May 29, 2013

Monolog (iii), katanya.

"Aku rasa, makin aku cuba keluar dari kegelapan, makin aku cuba memasuki Jalan Buntu"

"Kenapa? Kau tak jumpa cahaya?"

"Aku jumpa,tapi kadang aku rasa Si Jahil dalam jiwa aku yang cuba tarik tangan aku,bawa masuk dalam satu tempat yang gelap,mendap dan busuk"

"Kenapa tak melawan?Kata kuat?"

"Dah aku lawan,dah aku tendang sampai aku pengsan, dah aku tikam sampai aku tergadai, dah aku tepis sampai aku tersadai. Si Jahil sepertinya taknak tinggalkan aku sorang sorang."

" . . . . kau nak aku buat apa? "

"Tolong bawa aku keluar dari sini.Aku mohon, "

"Kau nak aku buat macam mana?"

"Dengar dulu apa aku nak cerita,dan kau boleh simpulkan kau nak buat apa,"

"Aku dengar"

"Pernah merasa diri sendiri diselubungi dosa yang menebal,yang buat diri kau merasa bebal yang sangat membeban ? Pernah merasa mencuba bawa keluar hati kau, dan yang kau lihat cuma bangkai yang membusuk dan berkulat? Pernah merasa cuba menyentuh langit membiru dan yang dicapai cuma debu yang beracun? Pernah merasa berada dalam kelompok manusia dan diri kau cuma si pendosa yang menggalas segala hina dan aib? Pernah merasa tatkala kau bersujud, menangis dan yang kau rasa betapa munafiknya kau selama kau bernyawa? Pernah ? "

" . . . "

"Kenapa diam ?"

"Soalan tu kau boleh jawab sendiri, sebenarnya"

" . .. .. "

"Kau merasa semuanya, sendiri. Kau melihat semuanya, sendiri. dan, jawapannya, kau tahu, sendiri"

" . . . . "

"Jangan ditanya bagaimana. Jangan disoal sejauh mana. Jangan pertikaikan apa apa. Ini hal antara kau dan Pencipta. Ini masalah antara kau, hati kau dan Yang Maha Mendengar. Selagi mana kau boleh bernafas, jangan pernah lupa untuk bertaubat; jangan pernah lupa untuk minta Dia tunjukkan kau jalan, jalan untuk kau keluar dari kejahilan kau. Hati kau, hati kau; hidupkannya kembali. Hidupkannya, kembali."

"Aku dah cuba,"

"Jangan cakap kau dah cuba selagi kau belum merasa manisnya beribadat kepadaNya."


OH ALLAH GUIDE MYSELF PLEASE DONT LET ME GO ASTRAY,