Dec 28, 2012

andai post ini mengganggu segenap manusia,maafkan aku.ini apa yang aku rasa,ini yang jujurnya. - WO XI HUAN NI (:

dah berhabuk.
vakum.
lap.

cantik.

kembali kepada topik asal.

ada pernah dengar satu pernyataan;
"dari mata turun ke hati"

memang
tak dinafikan.

tapi
boleh dipertikaikan
sebab
tak berlaku pada aku
untuk ke sekian kalinya.

kenapa?

hati batu?
tak.
hati keras?
tak.
tak ada perasaan?
tak.

kenapa?

sebab ada jarak.
sebab ada tembok.
sebab ada dinding.
sebab ada penghadang.
sebab ada sesuatu yang menghalang.

"tak payah nak islamik sangatlah kan?kau tu bukannya alim mana pun"

ya,
memang aku tak sealim yang teralim.
memang aku tak bertudung labuh.
memang aku tak berpurdah.
memang aku tak.

tapi
tak salah untuk cuba,
kan?

tak salah untuk cuba supaya tak jatuh kerana lelaki,kan?
tak salah
kan?

persoalannya;
aku suka dia.

ini fakta.

persoalan keduanya;
aku takut untuk jatuh cinta.

jawapan kepada persoalannya adalah kerana
tak ter-mampu untuk aku luah melalui huruf yang mampu aku susun secantik yang mungkin.
tak mampu.

andai dia membaca,
andai Putera membaca,

baca baik baik,ya? (:

"dulu aku pernah jatuh cinta dan aku dah pernah merasa sakitnya terjatuh yang sia-sia.dulu aku pernah jatuh cinta dan aku pernah merasa rindu yang sia-sia.dulu aku pernah jatuh cinta dan aku pernah merasa parahnya ada cinta yang sia-sia."

dan

"sekarang aku sukakan kau.dan kau tak pernah menganggu solat aku.kau tak pernah melintas sewaktu aku membaca surat cintaNya.kau tak pernah muncul sewaktu aku bersama denganNya.kau tak pernah.kau cuma  akan hadir bilamana aku ter-syahid bersama nota-nota yang menjadi selimut tidurku, kau akan datangkan senyum bilamana aku tertidur dalam keadaan terlalu rindukan senyuman ibu dan ayah, kau akan memenuhi segenap ruang mimpi bilamana aku tertidur dalam keadaan aku tak pernah terfikir tentang kau.kau akan muncul"

sama ada ini mainan syaitan atau satu dugaan
aku kurang pasti.

aku cuma mampu untuk berdoa
dan
terus berdoa

cuma Allah yang Maha Tahu
cuma Allah yang Maha Tahu.

maaf sebab sukakan kau.
maaf sebab terlalu sukakan kau.
maaf.


(:

#maaf andai post ini buat anda rasa annoying tahap unta,maaf (:

Dec 19, 2012

tak apa.satu hari nanti kau akan rasa apa yang aku rasa.

kau akan rasa.

Dec 1, 2012

Isi kandungannya biasa-biasa saja.terpulang untuk kau mentafsir.

"boleh aku cerita satu kisah kat kau?" Kamal memulakan perbualan yang tak ada isi dari tadi dan barangkali apa yang bakal diceritakan pun tiada isi,juga.

tiada angin sepoi sepoi bahasa, tiada gula gula kapas yang redupkan padang yang agak kepanasan disimbah warna jingga oleh Gergasi Kacak.

tanpa memandang ke arah Kamal "ceritalah.aku dengar.aku hadam.aku lupa."

keduanya senyap seketika.ambil angin.ambil oksigen sebanyak mungkin.lalu keduanya berhenti di hujung padang; dimana terletaknya satu-satunya kerusi panjang hasil buatan tangan PakCik Tua yang baru meninggal dunia dua hari lepas.

"kau tolong dengar ya?" sambil mengajak Sam duduk sama di kerusi yang kakinya hampir dipenuhi lumut.

