak sendiri kau buat macam orang gaji
mak sendiri kau layan macam orang biasa-biasa saja.
mak sendiri kau buat dia terasa.
mak sendiri,
mak sendiri.

apa kau nak kata bilamana terpacul satu ayat lengkap dari mulut ibu sendiri;
"tak apa.mak ayah boleh dibeli,kan?"

apa kau nak rasa?
apa kau nak kata?

salahkan siapa?

tak,aku bukan nak tuding jari ke siapa-siapa.
bukan nak tuding jari kat kau,manusia.
bukan.

aku tuding jari ke diri sendiri.
cabut jantung,tanya dia;
"kau pernah buat mak senyum?"
diam.
"kau pernah buat mak menangis?"
di-pam sampai pecah salur darah.

kalau mak sendiri kau boleh layan sebegitu rupa,jangan tanya kenapa satu hari nanti hidup kau huru-hara.
jangan tanya.

tapi,
sebelum porak-peranda,
sebelum malaikat maut jalankan kerjanya,
mak masih ada depan mata,masih boleh dipeluk,dicium,disapa.
tanggalkan segala ke-genius-an,ke-mewah-an,ke-lebih-an yang kau ada,tanggal,bogelkan.
biar yang tinggal cuma kau dan tangisan.

"mak,maafkan saya"