Jul 21, 2013

Kadang,mimpi tu kau kena alami sendiri.baru kau tahu pahit manis jadi Sang Pemimpi (:

Hamparkan sebentang kertas lukisan supaya aku bisa bercerita perihal mimpi yang aku cuba nak lakarkan pada langit membiru,tetapi gagal.

Ada orang kata;
"Mimpi kau gila."
"Mimpi yang tak masuk akal."
"Your dreams make no sense,at all"

Tapi,apa aku kisah? :)
Setiap mimpi,ada tuannya.Setiap mimpi,ada warnanya.dan setiap mimpi,ada indah-ngerinya.
Bermimpi dan hadam.

Minta sedikit cebis imaginasi,supaya setiap lopong yang tak dikenalpasti,mampu untuk kau penuh-indahkan dengan gambaran kau sendiri.

Waktu kejadian,bukan malam,tiada orang lalu lalang dan cuaca tenang.
Aku berada di kaki bukit,dan sedang melihat satu fenomena yang cuma Allah yang tahu betapa susah untuk aku cuba terangkan dalam bentuk huruf yang berterabur; tapi aku cuba.

Di atas bukit, kelihatan segala jenis haiwan berlari-lari dan menembusi lapisan biru,dan nampak berair.
Lapisan biru berair itu menyelaputi keseluruhan bukit,dimana secara ringkasnya,
aku berada dalam selaput ini.
begitu juga dengan haiwan-haiwan yang sedang berkejaran,berlari-lari anak dan ada yang biasa-biasa saja jalannya.
Masing-masing keluar-tembus melalui lapisan biru berair.
Biru itu,warnanya bukan biru tua,bukan biru muda bukan juga turquoise (aku tak reti eja,maka aku right click dan itu ejaan sebenarnya,rupanya)

Biru itu seakan-akan warna laut,tetapi bukan.Ahh,biarlah.tapi itu biru,dan nampak air-nya.
Nampak,jelas,itu tekstur nya.

Aku yang sedang berdiri terpaku melihat kejadian di atas bukit,cuba untuk pergi ke sana.
Beranikan langkah, percepatkan pernafasan dan ahh,indahnya.Aku dah sampai.
Sekumpulan Ostrich berlari-lari cuba keluar dari selaput berair,dan
lapisan itu aku sentuh,pegang dan rasa.
Memang berair,tapi tangan aku tak basah,sikit pun tak.
Cuma Tuhan yang tahu bagaimana teruja nya aku pada ketika itu,(begitu juga sekarang)

Salah seekor daripada Ostrich tersebut cuba menghampiri aku,dan entah kenapa
aku berlari,berlari dan aku terus dikejar dan dikejar.
Aku ambil keputusan untuk berhenti dan tenang,sambil tenung tepat ke muka Ostrich.
"Kau nak apa?"
Tanpa sedetik yang tinggal,lehernya dipanjangkan ke arah aku,dan paruhnya (paruh barangkali namanya) mengangkat aku,
"Naik" bisiknya.
Lagi sekali,cuma Tuhan yang tahu betapa jantung ini tak cukup oksigen untuk bernafas dek keterujaan yang teramat sangat.

Setibanya aku di atas Ostrich, lehernya aku peluk dan badan aku bongkokkan sedikit dan,
langkah Ostrich dibesar-laju kan,
Ya Allah, jangan kejutkan aku lagi.

dan aku terus dibawa pergi,laju dan tanpa hala tuju.Mungkin terlebih tengok cerita-cerita animasi,
aku tolehkan kepala ke belakang,dan
kami dikejar oleh sekumpulan Ostrich yang wajahnya bengis,garang dan seakan-akan aku ini hidangan tengah harinya. Setibanya di suatu tempat menghijau,cuma aku dan Ostrich.tanpa sekumpulan Ostrich yang jahat (aku assume mereka jahat,sebab kalau tak,kenapa perlu kejarn dengan wajah sebegitu?)

"Kau tunggu di sini.Jangan pergi mana mana" itu suara mata Ostrich yang aku tunggang.dan dia pergi.
aku cuba menikmati kehijauan yang dah berjaya menggoda buas mata aku,
dan,
telinga aku menangkap bunyi kelajuan Ostrich yang boleh aku katakan, "kuantiti tapaknya banyak.ahh mereka ramai!"
aku berlari dan terus berlari,dan terlupa pesanan Ostrich tadi.aku terlupa.

dan,
nasibnya,aku tanggung sendiri.
aku tanggung.
aku dikejar-ganas oleh mereka,namun kaki ini tak mahu berhenti dan tak mampu berhenti.
entah ke hutan mana aku dibawa pergi oleh kaki aku sendiri,
aku tak ingat.

"CHIMONN CHEWIWIT! BANGUNN SAHUR!"
duhh,
aku nak naik Ostrich,lagi :/

kalaulah aku boleh lampirkan lukisan mimpi,dan kalaulah bantal aku mampu menjadi mesin fotokopi,
akan aku tunjukkan kan keadaan bumi yang aku jejak;
keadaan bersama sekalian haiwan buas&jinak,
keadaan menikmati kelajuan Ostrich tanpa perlu risau tentang saman polis,
keadaan mimpi yang walaupun tak masuk di akal,walaupun tak indah bagi sekalian yang membaca,
tapi
doa aku,
mohon aku dibawa lagi ke mimpi ini.

supaya aku bisa habiskan pengembaraan bersama Ostrich ,aku nak habiskan sendiri.





oh,Chimon Chewiwit adalah panggilan untuk aku,
yang dipanggil oleh adik bongsu aku.
katanya,
lagi 2 bulan dia cuba cari nama baru,
entah dari mana dia dapat nama ni,aku pun tak pasti.