Dec 28, 2012

andai post ini mengganggu segenap manusia,maafkan aku.ini apa yang aku rasa,ini yang jujurnya. - WO XI HUAN NI (:

dah berhabuk.
vakum.
lap.

cantik.

kembali kepada topik asal.

ada pernah dengar satu pernyataan;
"dari mata turun ke hati"

memang
tak dinafikan.

tapi
boleh dipertikaikan
sebab
tak berlaku pada aku
untuk ke sekian kalinya.

kenapa?

hati batu?
tak.
hati keras?
tak.
tak ada perasaan?
tak.

kenapa?

sebab ada jarak.
sebab ada tembok.
sebab ada dinding.
sebab ada penghadang.
sebab ada sesuatu yang menghalang.

"tak payah nak islamik sangatlah kan?kau tu bukannya alim mana pun"

ya,
memang aku tak sealim yang teralim.
memang aku tak bertudung labuh.
memang aku tak berpurdah.
memang aku tak.

tapi
tak salah untuk cuba,
kan?

tak salah untuk cuba supaya tak jatuh kerana lelaki,kan?
tak salah
kan?

persoalannya;
aku suka dia.

ini fakta.

persoalan keduanya;
aku takut untuk jatuh cinta.

jawapan kepada persoalannya adalah kerana
tak ter-mampu untuk aku luah melalui huruf yang mampu aku susun secantik yang mungkin.
tak mampu.

andai dia membaca,
andai Putera membaca,

baca baik baik,ya? (:

"dulu aku pernah jatuh cinta dan aku dah pernah merasa sakitnya terjatuh yang sia-sia.dulu aku pernah jatuh cinta dan aku pernah merasa rindu yang sia-sia.dulu aku pernah jatuh cinta dan aku pernah merasa parahnya ada cinta yang sia-sia."

dan

"sekarang aku sukakan kau.dan kau tak pernah menganggu solat aku.kau tak pernah melintas sewaktu aku membaca surat cintaNya.kau tak pernah muncul sewaktu aku bersama denganNya.kau tak pernah.kau cuma  akan hadir bilamana aku ter-syahid bersama nota-nota yang menjadi selimut tidurku, kau akan datangkan senyum bilamana aku tertidur dalam keadaan terlalu rindukan senyuman ibu dan ayah, kau akan memenuhi segenap ruang mimpi bilamana aku tertidur dalam keadaan aku tak pernah terfikir tentang kau.kau akan muncul"

sama ada ini mainan syaitan atau satu dugaan
aku kurang pasti.

aku cuma mampu untuk berdoa
dan
terus berdoa

cuma Allah yang Maha Tahu
cuma Allah yang Maha Tahu.

maaf sebab sukakan kau.
maaf sebab terlalu sukakan kau.
maaf.


(:

#maaf andai post ini buat anda rasa annoying tahap unta,maaf (: