Apr 13, 2013

Jam Pagi.

KARMA.

dulu,karma ni macam "kita bff forever lahh bro" gituu.(konon)
dulu, "malas nak layan kau,biar karma je lah yang settle-kan kau" (konon,lagi)

dedulu bila teringat, rasa macam "apahal 'genius' sangat?" (kononlah sekarang ni genius sungguh.konon)

apa yang kita buat kat orang, benda tu akan dapat balik kat kita.kan?
apa yang kita buat orang rasa, kita kan rasa benda tu semula.kan?
apa yang kita bagi kat orang, kita tanpa tangan terbuka akan terima semula benda tu.kan?

orang kata; thats life.
aku kata; inilah kehidupan

ambil pita perakam (atau kaset ke nama dia?) dedulu, yang bersegi empat,dalamnya ada tali pita yang tergulung kemas - -
uraikan.
uraikan.
uraikan.
maka,
ianya akan rosak.tak dapat di-mainkan semula.tak dapat digunakan-langsung.
rosak,
habis.

lalu ada yang terfikir;
"kan bagus kalau memori kita macam tu.bila dah taknak,boleh ditarik-diurai-dilangsai bagai.dan,hilang.senang."

kalau kau nak macam tu,ambil kepala hang, pi hentak lelama kat dinding yang kukuh binaannya, hentak hentak dan hentak sampailah kau rasa otak kau menari-nari.
pi jumpa doktor
tunggu doktor sahkan "pesakit ini sudah hilang ingatan.tipis harapannya untuk pulih"

gitu?

seronok sakitkan diri sendiri, kan?
seronok bertindak kejam ke atas diri sendiri, kan?

lalu kau ketawa dan ketawa;
"HAHAHAHA.hidup aku,ikut suka aku lahh"

pi lah kau dengan hidup kau.pi main jauh jauh.Tuhan dah bagi pinjam badan,tak reti nak jaga bebaik.kucing pun tahu nak jilat luka dia sendiri"

aku dah lari topik,sekali lagi.

tentang soal karma;
begini.

aku teringat satu lirik lagu ni;

"Usahlah engkau persalahkan kakimu
andainya rebah di bumi mu sendiri
mungkinkah ada kesilapan semalam
lafazkanlah sejujur hati"

nampak tak aku bold tang mana? gituu,besar lagi.

kekadang,selaku manusia yang mudah alpa, bilamana ada rasa yang tak kena,
bilamana ada sesuatu yang tak diduga,
mulalah tuding jari ke sana ke sini 
mulalah baling batu tuju kawan sendiri
tapi lupa nak tampar diri sendiri.

lupa nak tampar diri sendiri, lelaju.

kan?

maka,perihal karma tu,aku rasa,sebelum suruh karma tu jalankan tugas dia,apakata ingatkan aku untuk;
"pi muhasabah diri.jangan duk nak hentam orang semberono je.karma tu malas nak layan hang"

hah,gitu?
but much better if you told me ;
"if people hurt you,dont hurt them back to make sure they know how you feel.dont.if they hurt you, ask Allah to keep your heart calm & calm."

p/s: 
"kenapa Meon dan Jemah tu buat aku gini? kenapa dorang suka sakitkan hati aku?"

"kau ada sakitkan hati sesiapa tak sebelum ni?"





baiklah,dah subuh.seronok sebenarnya tak dapat tidur ni,seronok (seteresssss!)
kawan cakap
"alah biasa tegal biasa.dah selalu habis Festik jam pagi, maka sistem badan pun dah tak betul."

Assalamualaikum (: