Jun 28, 2014

mendambakan jemputanMu ke sana (':


Moga-moga di suatu hari nanti, kedua kaki ini akan merasa bertapak di sana,

& sekeping hati hina ini akan merasa terjatuh di sana,
:')


Allah,
aku ingin menjadi salah seorang daripada sekalian hambaMu
yang berada di sana,
yang matanya cuma memikirkan Engkau,
yang jiwanya cuma melihat kebesaran Engkau,
yang jasadnya cuma memberi segala taat kepada Engkau.

Allah,
layak aku cuma seperti debu-debu yang terkecil
dan tak ternampakkan.
oleh kerna itu,
debu-debu terkecil ini mau dibawa pergi,
dibawa pulang ke tempat yang dipenuhi tetamu-Mu,
tetamu yang Engkau redhai.

Allah,
kocek ini tak punya apa-apa,
tapi aku yakin akan rezeki dari Mu
yang akan bawa kaki ini menjejak ke sana;
ke tempat yang
diidam-idamkan sekalian hamba.

Allah,
seandainya tak ku berkesempatan,
seandainya tubuh ini terkaku sebelum menjejakkan,
seandainya nafas ini terhenti sebelum sempat bersujud di tanah suci-Mu di sana Ya Tuhan,
moga-moga,
diri ini dimatikan dalam keadaan yang beriman hanya kepadaMu Ya Rabb.

_______________________________________________________

Ku paku-kan kata-kata seorang sahabat,
"Bilamana berharap kepada Tuhan, percayalah, harapan itu takkan mati."

_______________________________________________________

Selamat menyambut Ramadhan; moga diri kita sentiasa istiqomah mencapai redha-Nya,
moga hati sentiasa hidup merasa kasihNya.

Jun 27, 2014

Dan, lagi.

Terbanglah hati, terbang. 

*putar waktu ke-belakang*

Di setiap hari, kau dah aku belek-belekkan;
bercalar-balar,
berhabuk
dan berkeping-kepingan.

Di setiap saatnya, kau dah aku tengok-tengokkan;
laparnya suara kau
dahaganya rasa kau
dan keringnya diri kau.
Oh, dan tempang juga kau.

Di setiap hela nafasku, kau dah aku cuba-cuba jengukkan;
degupnya tak seberapa
terkadang kencang,
terkadang lena.
terkadang separa sedar.

*putar kembali ke waktu sekarang*

Nahh,
dah aku pasangkan sayapnya,
dah aku lumurkan tubuh kau dengan segala apa yang kau pinta;
dan aku tutup-rapikan setiap inci luka yang kau cuba sembunyikan.

Terbanglah.
Terbang.

Tinggalkan aku di sini,
bersama diri aku sendiri
dan
aku sendiri.

Pergilah,
pergi.

Tak mampu hendak aku kurung-kan lagi.
Degil kau; takkan pernah mati.

Beberapa cebisan kau, izinkan aku simpan rapi-rapi.
Kerna,
cebisan itu dah aku paku-kan luar-mimpi.

Jaga diri,