Dec 23, 2011

tak ada masa nak difikirkan tajuk,


perjalanan hidup yang terlalu lambat--

pagi yang tak dikejutkan jam loceng,
tarik selimut,sembunyikan diri seboleh-boleh yang mungkin.

mata yang tak boleh ditidurkan lagi;
dikesat-kesat untuk hilangkan tahi yang mengeras.

telefon bimbit dah terlalu jauh--
terjatuh ke bawah katil,
terbalik,
dan
mati.

buku diari yang tak ditutup,
helaiannya separuh dikoyak,dironyok.
diletakkan di bawah bantal yang dah hampir diuraikan bakteria jahat.

kelambu tak menutup rapat,beri laluan masuk kepada sekalian nyamuk banduan,
darah dihisap tanpa rasa sakit,
dibiar gemuk,dan pergi.

badan digaru-garu gatal,
separa lemah yang tak punya tenaga sarapan.

cuba dipejamkan mata yang dah melebam,sembab--
cuma untuk main-kan kembali mimpi malam tadi,
yang cuma ingat sesuku jalan cerita--
ada lelaki dan perempuan yang berdua,dan akhirnya mati dibunuh tangan sendiri.

tak,itu mimpi kelmarin.

dipejamkan lagi,
ada dua orang perempuan jalang yang mau dirinya diterima orang.

tak,itu cerita rumah sebelah.

dipejamkan lagi,
laki-laki yang berdada bidang,tak terlalu ragah,memakai songkok
dah berikan perempuannya seruang taman yang penuh dengan surat cinta.

tak,itu angan angan.

dipejamkan lagi,
lalu air mata menitis,sampai dirasa pipi.
badan mengecil,hati mula sakit.
dan,
senyuman diukirkan separa sedar,
ya.semalam jiwa aku dah hampir mati dimamah suara-suara garau.

"ini bukan kehidupan kau,pergi keluar dan cari sendiri"

"tapi ini keluarga aku."

"tak,kau tak pernah ada siapa-siapa"

"tapi mereka sayangkan aku"

"itu cuma pura pura"

"mereka kata mereka gembira dengan kehadiran aku"

"itu cuma sementara.sekarang mereka dah ada aku,kau boleh berambus"

"tapi kau cuma orang luar."

"kau adalah anak pungut"

"kau tipu"

"buktinya,kau tak dapat apa yang kau nak.sebaliknya aku."

"mereka tak ada duit banyak."

"mereka dah belikan aku sebidang tanah."

"tipu."

"dan,kau dah dibeli batu nisan,dah siap diukirkan nama"

-----
perjalanan hari yang terlalu lambat-
mungkin untuk orang yang terlalu sakit untuk bernafas,
mungkin untuk orang yang dah mati untuk hidup.



double-faces



aku dah penat.
berdepan dengan orang yang tak tahu nilai sahabat,
bercakap dengan orang yang tak reti nak rasa hormat,
berbahas dengan orang yang merasakan dirinya terlalu tinggi untuk dikalahkan.

tak ada istilah "putus" dalam soal persahabatan,
tak ada istilah "kita musuh" dalam soal persaudaraan.

maafkan aku ,
tapi
aku dah lali.

senyum aku dah dirobek-dikorek sejak dibangku sekolah,
tawa aku dah dikecam-dihina sejak aku tahu bumi berbentuk sfera.

lanjutnya aku nak ceritakan sesuatu,
yang mungkin takkan kau baca mahu pun hidu.

berapa ramai yang kau kenal hinggakan kau merasakan terlalu ramai untuk kau jadikan kawan?
berapa ramai yang kau tahu hinggakan kau memilih untuk keluarkan statement ;
"ramai orang kutuk belakang aku"

kirakan aku jumlah KAWAN yang kau rasa dah terlalu ramai untuk kau ada.
kirakan aku jumlah KAWAN yang tak pernah ada bila kau berduka.
kirakan aku jumlah AKU yang kau rasa kau terlalu kenal.
tolong kirakan.

senang untuk kau label
dia JALANG,
dia MURAHAN,
dia TAK ADA MARUAH,
dia terlalu SOSIAL,
dia tak pernah BERUBAH,
dia kaki MENGUMPAT,
dia DALANG untuk JATUHKAN kau di khalayak ramai.

senang untuk kau letakkan seseorang di atas najis,
senang untuk kau campakkan seseorang ke dalam gaung berbau hamis.
senang untuk kau angkat seseorang dan sanjung sampai ke langit.

tapi,
pernah kau merasa betapa susahnya untuk seseorang menerima bahawa kawannya sendiri yang dah dianggap orang paling rapat--akhirnya jadi musuh yang terlalu ketat.

pernah kau merasa berada sendiri di tempat orang yang kau kata dia dah jatuhkan kau berkali kali?

pernah kau merasa menjadi orang yang dah dimatikan segala Sistem Bunuh Diri semata cuma untuk abaikan cemuhan kawan sendiri?

satu hal yang aku nak kau tahu;
dalam dunia ni aku tak pernah jumpa manusia yang betul-betul ada sifat Terima Kelemahan Diri & Orang Lain.


yang dia tahu cuma KRITIK dan terus MENGHERDIK.

dan,
kau sendiri dah buktikan pada aku bahawa aku dah salah memilih kawan.
dah salah.


Nov 27, 2011

tak ada motif untuk kau baca.

semalam,
ada sepucuk surat diletakkan di atas meja berhabuk aku.
di atas sampulnya tertera nama,alamat dan stem 30sen.
tak ada bau bedak,tak ada tulisan nama kecil di belakang sampul.
bersih dan dikotorkan oleh habuk di atas meja aku.

semalam juga,
surat itu aku biarkan dahulu.
tak ada nafsu untuk membuka isi sampul
kerna
yang mengganggu aku adalah "itu bukan surat dari kamu".

semalam juga,
aku berjalan-jalan ke luar,sambil memegang sampul yang dah hampir lunyai
gara gara dironyok-ronyokkan tanpa sedar.
hujan lebat yang dah hadiahkan aku pelangi petang memburukkan lagi sampul yang aku dah hampir hancurkan.

pengering rambut--ini aku guna untuk keringkan sampul yang masih tak dibuka,

hari ini,
pagi aku masih seperti biasa;
mata sembab,
kulit berminyak
dan
jerawat makin mengecut.

seperti biasa juga,
hal pertama yang aku lihat--telefon bimbit.
no new message received from _________.

yang ada cuma 4 new message received from Different People.
malas nak membaca.
"Exit"

sampul surat yang semalam aku belek-belek.
dah kering
dan
sedikit comot.

masih belum mandi,
tanpa rasa apa-apa aku koyakkan bucu sampul,

oh,ada surat.

"satu hari nanti tolong ingatkan diri bahawa dia juga perlukan masa untuk dibelai,dirindui dan dicintai.

Yang menulis,
Dream&Nightmare of yours"






Nov 25, 2011

secawan milo dan beberapa keping biskut Hup Seng.

ini hal antara aku dan kau. kita berdua. sahaja. okay?

aku tak halang kau untuk
rindukan dia,
sayangkan dia,
cintakan dia.

aku tak paksa kau untuk
lupakan segala lagu yang dah dicipta,
bencikan segala senyum yang terasa nikmatnya,
dan muntahkan segala kenangan bila bersama-berdua.

aku tak mahu kau merana.

aku cuma nak kan kau yang lama
kau yang tahu untuk ketawa,
kau yang takkan mati bila diseksa,
kau yang akan tersenyum bilamana air mata cuba hapuskan rasa;
"ini terlalu sakit"

untuk setiap masa,sampai aku habis nyawa,
sampai aku dibogelkan di sana,
kau akan tetap aku bawa.

jadi tolong pimpin aku untuk sama sama bau syurga.

Hati,
tolong sayang aku lebih daripada kau cintakan dia, boleh? :)




"tonight,if i fall in love with you again,please remind me that I'm not yours"


Nov 15, 2011

tak ada mood untuk beberapa hari.dan itu bukan kerana kau.

aku pernah terima janji Lelaki,
dan aku gelar itu Sampah.

"kalau kita bercinta,aku janji akan buat kau bahagia"
dan sekarang,yang aku ada cuma Senyum Pura-Pura.

"kalau kita bercinta,aku janji kau yang terakhir akan ku punya"
dan sekarang,siapa perempuan-perempuan yang dah kau pegang?

"kalau kita bercinta,aku janji takkan biarkan kau menangis sayang"
dan sekarang,aku dah tak punya air mata untuk basahkan pipi ini sayang.

"kalau kita bercinta,aku janji akan jaga kau sampai aku mati"
dan sekarang,kau sendiri dah matikan aku ,depan semua orang.

dah terlalu banyak yang kau janjikan sayang,
sampaikan aku rasa muak untuk pikirkan hal-hal yang terkebelakang.

dah terlalu manis mulut kau sayang,
sampaikan aku tak sedar itu dari najis atau longkang.

untuk apa kau berjanji kalau sekadar untuk puaskan nafsu lelaki?

untuk apa kau berjanji kalau sekadar untuk jadikan aku kekasih dan bukan isteri?

untuk apa kau berjanji kalau sekadar untuk tunjukkan kau itu ada lelaki,
tapi pada aku,
kau kurangnya hati
dan tak ada langsung hati ; tak ada.

hari ini,
aku kenal ramai Lelaki,
aku kenal ramai.

dan kesemuanya mereka ada persamaan - ego.
cuma,
yang akan membezakan mereka - reaksi bila bertemu Perempuan.

aku tak kata aku terlalu kenal lelaki--tak kata.
cuma,
aku dah penat,
penat terima janji lelaki.

oh ya,
aku dah hadamkan kesemuanya--kesemua cerita & janji yang dah kau beri.
tak sedap.

*kalau kau dah punya pacar lain,layan dia guna akal.bukan nafsu kau yang dangkal.

Nov 13, 2011

susah orang nak faham dia,kalau tak faham cerita dia.





penulisan orang sakit jiwa;
jalan cerita yang cuba mencari mana penamat,
karakter yang topengnya dah bersalut "Aku Nak Bebas"
dan,
angan-angan yang orang tak pernah nak percaya wujudnya dunia dia;lagi satu.

_________________________________________

"orang sakit jiwa dah merata-rata"

"mana kau tahu?"

"termasuk kau dan aku,yang sakitnya tak seketara orang-orang terdahulu"

"terdahulu? maksud kau?"

"orang-orang yang pernah bercinta dengan orang yang tak reti menjaga,
orang-orang yang pernah hidup tanpa ada rasa apa apa,
orang-orang yang pernah cuba untuk senyum dalam keadaan berlumuran darah di tempurung kepala"


"dan mereka orang gila?"

"tak,aku tak label itu orang gila.aku cakap itu orang sakit jiwa"

"apa bezanya? dua-dua term sama maksud,sama karakter,sama semuanya"

"nak aku tunjuk bukti apa bezanya sakit jiwa dan orang gila?"

"silakan kalau ada benarnya"


________________________________________________


secawan teh 'o' panas,dan biskut kering ;
sarapan yang aku larutkan dan cebis-cebis semalam aku gaulkan.

nada yang bersahaja,lagak orang biasa-biasa,

"hari ini,takkan jadi seperti semalam atau kelmarin atau yang lepas-lepas."

statement itu disambut elok oleh suara yang baru datang; pemakaian yang kacak,segak dan senyum yang sedikit telanjang,

"kenapa kau terlalu yakin? sedangkan Raksasa Jingga tak sepenuhnya mengamuk lagi,Gula-Gula Kapas belum tentu tak menangis,lagi"

aku bersandar sambil menghirup teh 'o' yang dah sejuk dibekukan bayu pagi,
dan ketawa yang tak nampak gigi yang dah dikuningkan kaffein,

"aku tak kata aku yakin,aku cuma kata itu impian aku untuk hari ini.tak salah kan?"

perempuan rambut ikal mayang yang memakai gaun seputih kain kafan datang,
berbekalkan suara lunak,yang serak-serak basah,

"tak salah,memang tak salah.tapi aku tak nak kau sedih lagi,kerna tiap-tiap pagi,kau buat angan angan yang sama,dan hasilnya--kau sendiri terperosok dalam mimpi ngeri"

tangan aku dipimpin,digenggam oleh keduanya,
yang di kirinya kasar sekasar buruh yang sukakan bendang,
di kanannya lembut selembut orang yang tak reti bikin kerja rumah.

serentak keduanya bersuara,
"pejamkan mata,longgarkan langkah.jangan sekatkan rasa,tapi bebaskan suara"

tanpa guna akal untuk berfikir,tanpa biarkan otak bekerja sedikit,
mata aku pejamkan,
langkah aku biarkan,
rasa aku positifkan,
suara aku simpan--dalam-dalam

lantai yang lembik-basah-atau berlumut,
aku biarkan kaki ini bermandikan segala apa yang aku pijakkan.

terdengar di cuping telinga kanan,
"kenapa kau lepaskan ego?"

di kiri pula bersuara,
"kenapa kau bunuh maruah?

tatkala aku mau membalas,
seperti suara aku dijerut--
sakit dan nafas aku seperti mau putus.

dan,lega.

di kiri aku pantulkan soalan yang sama,
di kanan aku bidaskan aku dengan soalan yang sama.

kaki yang dah dilumpuri benda-asing makin tenggelam.
tangan aku digenggam sekuat-seerat yang termampu.

entah datang suara dari mana,diteriaknya,gelombang yang terasa seperti mengelilingi aku 360 darjah,

"lepas kan dia,lepas kan dia.dia tak sedia untuk membenci,dia tak sedia untuk mencintai"

dan,
aku terbenam dalam lumpur-benda-asing.

tak mati,
aku bernafas.


bahu aku dipegang,diusap-usap.
"dik,kedai dah nak tutup."

aku tersentak,dan tindakan separa sedar aku,
"nah,simpan duit baki"

____________________________________________



Lelaki yang dikatanya kacak,segak,gagah -
itu ego dia.
Perempuan yang dikatanya cantik,lembut,sopan -
itu suara dia

ego dia mau kan dia untuk jadi perempuan,
suara dia mau kan dia untuk jadi gah seperti lelaki.

orang gila - dunia nya tak rasa apa apa.
orang sakit jiwa - dunia nya sakit,jiwa nya meronta ronta.

reti kau nak beza?

Nov 11, 2011

move on, or back off.

kau ada masalah dengan aku?
kau ada nak cari pasal dengan aku?

aku ada curi duit kau?
aku ada kebas laki kau?
aku ada bunuh nyamuk kat rumah kau?

apa kaitan blog aku dengan perjalanan hidup kau?

perlu ke blog aku sama-cantik dengan blog-blog blogger lain?
perlu ke aku pakai jeans jenama Gene Martino untuk buktikan aku ada ego?
perlu ke aku kibarkan kain rentang yang tertulis "A'AH AKU PENYOKONG KAU"

tak kan?
sampai mati pun,tak perlu kan?

tolonglah,tolonglah.

aku tak suruh kau berhenti berfikir,tak suruh.
tapi,
berpada-pada lah kan?

berpada-pada lah untuk judge orang lain.

it is not necessary for you to take a look on people's life & make a mean conclusion.

not necessary.

kau ada hidup sendiri kan?
kau ada kawan kawan yang kau anggap "merekalah nyawa aku ,merekalah dunia aku"
(but the fact,nonsense)

hidupkan hidup kau,
hidupkan.

dan,
untuk hidupkan hidup kau,
jangan matikan hidup orang lain.

kau bukan Allah.
kau bukan Allah.

pakukan baik-baik apa yang aku nak tulis;

semua orang tak sempurna,dan jangan salahkan mereka andai kata mereka cuba nak sempurnakan hidup masing-masing.

paling ringkas;
stop insulting people.
stop manipulating people's life.

suka hati dia lah kalau dia nak bercinta dengan sesiapa pun,
bukan lelaki kau kan?
bukan perempuan kau kan?

memang ni blog aku,blog Lina Jalil.
ada apa apa masalah nak diselesaikan bertentang mata ke?


do they mess up your mind?
then,
you're voldermort.
*kidding ;)

Nov 10, 2011

i cant hold it,alone.


THE PAIN,

sometimes has been my drug;
and i'm addicted to it.
addicted to cry,
addicted to hear lies,
addicted to know the reason "WHY".

sometimes has been my only friend,
that tend to give me tears,
and wipe it with words.
that tend to hold me,
when i just want to fly away from this small world.

sometimes has been the only feeling,
that no one knows
HOW it feels,
WHY it hurts,
WHO's the person,
WHEN it happens,
and
WHAT's the reason.

only you have the answer,right?

Nov 7, 2011

kalau kau baca dan kau menyampah,jangan salahkan aku sebab ini blog aku.okay?


aku tak sukakan dunia sekarang.
walau sekecil-kecil ruang,
masih ada yang berperang.

sana perihal anak tiri yang dibunuh saudara kandung sendiri.
situ tentang kucing yang dikerat-dipotong jadi makanan siang.
sini soal lelaki dan perempuan yang tak tahu batas Islam.

mereka suruh aku keluar,
lihat dunia luar!
yang aku nampak,manusia makin liar.

mereka suruh aku terjah,
buka minda biar tak dijajah,
yang aku nampak cuma dunia yang hilang arah.

mereka tolak aku ke lumpur,
kononnya biar dirasa susahnya hidup.
yang aku bau cumalah kau yang di-badut.

lalu aku kurungkan kembali tubuh aku yang dah dibasahi caci maki,
dan pejamkan suara yang dah serik diherdik diperli.

dunia yang harusnya sepi,
dunia yang harusnya mati,
semuanya diwarnai dalam mimpi aku sendiri.

ini dunia aku,
ini hal aku.

kolot atau tak,pertikaikan depan aku.
bukan belakang aku yang kau boleh conteng pakai najis lembu.

kau boleh hidup dengan segala isi manusia yang dah makin gila ,
kau boleh bersosial dengan suara-suara yang curangkan ibu bapa.
kau boleh berzina dengan cerita-cerita yang sarat dengan Sakit Jiwa.

jangan heret aku.

jangan heret aku.


kalau cemburukan hidup aku sekalipun,
tak perlu kau ambil semua warna aku.

kau tak ada hak.kau bukan Tuhan aku.

