Jun 11, 2016

Warkah.

Mungkin sendu malam ini aku larutkan bersama kopi panas, dihirup perlahan-lahan sambil memendam kisah-kisah kelmarin yang dah sarat dikotorkan. Tahun ini, Ramadhan aku terasa lain.

sejenak, pikiran ini melayangpergi menjenguk masa ke depan;
siapa yang memandikan jasad kau,
berapa ramaikah keluarga yang solat-kan kau,
bagaimana-cara nyawa kau dijemput pergi,
dengan siapa jasad kau kan dikendongbahu,
apakah senyum atau tiada langsung raut wajah yang akan kau pamerkan,
bersiapkah kau untuk ditanyasoal?

& pada ketika lamunan tersentak,
apajua gurausenda -- dah takmampu kau berdekah ketawa.
sekadar cuma sedikit angguk & langsung senyum yang tergantung.

sujud kau yang dahulunya sekadar sujud;
makin kau rasa ianya terlalu hampir & berdenyut.
tikar sejadah yang terlalu jarang dijengukkan air mata -- habis lenjun membasah.

diwaktu sepertiga malam kau dikejut,
degup jantung seakan meribut,
terlalu kerap kau risaukan,
"Apakah aku ini kan kembali dalam redhaMu ya Tuhan?"

barangkali Tuhan sekadar mahu kau sentiasa ingat mati.
kerna Tuhan tahu kau terlalu leka dengan isi dunia yang takpernah pasti.

atau
kau semakin hampir.


**nota kaki;

Hai lahh anak-anak.
Masih sempat untuk kau dicorakcantik,
Masih sempat untuk kau dibentukbaik.
Masih ada bahgia dalam senyumanmu.
Masih ada cahaya dalam tangismu.