Aug 24, 2013

Cuba nak senyum,


Source : Google Image


Satu hari, segala bekalan oksigen yang dah disedut-hembus, segala karbon monoksida dan toksik yang ditolak tak mau,
segalanya barangkali akan
berhenti
dan
iya, berhenti.

Bukan kerna kau mati; bukan kerna ianya tak mencukupi atau bukan kerna segala sistem berhenti berfungsi;

tapi kerna
kita dah menolak yang realiti
dan
"Selamat Datang,Imaginasi"

**bukan topik ini yang nak aku bawa ke sini. bukan.tutup cerita**


__________________________________________________

Kalaupun ilmu dah meninggi melepasi Gunung Gergasi - - merentas awan yang dianggap cuma saki baki
ini bukan lesen
bukan lesen untuk
biarkan yang dibawah merasa
mati.

Sebelum segala yang dah kau ada sekarang
sebelum semuanya yang dah kau punya sekarang
cuba ambil sedikit waktu
sedikit masa
dan sedikit pita perakam yang dulu-dulu kau guna 
untuk ingat kembali (andai kau lupa)
tentang;
ibu kita serupa
ayah kita sama suaranya
bilik yang dulunya kita sepahkan bersama
dan
ruang yang kita guna untuk segala hal suka&derita - - 
ruang yang dah garap segala tangisan dan ketawa
ruang yang dah kita hempaskan segala rasa;
ruang yang kita rasa selamat dan selesa.

masih ingat?

sekarang cuba dengar apa huruf aku mau bersuara;

Maafkan pada yang meminta dimaafkan;
mungkin itu yang terakhir kali dia meminta,terakhir.

Yang Menulis;
Darah Daging.