Feb 7, 2013

Dapur Jumaat


hari ini hari Jumaat,hari yang indah dan alhamdulillah aku,ibu bapa,beradik dan sesiapa yang masih hidup,alhamdulillah masih hidup di hari ini. dan, pesan ustaz dan ustazah dan penceramah dan kawan kawan, pesan mereka;

"hari Jumaat jangan lupa baca surah al-Kahfi.amalkannya"

baiklah.pada hari ini, aku terlebih tidur. mungkin gara gara aku memang berniat untuk tidur melebihi waktu atau aku sengaja melebihkan waktu tidur atau kedua duanya sekali. aku kurang pasti.

seperti biasa, bilamana aku ada mood untuk ke dapur, aku akan ke dapur. yalah, dalam keluarga aku, beradik aku anggap aku anak lelaki, maka kerja di dapur aku rasa bukan kerja aku (andai dibaca oleh ibu atau akak aku,pasti pipi aku ditampar laju laju.baiklah.tarik balik pernyataan di atas)

Cerita Satu

Nasi Lemak telah dibelikan oleh kakak di kedai makan dan dibungkus untuk aku makan. selalunya, aku dan kakak aku akan makan pagi bersama sama.tapi oleh kerana pada hari ini aku terlebih tidur, makanya , kakak aku makan pagi bersendirian, memandu bersendirian dan pulang bersendirian. sedang aku tidur dan entah kenapa Adibah Noor ada dalam mimpi aku, telefon aku berbunyi.

"Lina. masih tidurkah?" jangan pelik, kami beradik memang sukakan bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (tinggi lah sangat)

"sudah bangun" padahal mata masih terpejam

"nak tahu sesuatu tak?" nada seperti mahu memberi aku bangun seratus peratus

"apakah?" mata aku digosok gosok

"mahu tahukah? akak tertinggal kunci rumah. dan di dalam rumah, tiada kunci rumah."

kali ini aku betul betul bangun "habis tu? macam manakah? kuncinya dimanakah?"

"itulah.kuncinya kesemuanya akak rasa ada pada mak, dalam kereta mak"

"macam mana akak nak masuk dalam rumah?" aku bertanya serius

"kau buka lah pintu dapur.akak masuk dari belakang"

macam ninja

Cerita Dua

selesai mengemas meja, dan sedang membasuh pinggan, piring, mangkuk, sudu bulat, sudu garfu, senduk, sudip, dan beradik mereka, kami akan bersembang. dan kadang kadang perbualan kami akan didengar oleh Mak Cik Belakang Rumah, Makcik Tepi Rumah dan Makcik Yang Rumahnya Berdekatan Dengan Rumah Kami. (panjang juga nama dia)

"hari tu akak masak nasi lemak waktu tengah hari"

"bagusnya!" nada teruja sebab tak pernah pernah pula dalam keluarga aku ada orang masak nasi lemak di tengah hari

"tapi ayah mengamuk,marah.katanya 'macam mana nak bakar kalori kalau tengah hari pun makan makanan macam ni.dah la pagi malas nak masak, tengah hari makan makanan berlemak' " dan nada ayah cuma kami beradik yang faham. memanglah dia marah, tapi nadanya kami anggap kelakar sebab cara dia bercakap sebenarnya buat kami ketawa.

"ayah makan tak nasi tu?"

"mestilah makan"

" -..-' "

Cerita Tiga

"Lina Si Comot tu nak keluar lah. pergi buka pintu" jerit akak di dapur kerna aku berada di ruang depan

"baik. 'Comot kau ni kan, lepas kenyang je,nak keluar. lepas makan je, nak keluar. cubalah cakap terima kasih ke , apa ke. ni tak, meow je kerja kamu' " aku membebel pada Comot dan mukanya seperti tidak bersalah

pintu dibuka, anaknya yang pertama melompat masuk. Comot menjilat jilat badan anaknya. dan ya, anak keduanya pula melompat masuk dan Comot menjilat jilat badannya pula. dan mereka berseronok di ruang depan dan aku terkebil kebil "kata mahu keluar. macam cakap dengan kucing la korang ni" aku memarahi Comot.

makanan anak anaknya dah disiapkan di dapur, mereka beradik berlari ke sana.dan Comot seperti sedang memaragi seseorang, bulunya meremang dan dia menunjukkan taring kucing.

"akak, Comot gaduh"

"biasalah, mesti kucing tu perempuan"

aku selidik kucing yang dikatanya perempuan, tapi hampa. aku kurang pasti

"mana akak tahu dia perempuan?"

"tahulah" nadanya begitu yakin

Cerita Empat

banyak pula cerita kat dapur ( =..= )

kami sedang bersembang perihal masa lampau. sedang bersembang, banyak pula keluar perkataan 'KALAU'

maka dengan yakin aku berjalan tangan di belakang, seperti bos yang melihat pekerja pekerjanya membuat kerja, aku berkata

"akak, kawan na cakap, KALAU tu bila letak atas gajah, gajah pun mati " muka yakin dan senyum

"huh?" akak menunjukkan muka kurang faham atau kurang dengar, aku tak pasti

"akak faham tak?"

"tak"

"tak apalah. penat na dengan yakin bagitahu kata kata pujangga kawan na,tapi hampa"

"lantak kamu lah lina oii.banyak mulut betul" katanya seperti dia itu pendiam sangat, konon =..='


Habis Cerita. Penat menaip. Selamat Jam 11.30 pagi semua (senyum)


aku ambil di Facebook Aiman Azlan.
selamat beramal (: