Feb 5, 2013

Pagi yang suam-suam.

seperti biasa, ibu akan mengejutkan aku untuk bangun,mandi dan solat subuh (kerna zon di rumah berbeza dengan zon di luar rumah) . selesai aku mempersiapkan diri dan solat, ibu telah pun berangkat ke sekolah bersama adik adik. kemudian,

"Lina,cepat siap."

"nak kemana?

"makan pagi"

"awalnya."

"lepas tu terus ke rumah opah."

"ohh"

macam biasa, aku tak diizinkan oleh kakak,ibu,ayah dan adik beradik untuk memandu kereta kerana dkhuatiri akan menyebabkan kemalangan jiwa atau paling kecil; tekanan perasaan para penumpang dan pemandu kereta yang lain.

sedang kami melalui di kawasan hadapan hospital,kelihatan ada dua buah ambulans sedang menyalakan lampu yang berbentuk segi empat tepat. ramai orang berada di sana,seperti ada berlaku kes yang tidak diingini. kemudian, kerisauan aku dipecah-belahkan oleh pertanyaan kakak yang sedang memandu,

"ada kenduri apa kat sini?"