Nov 17, 2013

Senyum (ii)

Setelah dikorek-korek,digali-keluar dan dibelek-belek; hati aku keluarkan. jiwa aku bentangkan. rasa aku hamparkan.

Tarik nafas dalam-dalam.

Sedih,sebenarnya.
Terkilan,sejujurnya.

Tarik nafas dalam-dalam.

"Kau tak boleh biar perasaan ni kongkong kau."

"Apa aku boleh buat kalau tu je yang aku mampu?"

"Bebaskan. Biar dia pergi. Biar rasa tu mati"

"Cakap senang. Cuba kau rasa"

"Degil."

Orang kata,
kalau diikutkan hati,mati. ikutkan rasa,binasa.
Peduli apa aku dengan peribahasa semua.
Pernah kau merasa?
Kalau secalit pun tak pernah,jangan di-kondem rasa orang lain.

**Perasaan yang menggila menghasilkan penulisan yang tak ada jiwa,tak ada manusia.**

Rindu adik.
Rindu sangat.

ahhhh.


Tulis macam belacan.



Entah kenapa rasa ni buat aku rasa macam nak baling batu bata yang ada kat sesiapa saja yang buat aku jadi raksasa.


Sesiapa sahaja.


Raksasa.


Sesiapa sahaja.

**dangg,kena diri sendiri.



Kbai.