Jun 29, 2010

dah pun berambus, :)

sekeliling punya mulut;
mengumpat mencaci menghina mengutuk mengkritik menjerit mencantas
dan paling racunnya; berkata-kata.
mungkin dalam satu bulatan atau sfera,
terkelompak kau, kau, kau dan aku.bersama-sama
mungkinnya bagi kau, kau dan kau, "duhh.apa jijik berkepit dengan si najis"
dan sebaliknya buat aku, "thanks untuk terima aku di sini ya"

dalam bulatan atau sfera yang mana dah terketat dengan lompang keliling;
dah mampat diisi yang kecam kecam.pura pura.bodoh celaka.
ditutup rapat dengan yang kau, kau dan kau punya gelak tawa.

"eh kau.aku ambil bukunya"
"ambillah"
"ehh kau.aku ambil bukunya!" (muka teruja)

toleh sekali pandang,
"kau nak ambil atau nak aku baling?"

"betul ni bagi? aku ambil!"

untuk apa telinga,aku tak pasti
untuk apa teriak,aku tak pekak
untuk apa ulangnya,aku bukan nyanyuk
untuk apa riak mukanya,aku mungkin keras nadanya

dah ini lumrah ;
bila berkelompok dengan yang punya segala sempurna
bila berkelompok dengan yang cuba mahukan perhatiannya

sayangnya,
pada aku,
kau, kau dan kau, tak aku perlu dalam walau sedikit pun nafas aku.
kau, kau dan kau, tak aku fikir bisa mengerti yang seninya hina.

apa ini yang orang agung-agungkan tentang kau,kau dan kau ?
aku tak nampak mana baiknya kalau darah melimpah hanya semata kerana kau, kau dan kau.




kerasnya suara
lantangnya amarah
bengisnya lirikan
amuknya percakapan
ya.ini mungkin aku.
yang baru kau kenal.
atau
ini mungkin aku
yang tak pernah mahu mengenali kau,
yang tak pernah mahu mengenali kau,
yang dah muak dengan orangnya persis KAU.

Jun 16, 2010

brownish eyes :)

it is not i wish to be;
the murderer

i used to think about the blood
somewhere it will flow out from the skin of that person
the heart-beat --stop
no last question i ask
just that person begging so hard;
"can i have only few second to say that i love you?"

and,
it is too late
it is your faith
i don't even know whether it is true or just another fake
give me hopes then ruin all with one shake

pity you poor you
nobody want to help you,not even one
close your eyes ;everything will be fine
i promise you this is how you want me to prove

before i knew that you will smash me into pieces,
i give you heart and you take it nicely;
only with small thunder,followed by the storm hug
you let me go just with one reason;
"we are not mean together,find another"

what the hell are you talking about?
the dreams,promises,and huge love
all of these i thought you are the Prince
and i am wrong cause you are just too silly;
too fool because i am in love with you

you are begging and look into my eyes; with blood flow too fast
"my baby i wont hurt you anymore, forever last"
no worry,this knife wont hurt you
just a bit pain you will sleep; thats true
goodnight sweetdream wish you will wake up and smile
my last words;
thanks for everything that you mean for a while
cause i keep it till i die;
now

Jun 13, 2010

diterbitkan dalam selimut alpa;
atas dosa apa untuk yang dibalas
mungkin yang mati diukir senyum di setiap posisi;
sudut yang bangkai dijadi perhiasan untuk dimegah
atau
susah mahu mengaku yang benar?
hanya kerna yang benar itu jelik pandangannya,
iya kan,si orang besar? :)

Jun 7, 2010

untuk segala-galanya,
yang kau rasakan aku ini si orang keras;
yang kau fikirkan aku ini si orang tak berasas;
yang kau perlikan aku ini si orang bebal.
aku tidurkan semua yang keras;
hilang.lesap.lenyap
aku tidurkan semua yang tak berasas;
terkubur.
aku tidurkan semua yang bebal;
racun.
kau fikir aku siapa ?
untuk tidur dan bangkitkan yang baru ?
siapa yang tak berakal ?

Jun 2, 2010

sayonara bintang angkasa :)

renung-renung luar jendela
tertanya-tanya ada apa sebenarnya yang sedang menggila
menggamit mengajak aku terbang ke angkasa
yang jauh dari sudut dilihat manusia-manusia
yang hidup di bumi beratapkan biru raksasa

difikir-fikir apa aku ini si orang yang pentingkan diri
mengimbau kembali semua yang sudah membina aku jadi seperti ini;
yang sering mendoakan kalian sepanjang hari
menghadap Tuhan yang selalu tak lelah mendengar mohon kalian dilindungi
yang sering mengharapkan yang terbaik akan mendampingi kalian yang aku sayangi
yang sering cuba menjadi orang yang kalian mahukan; sampai mati

gonyoh-gonyoh semahu-mahu aku pada kerasnya kulit pokok tua
tak kisah hodoh mana pun rupa
asal diingat senantiasa oleh kalian yang bijaksana
dipukul hebat di kepala oleh lantunan kata
pusingnya nafas tak terhidu rasanya
mohonlah bantulah saya
agar menjadi robot yang kalian bisa guna
setiap ketika
bersama arus elektrik
agar yang matinya nanti
cuma kerna sekatan arus
bukan lelah disumbat segala bicara tak ternoktah

andainya robot ini mampu bangkit semula menjadi yang manusia
maafkan aku semua
kerna tak terdaya menjadi yang robotnya
yang tabahnya
yang kuatnya
yang besinya
atas dasar degilnya yang memberontak jiwa
aku tumpas dalam patah-patah peluru terpercik ;
"tak siapa mahukan manusia persis kau"

=,=

senang-senang orang cakap memberontak.
pernah cuba selami apa hati yang memberontak?
dan cuba bandingkan dengan rasa hati yang seakan mahu difahami.

kematangan kau ukur berasaskan satu laluan sempit yang panjang.
tak luas,
tak terang,
samar-samar gelap,berdebu.

apa sebenarnya makna "likat" ?
mahu aku kaitkan dengan segala percakapan mesin tak bersistem?

cukup-cukuplah
semua yang kau hadiahkan dari aku mula merengek hingga aku kenal siapa yang terbalik;songsang
kautkan semua rentak yang berkumandang;
kau dah terhebat untuk semua orang.


sekadar di selingan-