Oct 28, 2009

peperiksaan akhir tahun?

"masa menjawab telah tamat.sila letak pen anda."

..belum lagi aku jawab soalan soalan rakus itu.belum sempat.
aku baru mahu menampal semua idea yang merengek mahu keluar ini,
di atas kertas itu.

..belum lagi aku cuba uji tahap ingatan aku.masa singkat.
aku baru mahu mesin-mesinkan segala huruf-huruf dalam otak aku.

kenapa terburu-buru?
aku bukan mahu membunuh sesiapa.
biarlah aku dengan pena serta ubat pensil aku.
janganlah paksa aku.

..sila kembalikan kertas itu.aku mahu menulis.jangan halang aku.

Oct 17, 2009

11.01 am

rosak. rosak.
betul.
memang dah rosak.
kemungkinan tiada yang mahu membetulkannya.
entahlah. bila dah rosak, mula lah rasa bosan .
tak tahu nak buat apa.
rasa kosong teramat kosong.tapi,tiadalah sampai tahap maksima.
memang salah aku merosakkannya.
tolonglah repair komputer,mak ayah :(

gagak tetap hitam.

coretan buat teman.
kamu.
sudah terbang jauh dari aku.
sudah langkah tinggi dari aku.
sudah semuanya gah dari aku.

..

masih ingat?
waktu kita bersama sama,
kamu ketawa perlahan takutkan guruh.
kamu menarik rapat tangan
mengajak tuliskan impian
atas sekeping kertas.

..

dulu juga,
tiada yang terlebih antara kita.
tiada yang setanding seakrab kita.
tiada yang terceruk dalam benua.
tapi kini,
pari-pari sudah pergi.
cerita kita, selesai di sini.
kamu gembira di haluan sana.
bersama sahabat benar di dunia.
kamu tak toleh ke sini
tatkala tangan ini menggamit gamit
ajak kamu ke mari.

sudah berbeza. terlalu ketara.
ayuh senja, pimpin jasad aku ke mana-mana.