Dec 6, 2013

Hope(S)

Allah,
you heard me.

Every second I breathe,
Every second I whisper,
You heard me.

For every tears I made;
For every sadness I feel,
You heard me.

You're always here--with me,now and always.

Guide me,Allah. Guide us,Allah.

To none I share those feelings,
To none I speak those secretes;
but only to You -- only You be my listener.

Even You knew every single story--for each second I breathe;
You still want to listen to my voice.

You still want to.
because You loves me, because You want me to find You.

Please dont let us ---
please dont let us forget you in every steps we take.

Hope this heart alive with You.
hope this heart beats only for You---

Im hoping.

Nov 17, 2013

Senyum (ii)

Setelah dikorek-korek,digali-keluar dan dibelek-belek; hati aku keluarkan. jiwa aku bentangkan. rasa aku hamparkan.

Tarik nafas dalam-dalam.

Sedih,sebenarnya.
Terkilan,sejujurnya.

Tarik nafas dalam-dalam.

"Kau tak boleh biar perasaan ni kongkong kau."

"Apa aku boleh buat kalau tu je yang aku mampu?"

"Bebaskan. Biar dia pergi. Biar rasa tu mati"

"Cakap senang. Cuba kau rasa"

"Degil."

Orang kata,
kalau diikutkan hati,mati. ikutkan rasa,binasa.
Peduli apa aku dengan peribahasa semua.
Pernah kau merasa?
Kalau secalit pun tak pernah,jangan di-kondem rasa orang lain.

**Perasaan yang menggila menghasilkan penulisan yang tak ada jiwa,tak ada manusia.**

Rindu adik.
Rindu sangat.

ahhhh.


Tulis macam belacan.



Entah kenapa rasa ni buat aku rasa macam nak baling batu bata yang ada kat sesiapa saja yang buat aku jadi raksasa.


Sesiapa sahaja.


Raksasa.


Sesiapa sahaja.

**dangg,kena diri sendiri.



Kbai.

Nov 12, 2013

Monolog (?)

Alkisah seorang manusia yang sedang cuba untuk tak serabutkan diri tapi terpaksa serabut dek keserabutan yang terlalu serabut. Maka, manusia ini membuat satu keputusan dan satu tindakan.

"Aku kena buat jugak"

Terdiam dan teruskan berfikir. Ambil telefon, campak. Ambil semula dan cari nama.

"Dah jumpa!"

Selang beberapa saat, "Buang masa" Telefon dicampak, lagi.

Sementara berfikir kononnya, Chipsmore digigit gigit dan bersepah di lantai. "Okay, tenang"

Berlari anak ke bilik mandi, mandikan gigi dan pipi yang penuh cokelat, "Segarnya!" dia senyum sorang-sorang.

Dia cuba tenangkan diri,lagi, sambil menarik comforter melitupi tubuhnya serta kepalanya.
"Selamat malam dunia yang serabut"

Rutin harian yang dicuba untuk hantar pesanan ringkas tapi tak berjaya. Rutin harian yang dicuba untuk dial nombor tapi tak berjaya. Rutin harian yang rumit tapi diteruskan.
________________________________________________

Perasaan bila disimpan dan dibiar lama -- berkulat, katanya.
Tapi, tak bagi aku.

Perasaan yang disimpan dan dibiar lama --
tumbuh bunga
duri
dan
reranting pokok yang dihujungnya dedaun renek.

Bukan nak kata perasaan ni segar subur dan baik;
tapi
ini yang dirasa
ini yang aku rasa --
serabut.

Oh dan Hai kau yang membaca
(aku harap kau yang membaca) --
Aku sukakan kau dan taktahu sejak bila
Aku sukakan kau dan taktahu kenapa
Aku sukakan kau dan kau tak tahu apa apa.
Mungkin sebab kau sibuk dengan mereka-mereka
Mungkin sebab kau sibuk dengan masa yang tak ada
Mungkin juga sebab kau dah sukakan sesiapa. Eh ?

*patah*

Ok.
Selamat malam.
_______________________________________________________________


*Gambar dia atas merupakan gambaran ringkas bilamana manusia tersebut cuba nak contact manusia lagi satu,risaukan dihempap dikejar dan akhirnya dia terpaksa berlari dan terus berlari*


Nov 8, 2013

Bad thoughts negative feelings ; please please go away.



“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”
[HR Bukhari]

_________________________________________________________

susah,tapi kena cuba.
sama macam nak turun ke kafe,nak makan. kalau taknak,memang takkan turun. tapi kalau betul-betul nak dan terlalu nak sebabkan nak,
automatik rasa malas tu campak luar tingkap dan eh dah sampai kafe rupanya
:)

fighting Lina !

Oct 20, 2013

Alah bisa tegal biasa; bila dah merasa ,apa apa pun jadi tak terasa. Eh ?

Macam mana nak cakap eh ? Ada satu gumpalan perasaan.
Gumpalan perasaan


Gumpalan perasaan yang digumpal-gumpal-gumpal dan terus digumpal.

Bila dibaling tak pecah
bila ditetak tak retak
bila dibuang tak hilang
bila dihempas tak bersepai.

Kebal -- katanya.

Macam mana nak cakap eh ?


Susah nak 'flush' perasaan ni terus ke loji najis
sebab ianya bukan najis -- aku rasalah.

Susah nak 'undo' perasaan ni dan 'save as' dan hilang terus lenyap 
sebab bukan robot -- aku rasalah.

Macam mana nak cakap eh ?

Si Jemah yang katanya kuat membebel ganas dan kaki besi
tiba-tiba jadi terkelu terdiam dan mati dalam rasa sendiri --

*Mati dalam kurungan bermaksud terbeku*

Macam mana nak cakap eh ?


Sebabnya--
kalau dicakap diluah dimuntah;
diri sendiri yang terkebumi dengan rasa sendiri.

Ya,ter-kebumi
Mungkin sebab ini adalah rasa suka.

Gila.

Okay.
Bai.

