Dec 27, 2009

muak aku tengok sang copycat bertempiaran di myspace.cukupcukuplahh.

perlukan aku serakkan hurufhuruf kerdil ini?
mahu cipta satu frasa,celaka hasilnya.
benarkan,pujangga alam?

tak usah jaga hati keras aku,
kata saja cerita aku tak
jelas coretnya.
kata saja tiada
sedikitpun emas dan permata.
aku sedar,semuanya jahanam belaka.

"buat apa guna bahasa berteknologi tinggi
kalaupun dah tahu dihidangkan cirit?"

itu aku ubahsuai katakata seorang penulis.
tak dinafikan,itu kenyataan.
jadi,susahsusah kau si peniru nukilan
tuliskan semula karya cendiakawan
kerna kau tahu
itu muntah yang kau sajikan.

terasa ya,penggemar cokelat? :)

Dec 26, 2009

panggilan si laut buat peminta di kala rebah

heyy blog cubby-hole! kau nak tahu sesuatu? seronok tak terkata!
hari rabu,23 disember 2009,sangat berbunga!
ayah aku bawa aku dan adik2 serta ibu ke Teluk Senangin.
ya! itu laut! ;DD
teruja aku bila tahu kami sudah mahu sampai.
bertahun-tahun jugaklah aku tak mandi laut.HAHAHA. (bila besar,malulahh nak mandi laut)

nasib baiklah ayah aku bawa kami waktu tak ramai makhluk2 mandi-manda.
kami berada di dalam laut lebih kurang 4 jam.
ayah dan adiknya,Pak Yang juga anak2 Pak Yang, Azim,Aiman dan Hafiz, mereka memancing.
peduli apa aku mereka memancing.janji aku dapat mandi.(seronok babe!)

mula-mula,gerun gila nak masuk laut.yalahh.ada banyak obor-obor kecik warna coklat.
ada yang besar macam burger.adik aku,Azri dan abg syam dah jauh ke tengah.mereka tak takut
aku dan Fadhli,cuak jugaklahh nak ke tengah.takut diserang obor-obor
(ceroboh tempat tinggal orang,mestilah kena serang,kan?)
agak lama la jugak,dalam 30 minit aku dan adik aku,mandi manda di depan2 saja.
kemudian,raksasa berani sudah meresap dalam jiwa Jalil kami.haha
kami pun mandi manda di tengah lautan.(tak ada lahh tengah sangat.tapi,dalam juga)
aku jenis suka lompat2.jadi,aku lompat2 bila di tengah.

**
sakit tak terkata! kaki aku terkena kulit siput yg berduri!
terus ke daratan.ada darah!
tapi,aku tak mahu putus asa! yalah.bukan senang nak hidu bau laut!
ibu ayah sibuk sentiasa.inilahh peluangnyaa!

bila dah kecut di dalam air,aku dan fadhli main pasir.
aku tanam badan dia.
dia cakap, "berat la pasir ni! nak bangun!"
aku cakap, "ahh! duduk diam2! belum siap lagi nii"

kemudian,dia bangun.macam raksasa.kaki aku pula jadi mangsa.
dia tanam kaki aku.
betul jugak cakap dia.berat gila pasir tuh!

aku tengok ketam2 masuk dalam pasir.aku dah takut.takut kena sepit.
hahah ;D

hah! nak tahu? Pak Yang aku memancing,dia dapat ketam!
besar gilaaa! ayah aku,haish.tak dapat apa2 (kecewaaa)
haha

aku nak upload gambar2.tapi,mak cakap,
"tak boleh.nanti kalau masuk kad dalam laptop,nanti kena serang virus."
jadi,tak boleh lah upload.

lagi satu,kepada sue,nanti aku bawa kau ke teluk senangin.
kau tengoklahh khayalan atau igauan aku.
dussh!

terimakaseh ya kepada pembaca2.(kalau ada yg bacalahh)HAHA
;)

Dec 18, 2009

malam ini tak akan pernah sembuh.barangkali hingga nafas aku terhenti.

haruskah aku larutkan malam ini dalam seribu patah kata dari segenap sudut?

kau tahu kan, Bulan?
aku ini tak mampu menahan panah panah .
seluruh rusuk aku jadi kelam.jadi legam.
rasa yang teramat menghakis,sedang aku nikmat sekarang.

kau juga tahu kan,Bintang?
saat jatuhnya titis titis kecil yg hina dari kelopak mata aku,
bibir aku jadi dingin.
telinga aku terasa sedang bercerai berai.
deria aku seperti membunuh diri di celah celah neraka.

kau, Langit ,mesti kau tahu,
tubuh aku sangat kecil untuk menampung bertan tan emping besi karat.
kulit aku terlalu halus untuk merasa disiat siat,
jantung aku terlampau penat mengepam jutaan kilogram rasa gerun aku.

si Kunang kunang tak tahu lagi
yang aku ini mahukan selimut
buat menutupi semua diri aku
yang kian lunyai
dimamah pedih tak pernah mahu bernoktah.

*Tuhan,aku bukan cerewet.ini apa yang aku tanggung.biar semua tahu,boleh ya?
aku tak suruh mereka merasa tiap tiap cebis perit aku.

Dec 16, 2009

memo

Guruh. .

malam ini sangat bingit dengan teriakan kau.
sebingit rasa hati aku saat
aku tahu wujudnya petir.
perit juga,ya?

kalaupun aku tak sempurna akalnya,
berhentilah mencucuk rasa aku.
aku penat.
kau tahu kan?

aku mohon.
tolonglah.sekali sahaja.
aku mahu rasa nikmat hujan.

aku masih layak, kan Guruh?