Oct 20, 2013

Alah bisa tegal biasa; bila dah merasa ,apa apa pun jadi tak terasa. Eh ?

Macam mana nak cakap eh ? Ada satu gumpalan perasaan.
Gumpalan perasaan


Gumpalan perasaan yang digumpal-gumpal-gumpal dan terus digumpal.

Bila dibaling tak pecah
bila ditetak tak retak
bila dibuang tak hilang
bila dihempas tak bersepai.

Kebal -- katanya.

Macam mana nak cakap eh ?


Susah nak 'flush' perasaan ni terus ke loji najis
sebab ianya bukan najis -- aku rasalah.

Susah nak 'undo' perasaan ni dan 'save as' dan hilang terus lenyap 
sebab bukan robot -- aku rasalah.

Macam mana nak cakap eh ?

Si Jemah yang katanya kuat membebel ganas dan kaki besi
tiba-tiba jadi terkelu terdiam dan mati dalam rasa sendiri --

*Mati dalam kurungan bermaksud terbeku*

Macam mana nak cakap eh ?


Sebabnya--
kalau dicakap diluah dimuntah;
diri sendiri yang terkebumi dengan rasa sendiri.

Ya,ter-kebumi
Mungkin sebab ini adalah rasa suka.

Gila.

Okay.
Bai.