"ya,aku dengar.cerita cepat" masih tak memandang.seolah olah ada sesuatu yang dah bina satu tembok atau dinding antara dia dan kawannya.

"begini," dia mengalihkan pandangannya ke arah kawannya yang dari tadi memandang ke depan, yang seolah olah dia sedang bercakap dengan tunggul kayu.

tersentap.terkilan.tapi diabaikan.

"aku cuba nak jatuh cinta."

"aku dah muak dengar cerita pasal cinta.boleh cerita hal lain tak?" sambil memandang dengan bengis.dan agak sinis.

"tapi kau kata kau akan dengar?"

Sam mengambil posisi yang baginya agak selesa; bersandar sambil bersila.

"ceritalah" Sam membalas.

"aku cuba nak jatuh cinta.tapi aku cuba juga untuk tak jatuh.sebab aku rasa,andai aku jatuh, aku akan sakit. tapi bilamana aku cuba untuk tak jatuh, aku akan merasa sakit kerana seolah olah berpaut di dahan yang rapuh"

Sam tiada respon. mengeluh tidak, apa pun tidak. cuma bernafas dan terus bernafas. sama ada dia mendengar atau tidak, pun tak dikenalpasti. Kamal meneruskan suaranya.

"aku sukakan dia.terlalu suka.hinggakan aku dah tak reti beza itu halusinasi atau dia yang nyata. aku takut jadi gila. disebabkan itu, aku cuba untuk hilangkan istilah cinta. istilah jatuh cinta. dan aku risau aku tak mampu"

Sam tersenyum. 

Kamal kemudian menyambung luahannya, "boleh ajar aku macam mana nak hilangkan rasa sebegini?"

Sam tersenyum lagi. dia bangun dan mendepa tangannya. seolah olah mengajak Gergasi Kacak menerima satu pelukannya. 

Sam memandang ke arah Kamal dengan pandangan yang tiada rasa apa apa, dengan pandangan yang kosong,dengan pandangan tergantung.

"untuk hilangkan, tak semudah yang kau tengok cerita dalam kacak tv, tak semudah yang kau bayangkan dalam dunia imaginasi, tak semudah yang kau rasa kau mampu hilangkan. tak mudah. dan boleh aku tahu kenapa kau nak hilangkan rasa yang Tuhan dah beri tu?" Sam bernada bersahaja.

"sebab aku dah penat, mungkin" Kamal menunduk.

"sukakan seseorang yang tak sukakan kita adalah hal yang menyakitkan. sukakan seseorang yang tak pernah pedulikan pasal kita adalah hal yang agak memeritkan. dan, paling teruk adalah bilamana kita tak sengaja ter-jatuh cinta dan jatuh itu tak disambut elok,malahan dibenamkan kita dalam lumpur.itu sakit" wajah Sam tak se-serius isi percakapannya. seolah olah dia dah lali, dah ter-immune.

Kamal mencelah "tapi macam mana kau mampu untuk mengawal perasaan sendiri? maksud aku, macam mana kau boleh untuk tak merasa sakit bilamana kau pernah merasa benda yang sedang aku rasa?"

Sam tersenyum menampakkan gigi dan lesung pipitnya. tiada kicauan burung yang mengganggu perbualan mereka. tiada budak budak bermain bola seperti yang selalu ditayangkan dalam Samarinda.

"sebab aku belajar untuk menerima sakit."

"macam mana?"

"bila kita dah terbiasa disakiti, dah terbiasa dicaci maki, akan ada satu tahap dimana kita tak merasa apa apa.dan, suka untuk aku ingatkan, segala apa yang kau rasa, minta Allah pimpin. itu yang terbaik."

Kamal terdiam.dia bermonolog "aku dah terlalu jauh dengan Allah."

air mata lelaki yang dikunci rapat oleh ego,akhirnya membasahi pipi Kamal; tanpa dia sedar. dan Sam masih dengan senyumannya, masih.