Feb 7, 2013

Tengah Hari

Hari ini rasa macam nak menulis banyak banyak.mungkin kerana warna air (water colour) aku dah hilang lesap entah ke mana,maka dengan cara menulis, mungkin dapat menggantikan kemahuan aku untuk mewarna. dan mungkin juga aku tak tahu apa yang sedang aku tulis.abaikan

Ibu, ayah, adik adik dah pulang dari sekolah. kelihatan mereka begitu bersemangat kerana masing masing lapar. seperti biasa, siren akan dibunyikan "MAKAAAANNNNNN" 

lauk pada hari ini ialah ikan masak taucu, sambal sotong, tempe masak Jawa (aku tak tahu nama sebenarnya), salad hijau, sambal tempoyak, nasi putih dan sedikit kasih sayang di dalam setiap masakan.

"kak na, ini ada epal dan betik. kenapa tak masuk sekali dalam pinggan?" Fadhli memerli aku gara gara mengambil kesemua jenis lauk. aku kurang pasti kenapa hari ini nafsu makan aku terlalu mengganas.barangkali ada sesuatu perasaan yang mengganggu aku sejak semalam (mungkin) dan kemungkinan ini aku nak tolak ke tepi kerana aku malas mahu memikirkan perihal kenapa nafsu makan aku mengganas pada hari ini.

kebiasaannya, apabila tinggal tiga orang di meja makan dan salah seorang daripadanya ialah ayah atau ibu, maka kedua orang beradik akan berlumba makan secepat yang mungkin untuk mengelakkan diri daripada mengemas meja makan. dan itu yang berlaku antara aku dan Fadhli, tetapi Fadhli nampak gayanya tadi sangat tenang dan tidak gopoh gopoh, mungkin kerana ayam goreng masih banyak di atas meja makan.

aku meletakkan baki salad di dalam pinggannya dan dia meletakkan semula dalam pinggan aku dan kejadian tersebut boleh dikira berlaku 5 pusingan dan terpaksa berhenti kerana ibu mencelah

"nanti gaduh"

kami tersenyum dan aku menyampuk "macam kucing" dan ibu menyambung "kucing dengan anjing"

aku tersenyum.

"siapa yang kena samak eh?" soal aku kepada Fadhli dan dengan yakinnya dia menjawab

"kak na la kena samak" snap ! nampaknya anjing di sini ialah kau! seloroh aku dengan dia.

dan mungkin kerana suaranya garau, dan mungkin juga kerana dia lelaki, ketawanya sangat kuat dan dasyat. aku taktahu apa yang diketawakannya.katanya dia tersilap cakap,dan mahu menukar jawapan

"bukan kak na,li la yang kena samak" dia cuba nak menegakkan benang yang basah