Jan 30, 2013

flashback ,


tiba tiba rasa macam nak kembali ke zaman hingusan (masih sekarang berhingus juga)

tolak telefon bimbit jauh jauh,
gali lumpur dalam dalam
baling laptop (secara sopan) ke atas katil
panggil sekalian ayam opah keluar dari reban
buang segala kemudahan ke tepi
kembalikan nostalgia kelmarin,dulu dan ke belakang.

*bunyi bising*
"woi lina,adik kau kena buli"
"siapa? mana? "
"tu, kat luar kelas"

tanpa fikir jawatan ayah di sekolah
tanpa fikir aku jantina apa
tanpa fikir apa apa,

"kau siapa?"
"kau kakak dia?"

tak fikir dua tiga kali,mahupun sekali,
*dussh!* tumbukan padu tepat pada sasaran muka budak yang serendah bahu aku
berambut tak begitu botak, berkulit agak gelap,baju tak masuk dalam seluar.

tarik tangan adik
"kau okay?"
*menangis*

#momenbudakduabelastahun
_________________________________________________________

*kelas berterabur.cikgu mesyuarat*

pengumuman;
"para pengawas diminta menjaga kelas masing masing.terima kasih"

bergegas ke kelas berkenaan.buku catitan dibiar kemas dalam poket baju kurung.pen digenggam.langkah dipercepatkan.

"gila.kelas ni lagi"

pelajar berkeliaran.berlari.bertempikan.

"diam"

tak dengar.

"diam"

masih bising

"WOI DIAM LAAAAA !"

senyap.
sekalian mata memandang.kerusi ditarik perlahan-lahan.duduk.dan senyap.

*bunyi berbisik*

"tak faham bahasa ke? orang kata diam,diam la"

#momenpengawassekolahrendah
_______________________________________________________________

berlari lari.berkejaran.

"woi ! jangan lari !"

*nama ayah diperkotak katikkan.dikutuk kutuk*

"kau apahal?"

"alaa,kau perempuan.ingat aku takut?"

hal hal perempuan ditolak ke tepi.aplikasikan apa yang dah dipraktikkan di rumah dengan beradik lelaki.

satu tumbukan melekat di muka.
satu tendangan melayang di kaki.
kerusi diangkat ; nyaris tak dibaling. gara gara dia melarikan diri.

esoknya, di hidung bertampal sejenis plaster hidung.

#momenbudaksekolahrendah

___________________________________________________________________

"mak, kak lina dulu, dia la yang tumbuk orang yang buli In. In tak tahu macam mana kak lina boleh datang tiba tiba,lepas tu tumbuk budak tu. no wonder la sampai sekarang takda sapa berani dekat dengan kak lina"

"kau duk ungkit apahal? dulu dulu normal la ganas"

"sekarang pun sama"

*senyap*

"eh ini kau ke  lina? sejak bila kau perempuan?"

"beb.sejak aku lahir aku memang perempuan.rabun ke?"

"aku rasa,dulu waktu kita sekolah sama sama,makan sama sama,gaduh sama sama,aku rasa kau lelaki.tapi kau berbaju kurung la sekarang.wahhh"

*senyap*

___________________________________________________________________

"bro."

"aku perempuan lah"

"tapi kau bro"

"kenapa aku bro?"

"sebab aku rasa kau bro"

*senyap*

"mak, ada sorang kawan ni,namanya sakinah.ayahnya sama dengan nama na.sopan orangnya.cakap pun lembut gilaaa.serius rasa segan bila bersembang dengan dia."

"anak mak nama lina.maksud kelembutan.ganas orangnya"

"maaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk"

*gelak*

__________________________________________________________________


tarik balik laptop ke sisi, ambil telefon bimbit, pasang headphone,
senyum.

bersihkan diri dari lumpur.
masukkan semula ayam ke reban.
senyum.

mungkin tak ada beza dulu dan sekarang
cuma
biar orang nak kata brutal atau apa
biar orang nak cakap kau Hulk atau Raksasa
yang penting
hati.

(:

my heart is a bit girl,fyi.
thats why i do and still like him no matter how much words are trying to stop me from liking him,
only Allah knows,
only to Allah i return all these feelings.


"who's gonna love the monster of me?"

"yourself,of course"