Jun 27, 2014

Dan, lagi.

Terbanglah hati, terbang. 

*putar waktu ke-belakang*

Di setiap hari, kau dah aku belek-belekkan;
bercalar-balar,
berhabuk
dan berkeping-kepingan.

Di setiap saatnya, kau dah aku tengok-tengokkan;
laparnya suara kau
dahaganya rasa kau
dan keringnya diri kau.
Oh, dan tempang juga kau.

Di setiap hela nafasku, kau dah aku cuba-cuba jengukkan;
degupnya tak seberapa
terkadang kencang,
terkadang lena.
terkadang separa sedar.

*putar kembali ke waktu sekarang*

Nahh,
dah aku pasangkan sayapnya,
dah aku lumurkan tubuh kau dengan segala apa yang kau pinta;
dan aku tutup-rapikan setiap inci luka yang kau cuba sembunyikan.

Terbanglah.
Terbang.

Tinggalkan aku di sini,
bersama diri aku sendiri
dan
aku sendiri.

Pergilah,
pergi.

Tak mampu hendak aku kurung-kan lagi.
Degil kau; takkan pernah mati.

Beberapa cebisan kau, izinkan aku simpan rapi-rapi.
Kerna,
cebisan itu dah aku paku-kan luar-mimpi.

Jaga diri,