Nov 1, 2012

harap tiada yang ucap Selamat Tinggal (:

aku tak tahu nak letak tajuk apa
lepas kau baca
kau fikirkan untuk aku
terima kasih
(:



banyak benda nak di-taip,banyak hal nak di-kongsi,banyak rasa nak di-muntah tapi malas nak taip essei panjang,malas.

mungkin bukan essei
sebab tiada perenggan
tiada penanda wacana
dan
tiada apa apa format untuk kau gelar 'essei' seperti yang guru sekolah rendah & menengah ajar.

malahan,
segala (,) dan (.) berterabur.seperti dah hilang fungsi asal.
fungsi untuk (berhenti seketika) dan (berhenti)

dah mula mengarut.

sebelum terus membaca,sebelum teruskan perjalanan mata,
anggap ini hal biasa-biasa.anggap ini hal yang tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
anggap ini hal aku sahaja.
cuma hal
aku (noktah)

kadang kadang,kita tak sedar perlakuan kita sendiri buat orang sakit hati (koma) kemudian mula membina macam-macam imaginasi buruk (koma) teruk (koma) dan jelik (noktah)

kadang kadang (noktah)

di sini (koma) ingin aku hitamkan pekat-pekat perkataan salah faham (bold) dan ini yang nak aku ketengahkan (noktah)

lagi sekali (koma) ini bukan essei panjang (noktah)

kita diam tak bermakna kita marah
kita tak tegur tak bermakna kita menyampah
kita buat hal sendiri tak bermakna kita tak hiraukan orang lain
tak (tanda seru)

cuma
kita terasa (noktah)

terasa dengan hal hal sekeliling (noktah beberapa kali)

ada aku terbaca statement (noktah tindih koma) terasa tu bukan satu hal yang bagus dan harus dielakkan waau seteruk mana pun ke-terasa-an kita (bold)

sudah (noktah)

kembali kepada topik (tiada apa apa)

bila kita masing-masing faham (koma) kenal (koma) dan tahu siapa kita (koma) dia (koma) dan mereka (koma) 
ambil peribahasa yang dah aku reka hentam semberono (noktah tindih koma) seperti kuman dalam badan yang mana kehadiran mereka tak dirasa tetapi perlahan-lahan jadikan kita si mangsa atau tingkatkan lagi sistem imuniti kita (berhenti)

nampak gayanya semakin panjang huruf huruf ini nak berjalan makan angin (noktah)

cukup


sila tahu yang aku taknak benci sesiapa 
malas nak marah sesiapa
tak ada nafsu nak herdik cela sesiapa

(noktah tiga kali)

kita kawan
sampai syurga 
insyaAllah

assalamualaikum (titik bertindih berserta kurungan yang membentuk satu senyuman)