Nov 6, 2012

terkilan,mungkin.

kipas diperlahankan,
selimut ditarik-menutup penuh hingga ke dahi.
dah pagi.
telefon dibiar mati di lantai
kaki melangkah berat mencari sumber air
tuala dicapai
pintu loker dibuka sebelum dihempas perlahan.
kaki diheret
tuala menutup penuh muka
jalan gelap
dinding dilanggar
terjaga.
bilik air rupanya.
segala jenis bahan kimia yang siap diproses--dipaket
dibawa masuk ke Mesin Air Hujan
azan.
muka dibiar bermain buih sabun
kepala dipenuhi buihan shampoo
mata dibuka--pedih.
sedang mandi,rupanya.
selesai bersihkan diri,
dibersihkan lagi untuk kedua kali--berwuduk.
mata segar
kaki tak diheret
cuma
perut lapar.
sejadah dihamparkan
tubuh ditutup penuh dengan telekung
surat cinta Tuhan dibaca
dalam keadaan separa mengantuk--syaitan jahat.
selesai.
air kotak susu dutch lady yang disusun di rak atas sekali
diambil guna kerusi--tak cukup tinggi.
sedut
sedut
dengan Oats Krunch Munchy
ah
bunyi enjin bas.

rutin harian
yang
kadang kadang
buat aku terkilan
kerana
otak belum sarapan.