Nov 12, 2013

Monolog (?)

Alkisah seorang manusia yang sedang cuba untuk tak serabutkan diri tapi terpaksa serabut dek keserabutan yang terlalu serabut. Maka, manusia ini membuat satu keputusan dan satu tindakan.

"Aku kena buat jugak"

Terdiam dan teruskan berfikir. Ambil telefon, campak. Ambil semula dan cari nama.

"Dah jumpa!"

Selang beberapa saat, "Buang masa" Telefon dicampak, lagi.

Sementara berfikir kononnya, Chipsmore digigit gigit dan bersepah di lantai. "Okay, tenang"

Berlari anak ke bilik mandi, mandikan gigi dan pipi yang penuh cokelat, "Segarnya!" dia senyum sorang-sorang.

Dia cuba tenangkan diri,lagi, sambil menarik comforter melitupi tubuhnya serta kepalanya.
"Selamat malam dunia yang serabut"

Rutin harian yang dicuba untuk hantar pesanan ringkas tapi tak berjaya. Rutin harian yang dicuba untuk dial nombor tapi tak berjaya. Rutin harian yang rumit tapi diteruskan.
________________________________________________

Perasaan bila disimpan dan dibiar lama -- berkulat, katanya.
Tapi, tak bagi aku.

Perasaan yang disimpan dan dibiar lama --
tumbuh bunga
duri
dan
reranting pokok yang dihujungnya dedaun renek.

Bukan nak kata perasaan ni segar subur dan baik;
tapi
ini yang dirasa
ini yang aku rasa --
serabut.

Oh dan Hai kau yang membaca
(aku harap kau yang membaca) --
Aku sukakan kau dan taktahu sejak bila
Aku sukakan kau dan taktahu kenapa
Aku sukakan kau dan kau tak tahu apa apa.
Mungkin sebab kau sibuk dengan mereka-mereka
Mungkin sebab kau sibuk dengan masa yang tak ada
Mungkin juga sebab kau dah sukakan sesiapa. Eh ?

*patah*

Ok.
Selamat malam.
_______________________________________________________________


*Gambar dia atas merupakan gambaran ringkas bilamana manusia tersebut cuba nak contact manusia lagi satu,risaukan dihempap dikejar dan akhirnya dia terpaksa berlari dan terus berlari*