Feb 6, 2013

Ini Panda

hari ini aku rasa mood aku ke arah membuat karangan berpandukan gambar di bawah.
kenapa?
kerana aku sedang cuba nak menyibukkan diri selain daripada menunggu sesuatu yang tak pasti.
dah mula mengarut.

ini ialah panda. ini adalah seekor panda tanpa badan,tangan dan kaki yang lengkap. panda ini ditemui di Google Image dan alasan kenapa gambar panda ini ada di sini ialah kerana aku sukakan gambar panda ini. panda ini tiada nama kerana ini bukan panda aku dan barangkali aku tak mungkin ada seekor panda untuk dibela kerana kawan aku berkata bahawasanya panda tidak boleh dibela kerana panda ialah haiwan yang dilindungi. baiklah, noktah di situ kerana aku juga semput membacanya.

selain itu, panda ini sebenarnya boleh juga jadi seekor beruang, kura kura atau apa sahaja perkara yang kau imaginasikan kerana gambar ini tidaklah seperti panda (atau imaginasi yang kau imaginasikan) yang sempurna.

baiklah. rasa  penat menaip. ini sebenarnya bukan karangan mahupun essei kerana sepertinya tiada format seperti karangan yang diajar oleh Cikgu Bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah aku.

selamat malam.