Sep 10, 2013

Maaf & Terima Kasih (=



Terima kasih 
untuk segala senyum yang dah kau bungkus & campakkan,
untuk perihal mimpi yang tergantung dan songsang
dan
untuk semua jenis suara yang bisikannya cuma sekadar kematian kata.

Terima kasih
sebab
tunjukkan sesuatu yang
noktahnya takkan ada
soalnya entah ke mana.

Terima kasih
(:

p/s : untuk sekalian manusia,Terima Kasih kalau merasakan ini bukan untuk anda & Maaf untuk sekalian yang terasa tapi jujurnya, anda tak pernah dan takkan wujud dalam watak cerita. Terima kasih (:

Aug 24, 2013

Cuba nak senyum,


Source : Google Image


Satu hari, segala bekalan oksigen yang dah disedut-hembus, segala karbon monoksida dan toksik yang ditolak tak mau,
segalanya barangkali akan
berhenti
dan
iya, berhenti.

Bukan kerna kau mati; bukan kerna ianya tak mencukupi atau bukan kerna segala sistem berhenti berfungsi;

tapi kerna
kita dah menolak yang realiti
dan
"Selamat Datang,Imaginasi"

**bukan topik ini yang nak aku bawa ke sini. bukan.tutup cerita**


__________________________________________________

Kalaupun ilmu dah meninggi melepasi Gunung Gergasi - - merentas awan yang dianggap cuma saki baki
ini bukan lesen
bukan lesen untuk
biarkan yang dibawah merasa
mati.

Sebelum segala yang dah kau ada sekarang
sebelum semuanya yang dah kau punya sekarang
cuba ambil sedikit waktu
sedikit masa
dan sedikit pita perakam yang dulu-dulu kau guna 
untuk ingat kembali (andai kau lupa)
tentang;
ibu kita serupa
ayah kita sama suaranya
bilik yang dulunya kita sepahkan bersama
dan
ruang yang kita guna untuk segala hal suka&derita - - 
ruang yang dah garap segala tangisan dan ketawa
ruang yang dah kita hempaskan segala rasa;
ruang yang kita rasa selamat dan selesa.

masih ingat?

sekarang cuba dengar apa huruf aku mau bersuara;

Maafkan pada yang meminta dimaafkan;
mungkin itu yang terakhir kali dia meminta,terakhir.

Yang Menulis;
Darah Daging.

Aug 13, 2013

Senyum tak salah, Menangis pun tak salah. Salahnya cuma,bila kita yang salahkan. Entahlah salah,salah yang salah.

Kadang sewaras-waras kita - -
segenius-akal kita - -
sehebat-hebat kita;
kita tertewas dengan perasaan kita sendiri, terkadang.

(TER dalam kurungan bermaksud tidak sengaja)

Jangan ditengok orang lain
Jangan dibimbangkan orang lain
Jangan diperhati seinci pun ke mana nafas orang lain
Jangan - -

Biasakan diri dengan 
ambil diri sendiri sebagai satu objek
satu subjektif
satu topik
untuk dibelek-belek.
Diri sendiri,
jangan duk kalut bayangkan Timah belakang rumah,
jangan duk kabut teringatkan Leman gangster kampung.
Jangan.

Perasaan yang digumpal gumpal
dironyok-ronyok
ditenyeh-remuk
dibelacan-teruk
perasaan ini yang kau (aku) gunapakai sekarang.

Segala anasir luar dibiar telus - - tertembus
ke ruang "Jiwa Kosong" (katanya)
dan kau (aku) terjelepuk
tertunduk dan
terduduk

iya,
dengan perasaan sendiri
yang dah kita cipta sendiri
walhal kita tahu
walhal kita sedar
ada batu konkrit yang 
katanya dah dibina hebat
tapi runtuh
rapuh
roboh
semata cuma
kita tak mampu 
kita tak mampu nak jaga.


Maaflah,selaku manusia,selaku hambaNya yang terlalu padat dengan cela;
kadang terkalah dengan 
emosi sendiri.

p/s: kepada  yang tak mampu nak maafkan sesiapa,nanti akan aku tuliskan "MAAF" atas kertas kecil dalam kuantiti yang banyak (terpulang kepada permintaan) supaya bila orang MINTA MAAF,kau (aku) mampu nak beri maaf. kalau kepingan kertas dah habis,boleh di-refill. Tak ada masalah :)

Assalamualaikum & Selamat Malam penduduk Bumi & Alam Semesta (:

Aug 7, 2013

Ucapan .


& Walaupun kita tak kenal,
tapi kau ada terasa dengan aku (bersebab atau tanpa sebab),

aku minta maaf.
(:



Jul 25, 2013

All or Nothing (:

If you love me
for what you see,
only your eyes would be
in love with me.

If you love me
for what you've heard
then you would love me
for my words.

If you love 
my heart and mind
then you will love me
for all that I'm.

But if you dont love 
my every flaw
then you must not love me --
not at all.

by Lang Leav



Jul 21, 2013

Kadang,mimpi tu kau kena alami sendiri.baru kau tahu pahit manis jadi Sang Pemimpi (:

Hamparkan sebentang kertas lukisan supaya aku bisa bercerita perihal mimpi yang aku cuba nak lakarkan pada langit membiru,tetapi gagal.

Ada orang kata;
"Mimpi kau gila."
"Mimpi yang tak masuk akal."
"Your dreams make no sense,at all"

Tapi,apa aku kisah? :)
Setiap mimpi,ada tuannya.Setiap mimpi,ada warnanya.dan setiap mimpi,ada indah-ngerinya.
Bermimpi dan hadam.

Minta sedikit cebis imaginasi,supaya setiap lopong yang tak dikenalpasti,mampu untuk kau penuh-indahkan dengan gambaran kau sendiri.

Waktu kejadian,bukan malam,tiada orang lalu lalang dan cuaca tenang.
Aku berada di kaki bukit,dan sedang melihat satu fenomena yang cuma Allah yang tahu betapa susah untuk aku cuba terangkan dalam bentuk huruf yang berterabur; tapi aku cuba.

Di atas bukit, kelihatan segala jenis haiwan berlari-lari dan menembusi lapisan biru,dan nampak berair.
Lapisan biru berair itu menyelaputi keseluruhan bukit,dimana secara ringkasnya,
aku berada dalam selaput ini.
begitu juga dengan haiwan-haiwan yang sedang berkejaran,berlari-lari anak dan ada yang biasa-biasa saja jalannya.
Masing-masing keluar-tembus melalui lapisan biru berair.
Biru itu,warnanya bukan biru tua,bukan biru muda bukan juga turquoise (aku tak reti eja,maka aku right click dan itu ejaan sebenarnya,rupanya)

Biru itu seakan-akan warna laut,tetapi bukan.Ahh,biarlah.tapi itu biru,dan nampak air-nya.
Nampak,jelas,itu tekstur nya.

Aku yang sedang berdiri terpaku melihat kejadian di atas bukit,cuba untuk pergi ke sana.
Beranikan langkah, percepatkan pernafasan dan ahh,indahnya.Aku dah sampai.
Sekumpulan Ostrich berlari-lari cuba keluar dari selaput berair,dan
lapisan itu aku sentuh,pegang dan rasa.
Memang berair,tapi tangan aku tak basah,sikit pun tak.
Cuma Tuhan yang tahu bagaimana teruja nya aku pada ketika itu,(begitu juga sekarang)

Salah seekor daripada Ostrich tersebut cuba menghampiri aku,dan entah kenapa
aku berlari,berlari dan aku terus dikejar dan dikejar.
Aku ambil keputusan untuk berhenti dan tenang,sambil tenung tepat ke muka Ostrich.
"Kau nak apa?"
Tanpa sedetik yang tinggal,lehernya dipanjangkan ke arah aku,dan paruhnya (paruh barangkali namanya) mengangkat aku,
"Naik" bisiknya.
Lagi sekali,cuma Tuhan yang tahu betapa jantung ini tak cukup oksigen untuk bernafas dek keterujaan yang teramat sangat.

Setibanya aku di atas Ostrich, lehernya aku peluk dan badan aku bongkokkan sedikit dan,
langkah Ostrich dibesar-laju kan,
Ya Allah, jangan kejutkan aku lagi.

dan aku terus dibawa pergi,laju dan tanpa hala tuju.Mungkin terlebih tengok cerita-cerita animasi,
aku tolehkan kepala ke belakang,dan
kami dikejar oleh sekumpulan Ostrich yang wajahnya bengis,garang dan seakan-akan aku ini hidangan tengah harinya. Setibanya di suatu tempat menghijau,cuma aku dan Ostrich.tanpa sekumpulan Ostrich yang jahat (aku assume mereka jahat,sebab kalau tak,kenapa perlu kejarn dengan wajah sebegitu?)

"Kau tunggu di sini.Jangan pergi mana mana" itu suara mata Ostrich yang aku tunggang.dan dia pergi.
aku cuba menikmati kehijauan yang dah berjaya menggoda buas mata aku,
dan,
telinga aku menangkap bunyi kelajuan Ostrich yang boleh aku katakan, "kuantiti tapaknya banyak.ahh mereka ramai!"
aku berlari dan terus berlari,dan terlupa pesanan Ostrich tadi.aku terlupa.

dan,
nasibnya,aku tanggung sendiri.
aku tanggung.
aku dikejar-ganas oleh mereka,namun kaki ini tak mahu berhenti dan tak mampu berhenti.
entah ke hutan mana aku dibawa pergi oleh kaki aku sendiri,
aku tak ingat.

"CHIMONN CHEWIWIT! BANGUNN SAHUR!"
duhh,
aku nak naik Ostrich,lagi :/

kalaulah aku boleh lampirkan lukisan mimpi,dan kalaulah bantal aku mampu menjadi mesin fotokopi,
akan aku tunjukkan kan keadaan bumi yang aku jejak;
keadaan bersama sekalian haiwan buas&jinak,
keadaan menikmati kelajuan Ostrich tanpa perlu risau tentang saman polis,
keadaan mimpi yang walaupun tak masuk di akal,walaupun tak indah bagi sekalian yang membaca,
tapi
doa aku,
mohon aku dibawa lagi ke mimpi ini.

supaya aku bisa habiskan pengembaraan bersama Ostrich ,aku nak habiskan sendiri.





oh,Chimon Chewiwit adalah panggilan untuk aku,
yang dipanggil oleh adik bongsu aku.
katanya,
lagi 2 bulan dia cuba cari nama baru,
entah dari mana dia dapat nama ni,aku pun tak pasti.

Jul 7, 2013

(=



"To have a strong heart, 
you have to have
 a good & strong relationship 
with Allah"


Jun 24, 2013

& that's how the story ends (:

Dear Heart,

Enough.
I'm tired.

Help me to forget him.He is only 'crush' that really applies its meaning.


Enough.

Wake up,step forward & smile.

You cant always get what you want; 
but you will always get what Allah thinks you need the most.



Enough.
You've known the fact about "He likes that girl,he likes her very much"
So,why keep on questioning that?
Move on & smile.


Move on :)


May 29, 2013

Monolog (iii), katanya.

"Aku rasa, makin aku cuba keluar dari kegelapan, makin aku cuba memasuki Jalan Buntu"

"Kenapa? Kau tak jumpa cahaya?"

"Aku jumpa,tapi kadang aku rasa Si Jahil dalam jiwa aku yang cuba tarik tangan aku,bawa masuk dalam satu tempat yang gelap,mendap dan busuk"

"Kenapa tak melawan?Kata kuat?"

"Dah aku lawan,dah aku tendang sampai aku pengsan, dah aku tikam sampai aku tergadai, dah aku tepis sampai aku tersadai. Si Jahil sepertinya taknak tinggalkan aku sorang sorang."

" . . . . kau nak aku buat apa? "

"Tolong bawa aku keluar dari sini.Aku mohon, "

"Kau nak aku buat macam mana?"

"Dengar dulu apa aku nak cerita,dan kau boleh simpulkan kau nak buat apa,"

"Aku dengar"

"Pernah merasa diri sendiri diselubungi dosa yang menebal,yang buat diri kau merasa bebal yang sangat membeban ? Pernah merasa mencuba bawa keluar hati kau, dan yang kau lihat cuma bangkai yang membusuk dan berkulat? Pernah merasa cuba menyentuh langit membiru dan yang dicapai cuma debu yang beracun? Pernah merasa berada dalam kelompok manusia dan diri kau cuma si pendosa yang menggalas segala hina dan aib? Pernah merasa tatkala kau bersujud, menangis dan yang kau rasa betapa munafiknya kau selama kau bernyawa? Pernah ? "

" . . . "

"Kenapa diam ?"

"Soalan tu kau boleh jawab sendiri, sebenarnya"

" . .. .. "

"Kau merasa semuanya, sendiri. Kau melihat semuanya, sendiri. dan, jawapannya, kau tahu, sendiri"

" . . . . "

"Jangan ditanya bagaimana. Jangan disoal sejauh mana. Jangan pertikaikan apa apa. Ini hal antara kau dan Pencipta. Ini masalah antara kau, hati kau dan Yang Maha Mendengar. Selagi mana kau boleh bernafas, jangan pernah lupa untuk bertaubat; jangan pernah lupa untuk minta Dia tunjukkan kau jalan, jalan untuk kau keluar dari kejahilan kau. Hati kau, hati kau; hidupkannya kembali. Hidupkannya, kembali."

"Aku dah cuba,"

"Jangan cakap kau dah cuba selagi kau belum merasa manisnya beribadat kepadaNya."


OH ALLAH GUIDE MYSELF PLEASE DONT LET ME GO ASTRAY,


May 11, 2013

i should not mention your name,but i told Him about you,every time i talk to Him; in my prayer.

mungkin suara ini tak didengar jelas
mungkin suara ini tak bergetar lekas

pintanya cuma satu;
kalaupun dia sudah jatuh, pimpin dia untuk bangun.

pintanya yang kedua - -
kalaupun dia tak mau bangun, ajar dia untuk hidup.

pintanya yang terakhir ; 
kalaupun dia malu untuk hidup, bisikkan dia Allah itu Maha Penyayang.

_________________________________________

ada satu ketika,
jasad ini dibiar mengeras bersama
roh yang terbebas.
tika itu,
yang ada cuma
dia
dan Tuhannya saja.

maka dia cuba berbicara;
"Wahai Tuhan, hati aku telah mati !"
"Wahai Tuhan, hati aku dah lama berbangkai sepi"
"Wahai Tuhan, aku mau hati satu lagi"

suaranya makin pudar
sayup-sayup meminta dan terus meminta

"Ya Tuhan ! Mohon diterima sujudku,mohon diterima solatku"

________________________________________________

mulanya dia taknak jatuh,
mulanya dia tak terfikir untuk terjatuh
tapi Allah itu mau menguji
Allah mau menguji sejauh mana dia mampu berdiri

dek kerna sifatnya yang lemah
dek kerna hatinya tak gagah
dek kerna jiwanya habis dimamah
dia tak sedar dalam doanya 
cuma ada satu nama
cuma ada satu nama.

______________________________________________

Oh Allah, please make my heart stronger.
please make my heart stands still.
I'm begging Ya Allah :'/




May 4, 2013

Those moments I want to keep them alive :')

3 Mei 2013 (Jumaat)

alhamdulillah,praise to Allah for giving us a chance to meet. it has been a long time after we've finished our matriculation last year, 2011/2012.


Qaedi Zulqisti (Universiti Malaya, Pharmacist-to-be,insyaAllah) ;
alhamdulillah, im too grateful to have you as my superb awesome bestest friend ever :')
dulu,kat matrik
gaduh tu benda biasa.
bila gaduh,kelas jadi senyap.hinggakan ada lecturer tanya;
"lina dengan qisti gaduh ke?"
kekadang angin kita tak sehaluan
kau dengan ego kau
aku dengan degil aku
masing masing nak menang (=
apa yang ikat kita?
perasaan saling menghargai; benda ni yang aku rasa mengikat kita (=
bukan nak poyo bagai;cumanya
i do appreciate our friendship. i do :)

Norhana (Uitm Pahang, The Earth Lover) aku lupa nama kos kau apa.haha ;
again, alhamdulillah. alhamdulillah because i have you :)
ada masa kita tak bertegur
ada masa aku buat kepala sendiri
dan kau terpinga pinga.
hinggakan aku pesan;
"kalau aku buat perangai, sila tumbuk aku"
kekadang bipolar tak menentu.
(bipolar? aku kena fikir dua tiga kali untuk guna term ni
rasa macam tak kena -..- )
kau tegur bila aku salah
kau marah bila aku salah
kau cuba tarik aku bila aku salah
terima kasih sebab tak biar aku tenggelam sorang-sorang =)

ada lagi Irlan dan Faiz. entah bila kita akan kumpul reramai (=

_________________________________________


"Eija ! tengok ! cantik tak?"
Eija berlari lari.
"cantik!" kata Eija kepada aku
"Qisti, cantik tak?!" sejurus aku nampak dia juga ke arah tempat aku berdiri
"cantik" dia senyum

aku belek dan terus belek.
"em not bad harga dia"
"Lina, kau nak?" soal Qisti
"nak memang nak,tapi kita kan nak jenjalan lagi.jadinya,risau jumpa yang lagi cantik" aku senyum
dia senyum, "kau nak? hadiah birthday kau"

. . .. . 
waktu tu rasa nak terduduk
terharu  yang amat sangat
"Qisti, kau serius?"
"yalahh Linaa.kau nak tak?" dia senyum
tanpa aku sedar,Eija di belakang,rupanya dia anggukkan kepala (bagi pihak aku katanya)
disebabkan aku tak tahu nak olah rasa aku bagaimana,
cukuplah sekadar aku nak bagitahu
aku bersyukur,sangat :)

aku dan Eija pusing pusing kawasan sale tersebut
dan Qisti panggil,
dihulurnya plastik yang berisi jam 
"Happy Birthday Lina!" sambil tersenyum 
"Qisti ! aku terharu !" berkali kali aku cakap benda yang sama
dan berkali kali juga dia balas dengan senyuman,tanpa penat (mungkin)

______________________________________________





Let the pictures speak & let the moments spread its love :)
_______________________________________________

Thanks a lot my dear superb best friend :')
_______________________________________________


Till we meet again, insyaAllah =)

______________________________________________

lagi satu hal, 
hari yang sama,tarikh yang sama
dan jam sebelas malam lebih rasanya.
Senior text;
"Dimanakah? mahu atau tak?"

aku balas apa , aku lupa. yang penting aku cakap aku nak =)
beberapa minit kemudian
Senior call,
"Lina,turun court sekarang,turunn"

aku turun,
court kosong,takda orang
gelap
*dial number Senior*
"Heloo.dimanaakahh? takda orang pun"
"Jalan depan,tengok depan."
ada belon,dua biji,diikat pada tangga
"wahhhhh!" aku jerit tanpa aku perasan dia ada di tangga depan 
"dimanakahh?"
"ada je kat depan ni"
langkah aku percepatkan (mungkin terlalu gembira dan terharu)

"terima kasihhh untuk belonnyaaa!"
"sama sama" dia senyum :)

sampai bilik,aku senyum sorang sorang tengok belon
tiba tiba perasan ada ditulis
"Pucca" 
atas belon warna merah
aku senyum,lagi dan lagi =)

_________________________________________

too much things i have to be grateful at.
Allah has given me sooo many unexpected things 
Allah knows how to make me smile,
Allah knows :')

even it is just a small thing,
but for me,even it's just a balloon,
i do appreciate it
because
perhaps because of you,Senior :)

_________________________________________

ya aku jenis gilakan belon,sangat.
sebab aku rasa teruja dan teruja bila dapat belon.
entahlah,perasaan ni memang dah ada sejak kecil rasanya :)

_________________________________________

&& thank you for always being the superb one for me :)
&&
thank you Allah 
thank You for these moments
thanks a lot :')
"there's a smile behind every pain.there's a tears behind every smile"
:)

Lots of Love,
Myself :)


Apr 25, 2013

Crush itu bukan siapa siapa (:

jangan ditanya kenapa.
jangan ditanya sampai bila.
jangan ditanya mampu ke?
jangan ditanya apa apa.

aku dah buang segala yang ada
jauh jauh
tinggi tinggi
hapus-terus-ke angkasa

aku dah buang sejenis perasaan
yang dah jadi beban
selama aku merasakan itu adalah beban

dan
mohon perasaan itu
mohon,
sila datang semula pada minit & saat yang sesuai

sebab
walaupun jantung aku tak ada luka
walaupun jantung aku tak ada apa apa kesan perlanggaran jiwa,

sakit tetap ada.
sakit menanggung penat yang sia-sia.
sakit yang menanggung perasaan yang sia-sia.

biarlah orang nak kata apa,
biarlah orang nak label aku apa,
biarlah orang nak kutuk aku apa - -
asal aku tahu yang Allah itu ada, selalu ada.
dan
hati aku,
aku berdoa;  biarlah
Allah yang jaga.
___________________________________


aku terlintas nak menulis bilamana si apai tweet tweet tadi petang,



p/s : Apai, kalau ada masalah dengan perasaan&orang; jangan diusik orangnya.tapi, kawal perasaan kita (:

Apr 21, 2013

Sampah edisi terhad.


dah itu lumrah;
suka itu satu lumrah.
sukakan sesiapa, teruskan saja.
sukakan lelaki berbaju biru, sukakan saja.
sukakan perempuan bersepatu putih, sukakan saja.
sukakan dia yang senyumnya cantik, sukakan saja.
kerna kau punya hak; hak untuk suka.

cuma salahnya 
bilamana
kau tersalah rasa.
kau tersalah rasa.

ada orang yang
tak suka dirinya disukai.
ada orang yang
lebih selesa "kita kawan sampai mati"
ada orang yang
tak mahu apa-apa.
tak mahu rasa apa-apa.

kita kenal tak lama
gelak ketawa pun kadang tak bersama
menangis berduka pun jaraknya berdepa-depa.

kita kenal tak lama
sekadar jadi pendengar; itu hal biasa-biasa.
sekadar hadiahkan doa; itu hal  biasa-biasa
sebab
kita kawan
sampai bila-bila.

she does not want to have any feeling(s) at this moment
because
she is too tired to get hurt
she is too hurt to hold the expectations.
&&
she cant even forget her past,which sometimes be her present.

she is begging
she is begging
dont have any feeling(s) toward her.dont.
she is happy
to sleep without thinking Good Morning text
to eat without thinking Enjoy Your Meal's wish
to pray without thinking about the desires to be loved by others but Allah.

she is happy to stay like this - - 
she is happy to have herself while others are lost when they missed someone.
she is happy to have Allah, the only one who knows
everything
anything
about her,
what she needs
and
how to guide her.

again,
if you feel something toward this little girl,
she is begging you to stop & give it to other woman.

&& 
we're friends & bestfriend, always, till Jannah, insyaAllah (:



kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita rasa---
inikan pula nak tahu apa yang orang lain rasa.

:)

Apr 20, 2013

the best gift is

when you see your mum&dad is smiling.

:)

Apr 13, 2013

Jam Pagi.

KARMA.

dulu,karma ni macam "kita bff forever lahh bro" gituu.(konon)
dulu, "malas nak layan kau,biar karma je lah yang settle-kan kau" (konon,lagi)

dedulu bila teringat, rasa macam "apahal 'genius' sangat?" (kononlah sekarang ni genius sungguh.konon)

apa yang kita buat kat orang, benda tu akan dapat balik kat kita.kan?
apa yang kita buat orang rasa, kita kan rasa benda tu semula.kan?
apa yang kita bagi kat orang, kita tanpa tangan terbuka akan terima semula benda tu.kan?

orang kata; thats life.
aku kata; inilah kehidupan

ambil pita perakam (atau kaset ke nama dia?) dedulu, yang bersegi empat,dalamnya ada tali pita yang tergulung kemas - -
uraikan.
uraikan.
uraikan.
maka,
ianya akan rosak.tak dapat di-mainkan semula.tak dapat digunakan-langsung.
rosak,
habis.

lalu ada yang terfikir;
"kan bagus kalau memori kita macam tu.bila dah taknak,boleh ditarik-diurai-dilangsai bagai.dan,hilang.senang."

kalau kau nak macam tu,ambil kepala hang, pi hentak lelama kat dinding yang kukuh binaannya, hentak hentak dan hentak sampailah kau rasa otak kau menari-nari.
pi jumpa doktor
tunggu doktor sahkan "pesakit ini sudah hilang ingatan.tipis harapannya untuk pulih"

gitu?

seronok sakitkan diri sendiri, kan?
seronok bertindak kejam ke atas diri sendiri, kan?

lalu kau ketawa dan ketawa;
"HAHAHAHA.hidup aku,ikut suka aku lahh"

pi lah kau dengan hidup kau.pi main jauh jauh.Tuhan dah bagi pinjam badan,tak reti nak jaga bebaik.kucing pun tahu nak jilat luka dia sendiri"

aku dah lari topik,sekali lagi.

tentang soal karma;
begini.

aku teringat satu lirik lagu ni;

"Usahlah engkau persalahkan kakimu
andainya rebah di bumi mu sendiri
mungkinkah ada kesilapan semalam
lafazkanlah sejujur hati"

nampak tak aku bold tang mana? gituu,besar lagi.

kekadang,selaku manusia yang mudah alpa, bilamana ada rasa yang tak kena,
bilamana ada sesuatu yang tak diduga,
mulalah tuding jari ke sana ke sini 
mulalah baling batu tuju kawan sendiri
tapi lupa nak tampar diri sendiri.

lupa nak tampar diri sendiri, lelaju.

kan?

maka,perihal karma tu,aku rasa,sebelum suruh karma tu jalankan tugas dia,apakata ingatkan aku untuk;
"pi muhasabah diri.jangan duk nak hentam orang semberono je.karma tu malas nak layan hang"

hah,gitu?
but much better if you told me ;
"if people hurt you,dont hurt them back to make sure they know how you feel.dont.if they hurt you, ask Allah to keep your heart calm & calm."

p/s: 
"kenapa Meon dan Jemah tu buat aku gini? kenapa dorang suka sakitkan hati aku?"

"kau ada sakitkan hati sesiapa tak sebelum ni?"





baiklah,dah subuh.seronok sebenarnya tak dapat tidur ni,seronok (seteresssss!)
kawan cakap
"alah biasa tegal biasa.dah selalu habis Festik jam pagi, maka sistem badan pun dah tak betul."

Assalamualaikum (:

Apr 8, 2013


Apr 5, 2013

you're funny.no you're not.

ada satu hal yang duk berlegar-berputar dalam tempurung kepala;

Pertemuan Untuk Kali Pertama atau First Meeting

mohon jangan salah tafsir,ini bukan dating,bukan berpacaran atau apa. ini hal yang serius bagi aku (mungkin)

baiklah,malas nak bercerita panjang berjela - - -

when we first met,
you expect me to HAHAHA with you?

when we first met,
you expect me to share all the stories with you?

when we first met,
you expect me to be as friendly as i could?

when we first met,
you expect me to look at your eyes and 
sing a song for you?

when we first met,
you expect me to not to be a stranger to you?

and there's a term for me you made 'SOMBONG'

well done,good job,congratulations.me like that term,like double triple like =)

it sounds like;
i should behave like my friend(s) who has known you before this
and
sorry to say,i just cant :)

beginilah bro.
im not shy,but im afraid.
im not shy,but im trying to adapt with you,new people.

you might think im a normal person,like others,like your friends
but
honestly,
people who know me might use this 'abnormal' term
which means 
when you dont know me well enough,dont assume me 'macam tunggul la kau ni'

cool bro.
know me first
then you can say anything you want - - anything.

you cant even describe about
my imaginations
my dreams
and
myself.

you dont even know about
my history.

i do talk a lot
i do laugh a lot
i do make stupid things a lot.
but when i meet stranger/new people;
those things will turn off;for a while.

p/s : kalau betul betul nak tahu aku orang yang macam mana,cuba tanya pada yang rapat dengan aku.bukan tanya pada orang yang taktahu nama penuh aku :)







Mar 30, 2013

"Makan Kawan adalah menu paling laris,sekarang" - Unknown

weird, isn't ?

there's always someone who is trying to
put all the blame on you
and
make a fool on you.

there's always someone who is being
such a good 'friend'
and
end up like
"i know everything about his/her bad attitude.i wanna reveal them out"

there's always someone who is looking
at you heartlessly
and
you've been judged, perfectly.

there's always someone who is digging up
your stories
top-secret-to-be,
and
proudly says,
"you're pathetic"

but
there's always someone who is praying
"May Allah protect you, guide you to the right path.May Allah give you a heart which is living,beating freshly without dying"

know your friend well - -
because
when you fall,when you're drowning,
he/she might
give a hand
or
spill out the damn.

"you might not know the true colors, even the sky mix the signals"

Mar 24, 2013

and I miss you,
mum.





Mar 13, 2013

jangan risau, ini cuma monolog.dengan diri sendiri, mungkin.

normallah bilamana
kau terjatuh, ada yang ketawa.
kau tersungkur, ada yang mengata.
kau buat apa saja, ada yang tak kena.

normal.

dan, tak normal sekiranya akan ada satu hari, dimana tumbukan akan berbekas dengan kemas di muka kau yang datangnya daripada aku sendiri.

itu abnormal (mungkin)


Mar 10, 2013

mengantuk dan selamat malam (:

they said;
wake up

but they fell asleep.

they said;
move on

but they still keep holding on

they said;
be strong

but they're crying in the crowd

they said;
dont mess up

but they become The-Only-Troublemaker

they said;
life must go on

but they stuck,hang on their own Imagination-Journey

they said;
stay positive

but they assume the hyper-negatives thoughts to people

they said;
listen

but they dont even want to hear from others

____________________________________________________

sejujurnya,sebelum bercakap,fikir dua tiga kali sama ada kita boleh membuat hal yang sama atau sekadar cakap atas angin yang akhirnya berterbangan entah kemana; disambar petir atau dibaham helang.

who knows.
oh,this long-deep-reminder is for me.Assalamualaikum.


aku jumpa gambar ni kat tumblr.dan aku rasa gambar ni comel.



Mar 8, 2013

she is trying.

not a good daughter.
not a good sister.
not a good friend.
not a good person.
not a good slave.
not a good human-being.

but
im trying to be
a better one
for
my parents
siblings
friends
people

im trying to be better for Allah, a better slave for Him.

im trying.

so
when im bad,
when im worse
when im a shit-to-be,

guide me back.
bring me back.
back to my Creator.

dont pull me down.
dont push me away,
dont.

because
im weak
im weak just like you.

yes,
you.

and we need Him to be strong; to get stronger.

to meet Allah  
together
in Jannah

Mar 4, 2013

she speaks.

i speak Silence; you cant grab the rhythm.

i speak Scream; you cant hear the voices.

i speak Peace; you wont accept the meaning.

i speak Anger; you didnt know the feelings.

i speak Go; you stay like an idiot

i speak Please; you assume myself as a beggar

i speak Polite; you conclude 'You have feelings toward me'

i speak Nothing; you blame me as a Deaf-Blind

i speak Smiley; you cant notice the Hidden-Thoughts



whatever i speak, whatever i speak, 
you thoughts make no sense,at all.
and,there's come one point 
where i speak everything 
and
you hear nothing.
you hear nothing.
you hear nothing.

Peace be upon you.
Good night.


ada orang kata kat aku; 
"bila kau menulis,akan ada yang terasa.walhal alkisah yang kau cerita adalah gabungan daripada pelbagai jenis cerita yang kau dengar,baca dan reka"



Mar 3, 2013

berhenti.

berhenti sekejap.

cukup untuk kau tahu tentang satu hal;

"people change.feelings change"

teruskan berjalan.

photo taken from tumblr

Mar 2, 2013

they live not to please you,not even to impress you.wake up.

benda dah lepas, sudahlah.
benda dah kebelakang, sudahlah.
benda dah jadi, sudahlah.
benda dah 'mati' , sudahlah.

ambil mata, letak di depan.
ambil telinga, pasang kedepan.
ambil suara, lontar kehadapan.
ambil diri, hidup di depan.

kritik, tak salah.
herdik, tak salah.
caci maki, tak salah.
konon.

beginilah, apakata kau biar dia hidup dengan cara dia?
tanpa kau perlu matikan dia dengan cara yang kau anggap itu perlu.

boleh?

hidup dalam sesebuah komuniti, buat cara hidup dalam sebuah komuniti.bukan dengan cara kau hidup dalam kuasa sendiri,konon.

ada masa, akan meletus.
ada masa, kau akan tahu aku juga tahu untuk marah.

Feb 28, 2013

Peace be upon you (=

siapa di muka bumi ini yang suka dipinggirkan, diletakkan ditepi jalan walaupun di keramaian orang, dihumban jauh jauh sambil diperhatikan mata mata yang meliar, dan seumpama dengannya.
siapa yang suka?

andai ada yang suka, maka anda adalah orang yang sukakan hal hal sebegitu. maksud hal hal sebegitu ialah hal hal dimana anda sukakan bersendirian, berkeseorangan, tanpa kawan, tanpa sesiapa untuk dilawan dan melawan.
memang jelas, kan?

di sini, nawaitu bukanlah untuk mengetengahkan hal hal yang dinyatakan di atas, tidak.

cuma, bila dah menaip, jari jemari terus menerus menari dan menekan apa yang ingin ditekan dan hasilnya adalah sebuah pernyataan yang sebenarnya itu bukan pernyataan yang ingin aku nyatakan.baiklah, panjang berjela kemerapuannya.

begini,
mungkin aku perlu bersajak
bersyair
atau
berpantun.

tetapi aku tak reti
bersajak
bersyair
mahupun berpantun.
aku tidak reti, tidak mahir dan tidak tahu.
ini serius.

untuk meringkaskan apa yang ingin aku ketengahkan, izinkan aku menulis sebegini;

it is not about the rainbow that coloured your tears,
it is not about the rain that wipe your laugh,
it is not about the sunshine that creates another path after being crushed;
it is not.

it is about you
you and how you treat the rainbow,
you and how you smell the rain,
you and how you look to the sunshine.

it is about how you live your life 
even after your heart has been torn into pieces;
even after your soul has stabbed your from inside;
even after you thinking that you have died.

but you are not.

baiklah.setakat ini sahaja aku rasa aku nak bermadah (konon). ini apa yang aku rasa, ini apa yang aku rasa. andai ada yang tak suka, andai ada yang rasa tak sedap jiwa, andai ada yang rasa terasa, 
mohon pinggirkan jauh jauh 'rasa' anda tersebut.takut memakan diri sendiri sekaligus membaham aku yang tak berapa nak mengerti dengan apa sebenarnya yang kau rasakan.

esok nak main futsal.esok nak main bola tampar.esok nak main bola keranjang.
tamak?
selagi ada orang ajak aku pi main bola, aku akan main.aku dah anggap mereka keluarga aku.
sebab cuma beradik aku sahaja yang suka ajak aku main bola (alasan tak munasabah)

kbai.


Akid, Alwis & Melvin
(gambar di bawah menunjukkan betapa perasannya mereka untuk dibandingkan dengan wajah Rain)

aku tak puas hati dengan mereka,jujur.(muka serius) sebab aku rasa seperti aku dilemparkan berguni guni buah kelapa ke muka gara gara bilamana aku main bowling, asyik masuk ke longkang atau seolah olah penguin putih kecil yang berdiri ramai ramai di lorong gelap itu agak degil untuk jatuh.

aku tak faham.aku buntu.aku keliru.takpa,kali ini aku biar kalian menang (konon). lepas ni aku bawa pembaris untuk luruskan tangan aku supaya Gergasi Bulat Berwarna dapat bergolek dengan tenang dan lurus.tanpa perlu tersasar dari landasan yang benar.

motif aku cerita,aku kurang pasti.barangkali seteresss sebab kalah dengan teruk dan memalukan =,,='


kbai. kali ini aku betul betul berhenti menaip.serius.kbai.

Feb 25, 2013

exploded ,

"would you like to know more about him?"

"No"

"why? is there any man has made you fall in love? is there any man that has replaced his place?"

"No"

"So, let me guess.It is because you have lost hope?"

"No"

"or you have tried your best and get nothing?"

"I didnt try anything"

"then, why?"

"what would you feel if your existence is such an ignorance to him? what would you think if your existence has created a no-solution-problem in his life? what would you do if your existence has really really really been a huge invisible spot to him? what would you say if your existence is nothing to compare with the existence of the dust? and by the way, would you still like to drink a cup of coffee if you know how bitter it is, how sweet it is and how worse it is? not to forget, if you're a really really that 'kind' of person who can accept those weaknesses, then how did you act?"

"is there anything to do with me?"

"when you have been treated like a trash and have been throw to the dustbin, did you feel okay and fresh? did you feel energetic and good? did you feel anything?"

"why you keep on giving me the questions to my questions?"

"because you didnt know how hard i have gone through.you keep on assuming and judging. you didnt give people chance to speak. your thoughts say that 'I'm good enough at reading people's mind.' So, in a polite way, please make a judgement on my questions. let your assumptions answering my questions."

"I'm just asking you one question about him.Is there any problem? You get mad too sudden"

"that one question might lead you to another question(s). Re-think before you re-ask. I'm done."

Feb 20, 2013

"you can tell people about your pain,but they cant feel how much it hurts you."

jangan mengalah sebelum berlawan.
jangan mengeluh sebelum kehadapan.
jangan menyerah sebelum selesai nafas.
jangan menangis sebelum merasa nikmat sakit.

biar orang kata kita EGO, asal kita tahu untuk bangun.
biar orang kata kita DEGIL, asal kita sedar kita mampu berlari.
biar orang kata kita LAGAK HERO, asal kita percaya Allah Maha Penyembuh.

biar orang nampak kita biasa-biasa,
biar orang nampak kita seperti raksasa.
jangan ditunjuk peritnya rasa
jangan dipamer sesaknya jiwa.
Tuhan ada.





p/s : i have told you before; only my mum can make me walk to see the Doctor.none of you can.




Feb 16, 2013

"kadang kadang kita tak sedar apa yang kita cakap,kita tak sedar apa yang kita sampaikan pada orang.dan kadang kadang itu sengaja ataupun tidak sengaja"






these pictures will speak to you.
those words are trying to wake you & me up.

feel & understood.

tak ada istilah 'terlambat' untuk kembali kepadaNya.
kita adalah manusia yang biasa-biasa,
kita adalah manusia yang lemah dan tak berdaya,
sombong tak patut ada dalam jiwa
bongkak tak perlu ada dalam rasa
kerna kita adalah sama sahaja - -
 kau rendah, aku rendah. kau tinggi, aku tinggi. kau berlari, aku berlari.
aku tersesat, kau membimbing.
aku tersasar, kau ingatkan aku tentang Allah Yang Maha Esa
aku tersungkur, kau hulurkan doa untuk aku bangun.
aku terleka, kau ketuk hati aku untuk bersujud padaNya.
aku terhanyut dengan dunia, kau tarik aku untuk berzikir padaNya.

kau & aku adalah saudara.
kau & aku mahu sama sama ke syurgaNya.

ingatkan aku andai aku terlupa.

Feb 15, 2013

tak ada kaitan dengan result.tak ada kaitan.sebab aku pun tak boleh buka esmp lagi.

did you ever feel something like these;

you read something and even the simple word can kill your mood at that time? you stare at that word(s) several times, look at it over and over again, and you heart beats faster,faster and it hurts; too painful. out of sudden, you wipe your tears. you try to act cool, breathe it, breathe out but it doesnt work. it cause much pain. you ignore those people around you,it seems like you're alone even the fact is it is crowded with people's voice. it breaks you, it breaks you. then, people say "it is okay.move on.smile" . yes you can move on, you can smile but you ask them back "did you feel the way it breaks me? did you feel the broken feelings? did you know how long i have hold on? did you know how weak i am?" and they answered "no we didnt. we cant feel the way you do. we didnt know how much the pain of your tears.but we know you're strong because you're standing in front of us,and you're saying Allah is with you,always".

whatever it is, Allah wont and never leave you alone. Tell Him everything,tell Him. He is waiting for your stories. He is waiting.



Feb 14, 2013

Abu is Pak Ali's son

one day,Pak Ali's son who named Abu had a walked for a while; alone. He did not have any friend because he believed that being alone is not bad at all as he can laugh, cry, smile, scream or do anything that he wants without being distracted by others. While he was walking along the street,


 he suddenly sat and his body started shivering. He could not think, speak and had difficulty in breathing. There's no people at that place because he chose the No Entry Place so that he would not be disturbed by people. Abu felt miserable, upset, empty and those negatives feelings caught him and tied him tightly. He wanted to scream but he could not even voice out his voice.
 And then, Abu started to imagine something that he thought those imaginations could help him to remove these feelings away. In his imagination, he is flying high and high. He is trying to get something. He flies away like a Superman, Batman, Ultraman, and Other-SuperHero-Man but the different is, Abu has no special suit like them. He just has a smile and that is the only power he has to fly up up and away. Out of sudden,
 Abu woke up from his imaginations. He knew that he has to eat as his stomach was shouting out loud. Perhaps, this is the reason why Abu feels those things. He is hungry. So do I.

Good night
(=

Sorry #Broken English. I'm learning (=

p/s : hasil lukisan akibat kebosanan yang terlampau sebenarnya.HAHA.