Nov 6, 2011

if your ghost really exist,

ber t-shirt lengan panjang,bertudung merah jambu,berseluar jeans dan
berkasut sneakers.

satu per satu diri aku,
dah kau tahu.

satu per satu diri aku,
dah kau bau.

satu per satu diri aku,
pernah kau rindu.

lorong yang dahulunya gelap,dipenuhi semak-samun dan binatang buas
dah jadi tempat aku lepaskan segala lelah yang ada;
lelah menunggu kau.

disebabkan semak yang menebal,
lorong yang gelap ini mungkin jadi ruang untuk aku menyendiri.

sendiri,
lagi sekali.

mahu tau sesuatu sayang?

makhluk-makhluk yang berlari-lari ;
gadis perempuan yang bermain buaian sambil ketawa,
bayi lelaki yang mahu didukung,
suara-suara mereka dah makin nyaring.
suara-suara mereka dah makin bising.

kita pernah berdua,
dan mereka pernah bersama kita--
sampaikan ada orang kata kita ini orang gila
yang suka bergaul dengan orang yang tak ada--tak boleh dirasa.

dan,
waktu kita pernah berdua,
kau jadikan gadis buaian itu masa depan untuk aku--
untuk aku senyum kerna bakal punya puteri seperti itu.

kau jadikan bayi yang suka didukung itu masa depan untuk aku--
untuk aku senyum kerna itu mungkin putera aku.

tapi,
sayangnya,kan sayang?
masa kita berdua tak pernah ada yang suka.
tak pernah ada yang suka.

habis segala isi 'taman tema' ini dibiar mati
habis segala suara untuk ke lorong ini dibiar sunyi.

hinggakan
suara aku sendiri dah jadi mimpi ngeri
mimpi ngeri untuk kau sukakan aku lagi--

mereka jahat,sayang.
mereka kejam,sayang.

tapi kau sebelahkan mereka,
kau beratkan mereka.

kau campakkan aku gunakan mereka--
Cinta yang dah jadi daging busuk,
Rindu yang dah putuskan nadi aku,
Cemburu yang tak pernah cuba membantu,
dan,
Ego yang selalu pijak-pijakkan jasad aku.

lalu kau puas,
lalu kau ketawa hingga selesai nafas--
selesai nafas.

sambil aku usap-belai kubur kau sayang,
aku tinggalkan satu nota ringkas,bersebelahan batu nisan;

"kalau tak pernah sedikitpun merasa untuk berikan cinta,mohon jangan ditunjuk sedikitpun rasa tentang hidup berdua"

Nov 4, 2011

when the rhythm of your dreams is your nightmare,

tak ingat hari apa,tak tahu itu lampu atau cahaya,
tapi yang pasti,
itu hari
Sakit Jiwa Sedunia

"kau tengah buat apa?"

"tak buat apa-apa,saja duduk-duduk,"

"tapi tangan kau ?"

"oh,aku kelar. kenapa?"

"kau okay?"

"sangat puas lepas aku tengok segala apa yang aku rasa,mengalir keluar --lancar"

"boleh berikan aku pisau tu?"

"kau nak buat juga? boleh!"

------------------------------------------------------------

kalau kau tahu Tuhan ada,
kau takkan sikitpun ada niat
untuk jadikan diri sendiri bahan pelepas perasaan.

letakkan hati kau ke tepi,
angkat-kan kepala kau ke atas,
biar otak kau berada tinggi sedikit daripada segala apa yang di bawah.

buang apa yang kau dendam-kan.
simpan segala apa yang kau senyumkan.

untuk bawa kau berjalan,
aku tak perlukan jalan,kasut atau tak perlukan tenaga untuk keluar.

genggam tangan aku,
pandang aku.

tolong menangis.
tolong menangis.

cakapkan apa yang kau tak puas,
luahkan apa yang bebankan otak kau,kawan.
ceritakan pada aku--
tentang Orang Tak Berkaki,Orang Tak Berkepala
yang datang untuk ajak kau sekali--untuk jadi Orang Tak Ada Harga.

"aku masih tak merasa apa-apa.aku tak boleh keluarkan yang dah membangkai"

"biarkan mereput dan kau pun akan lupus?"

"mungkin itu yang terbaik."

"mana kau letak Tuhan?"

"tak tahu. aku tak nampak Dia ada"

"kau pernah nampak sakit hati kau depan mata?"

"tak,tapi aku rasa."

"dan,Tuhan tak pernah tinggalkan kau sendirian.Dia terlalu dekat dengan kau,terlalu."

"kau tipu"

"pernah mencuba bercakap dengan Dia?"

"aku bukan orang gila."

"kau salah. kau lagi gila kalau kau tak pernah bercakap dengan Dia."

"kenapa Dia uji aku macam ni?"

"sebab Dia nak kau cari Dia."

mak,ayah,atau kawan-kawan--
mungkin kau boleh ambil mereka jadi telinga kau.
tapi,
cuma setakat telinga.

segala apa yang mereka cakapkan,
segala apa yang mereka cuba tenangkan,
pasti itu berbalik kepada kuasa Tuhan.

cari Dia.
tolong cakap dengan Dia.








Allah wont let you to be alone,no matter how bad your attitude is.
there's a space for you to ask for His forgiveness --
to ask Him to guide you,back to the right path.

:NOTE FOR ME TO REMEMBER:

Oct 8, 2011

I need my own Space.


hari yang tak ribut,atau mendung ; tapi sedang-sedang.

mungkin sinaran UV yang tak menembus; tapi masih cuba jejak bayang.

sejak kelmarin, aku ditinggalkan sekeping nota yang dah berhabuk & nampak dah dironyok-ronyok.

tiap-tiap pagi, diselitkan di bawah pintu,dan masih signatur yang sama,
"Live In Your Dream Wont Drag You Down"

dan,
pesanannya cuma dalam beberapa patah kata;
"cintakan aku lebih dari semalam"

esoknya,
"titikberatkan aku lebih dari yang lain"

lusanya,
"jangan matikan aku lagi"

segala isi pesanan ringkas ini dah aku kumpul,dan dibuat sebuah buku.
tak tebal,tak nipis.

mungkin bagi kau yang membaca;
"kolotnya simpan benda-benda macam tu"

atau;
"orang gila yang mudah percaya dengan surat layang"


untuk sekalian orang,yang fikirannya sedemikian rupa;
tolong fahamkan satu perkara.

tak perlu kaji selidik hidup aku untuk jatuhkan aku.
tak perlu susah-susah tanya orang mana asal usul keturunan aku hanya semata mahu matikan aku.
tak perlu bayar tenaga pekerja guna masa yang kau ada cuma untuk melihat aku tersungkur bersujud di kaki kau,
tak perlu.

hal nya sangat ringkas.
nota yang aku dapat,itu dari aku sendiri.

tak salahkan kalau aku mahu cintakan diri sendiri? itu yang Tuhan mahu & kau tak usah pertikaikan lagi.

berambus & tolong jangan bunuh senyuman orang lain.

Sep 23, 2011

Suara Kerak Bumi

untuk jadi cantik,
kau tak perlukan plastik
untuk membalut wajah yang kau anggap raksasa.

untuk jadi cantik,
kau tak perlukan kawan-kawan
yang hidupnya diselubungi uwang berjuta.

untuk jadi cantik,
kau tak perlukan lelaki
yang mulutnya manis ucapkan
"awak puteri saya yang paling cantik"

untuk jadi cantik,
kau tak perlu dekatkan diri
dengan sekalian golongan yang berpuak-puak
sambil kibarkan propaganda
"beautiful girls all over the world"

untuk jadi cantik,
kau tak perlukan pandangan
dari Majalah Remaja Plastik,
yang menuliskan
"beli 1 percuma 1"

untuk jadi cantik,
kau tak perlukan apa-apa dari luar dunia,
kau tak perlu dapatkan dengan menggadaikan maruah & harta.
kau tak perlu rebutkan dari sekalian Model Yang Tak Cukup Makan.

untuk jadi tercantik,
kau cuma perlu menjadi apa yang kau mahu.
kau cuma perlu ketawa yang tak palsu.
kau cuma perlu ajar diri "Ini Hidup Aku"
atau paling ringkas,
kau cuma perlu bersyukur atas apa yang Tuhan kata
"ini yang terbaik untuk hamba-Ku"

cantik itu ada yang kata subjektif,ada yang kata bukan.
mata kita lainan rasa,
hati kita lainan suara.
tak usah perlekehkan apa pandangan orang terhadap sesuatu perkara.
terima & diam.
atau
terima & buka minda.


accept people's thoughts.
accept people's life.
she/he may be a 'bitch' outside,
but who knows inside?


bitch term i used not for you to imagine his/her behaviour ,but please think out of it.

Sep 17, 2011

down syndrome.

malam ini,
kalau aku menangis lagi,
kalau aku fikir mahu lari dari segala suara hati,
kalau aku matikan diri sekali lagi,
mohon jangan ditanya "alasan apa kali ini?"

malam ini,
kalau ternampak aku berjalan-jalan sendiri
bersama telefon bimbit yang dah pecah-dihempas berkali-kali,
sambil memakai selendang yang kau beri,
tak usah ditanya "dengan siapa aku jatuh hati?"

malam ini,
kalau aku tak pulang lagi,
kalau diari aku dah habis dimamah api,
kalau kawan aku kata "hari ini dia nak jumpa Si Mati"
kalau ada terhidu hanyir darah yang berlumuran di tepi perigi,
tolong jauhkan dunia dari bertanya
"mana pergi perempuan yang jiwanya dah tinggal saki baki?"

dan,malam ini,sekali lagi
kau dah jadikan aku Orang Yang Hidup Tanpa Hati,Orang Yang Mati Tanpa Sepi.

malam ini malam aku,
malam ini aku dah genggam baik-baik suara hati kau yang dah hancur ditikam bertubi-tubi.


malam ini aku tak sunyi,
tapi
mungkin mati.

Sep 16, 2011

satu malam bersama Perempuan-perempuan 'Cantik'

kehadapan segala orang yang hatinya terlalu rasa "Aku Tercantik dalam Isi Dunia"

untuk hari ini,malas nak bermadah segala,
izinkan aku tulis secara terus-terang DAN
maafkan aku andai kata penulisan aku nampak agak celaka untuk malam ini.

AMBANG HARI MALAYSIA,
15 SEPTEMBER,
9.00-12.00 MALAM--KOLEJ.

sepatutnya,Khamis dah boleh pulang rumah,
tapi sebabkan hal ini,semua terbantut nak kemas beg.
semua terpaksa ke dewan untuk hal ini.

rules are always rules.KAN?

tak kisah.
cuma.

kepada kepada yang hadir semalam,kepada yang hadir dan duduk belakang aku semalam,
dengar baik-baik apa aku nak kata,
(kau takkan dengar,tapi baca baik baik)

tolong hargai usaha keras orang yang aturkan majlis.
tolong hormat segala isi dalam majlis.

tak susah kan?
duit tak kurang kan?
muka tak kena simbah asid kan?
pakwe tak lari kan?

janganlah perlekehkan orang,wahai Gadis Yang Rasa Diri Terlalu Sempurna Untuk Caci Maki Orang.

biar aku tulis apa kau kata semalam,

"suara macam tu nak jadi pengacara majlis" (sambil mengajuk-ajuk dan sumpah suara kau paling jelik)

"dah la tu perempuan,muka hodoh then nak menggatal dengan student lelaki.menggedik"

"sampah la bodoh,korang semua sampah."

ini semua apa yang kalian kata.KAN?

dan,
yang paling bingitkan jiwa aku bilamana kalian menjerit seolah olah dewan tu cuma ada kau seorang.
kau menjerit dan terus menjerit dan terasa bangga selepas menjerit.

tak perlu,kan?

telinga aku ada limit untuk volume.sebab aku manusia.
even robot pun boleh musnah dengar suara kau yang terlalu nyaring.

maaf bahasa kejam,tapi aku tak tahan.faham?

lagi satu hal,
terima kasih sebab dah tunjukkan aku yang kau jenis boleh baring ikut suka dekat public.

kau perempuan,muka cantik tapi ?

dan,
aku rasa tak perlulah kau nak caci maki ,kutuk kutuk bahasa kaum lain,kan?

IF YOU WANT PEOPLE TO RESPECT YOU,PLEASE RESPECT OTHERS,TOO.

tak kisahlah kau senior atau sebaya,
tapi
tolonglah.
itu majlis orang.
kau tak perlu bayar pun untuk ke dewan tu,kan?

terima & cuba enjoy walaupun kau tak suka.



umpamanya,
kalau kau buat kek untuk kekasih kau,dan rasanya macam najis,dan kekasih kau buang depan mata kau.

macam tu lah apa yang dirasa oleh kawan kawan kita yang dah usaha nak jayakan majlis.


harap kau faham

& kau dan kawan kawan kau dah memang spoil-kan habis mood aku semalam.


apa apa pun,
SELAMAT HARI LAHIR,MALAYSIA :)

Sep 12, 2011

I accepted the rejection.

"aku sukakan kau"
ini ayat pertama dan mungkin terakhir yang kau akan dengar daripada aku.

"benar?"
"ya.aku sukakan kau"
"tapi aku cuma mahu kau jadi kawan baik."

dan itu ayat terakhir yang aku mahu simpan erat erat dalam kubur aku.

untuk terima atau tak,
aku tak kisah.

untuk sukakan aku semula atau tak;
itu tak perlu.

untuk jadi lelaki aku sampai tua;
mungkin aku bukan wanita yang kau rasa akan sampai syurga.

jadi
dengan menjadi Perempuan Yang Dibiar Senyum Tanpa Hati;
aku mahu katakan suatu hal dan
harap kau pegang sampai mati.

perasaan suka hadir bukan dalam keadaan paksa.
perasaan suka bukan diminta dibalas semula.
perasaan suka paling bencikan perkataan "pengecut"

jadi;
aku mahu gumpalkan segala macam yang dah aku garap dari sekalian dunia yang dah kau tunjuk pada aku.
dan
aku mahu ciptakan sebuah istana yang isinya cuma dua;
SENYUM yang takkan biarkan kau sengsara,
HATI yang takkan kematu untuk katakan "kita kawan dunia akhirat"

Sep 2, 2011

dari kelmarin yang usianya mula bernafas sejak dari 1 Mac 2010;

dalam keadaan yang menyerabut;
diri aku dipakaikan rasa Malu,Rindu,Cinta,Sayang yang meninggi.
senyum aku dibiarkan melebar bersama saki-baki Diri Yang Semalam.

untuk hal yang ringkas,
untuk hal yang tak ada penamat,

tolong dengarkan aku.

aku rindukan kau.terlalu rindu.

Aug 30, 2011

Episod I

muka teruja nak beli baju raya ;)



sementara menunggu buluh lemang diisi,

ini kereta beroda satu.
digunapakai untuk membawa kayu-kayu api untuk membakar lemang.
mungkin Triton edisi terhad.


optical illusion ;
dia tak buat kerja sebenarnya.
saja suka nak posing lebih-lebihan.
kononnya cucu ter-rajin.
*ter istilah untuk sengaja.


meriam buluh mini.
adik bongsu aku buat guna buluh yang tak pakai.
agak kreatif tapi sedih.
sebab,
yang beriya-iya posing-nya yang gambar ketiga.
*gila lensa


dan,
ini ayah aku.
HAHA.
nampak khusyuk bakar lemang,
*waktu ini tengah bakar lemang tepung.
sumpah SEDAP. :D

*rasa api tu macam "what the hell"
panas nyaahhhh


ini gambar di kampung lagi satu.
tapi tak semua gambar ada.
kebanyakannya di kamera abang.
*kecewa.


oh,nama arnab tu Cha-cha.
dan dia jantan.
(:

will be updated another entry soon.
*macam lah ada orang tunggu blog aku di-updated,HAHA
*sukahati aku lah nak taip apa

&&
Selamat Hari Merdeka semua <3

Aug 28, 2011

I Love Me (:






aku ada 2 pilihan,
1) menjadi aku
2) menjadi kamu

dan,
dalam kedua-dua pilihan yang aku ada,

1) dikelilingi pembenci yang tak sukakan siapa aku
2) disukai ramai yang terlalu taksub dengan kehebatan kamu

mungkin,
secara normalnya,
orang akan pilih yang kedua.
secara sedarnya,
orang akan mahu yang kedua.

dengan itu,
aku tanpa rasa apa-apa;
memilih yang pertama.

nampak macam pemilihan aku pemilihan orang biasa-biasa kan?

&&
kalau itu pemilihan yang biasa-biasa kau rasa,
kenapa terlalu susah orang mahu menjadi diri sendiri sampai mati?

pilihan aku tak semestinya waktu ini aku dah menjadi Si Aku.
belum lagi.

belum lagi.

tak kesemuanya diri aku dah aku tonjolkan pada mereka yang aku kenali.

tak semua.

sampai hari ini,
belum total aku menjadi Si Aku.
belum total.

kau nampak aku gelak; itu separa normal.
kau nampak aku hu-ha-hu-ha; itu biasa.
kau nampak aku tukar mood ikut arah angin; itu hal remeh.

untuk bersendiri,
kau belum lihat aku begini kan?

untuk menyepi,
kau belum kenal dengan siapa aku berkomunikasi,kan?

untuk diamkan diri,
kau belum nampak untuk apa aku perlukan ruang sendiri,kan?

&&
untuk jauhkan hal-hal yang dah mati,
kau belum rasa mendekati aku yang dah merasa dibunuh diri sendiri.

dengan ini,
kau dan sekalian kau akan melabel;
"kau emosi"
"kau gothic"
"kau tak ada life sendiri"
"kau kera sumbang"
"kau tak open-minded la bro"

nahh,
kalau itu di-label-nya aku,
kalau itu kata putusnya,

aku tak kata itu salah.
tak.

aku tak kata itu betul.
tak.

aku tak kata itu apa-apa.

cuma,
terimakasih untuk dia yang kata;
"aku cemburukan hidup kau"
"aku nak jadi macam kau"

jawapan aku senang;
"tak usah.jadi diri sendiri & hidupkan hidup sendiri.itu dah memadai"

kadang,
aku perlu bersendirian bukan kerana aku sedih atau kesunyian,
tapi
aku mahukan ruang untuk jiwa sendiri.
aku mahukan ruang untuk nafas sendiri.



harap kau faham kenapa penulisan aku semacam orang nak bunuh diri.
aku cuma nak hidupkan senyuman aku yang dah lama mati.
(:




Aug 23, 2011

cerita budak umur tujuh belas tahun.

Ini cerita aku dengan seorang budak lelaki.

berbaju putih,ya sekolah MC.
tak perlu malu untuk ini.
tolong salute untuk ego dia yang tak meninggi,
hanya untuk beri luahan hati.

kisah ini terjadi di library,
ya,tempat dulu-dulu aku study,
tentang orang,dunia dan identiti sendiri;
yang takkan mati kalau tahu bangun dan berlari.

mungkin dia dah lupa,
tapi tak apa.
aku dah record dalam kepala
dan mainkan tiap kali ada lelaki yang cuba-cuba nak main mata;
bukan dengan aku; tapi sesiapa saja.
kerna takkan wujud ini cerita
kalau tiada mata yang terjaga.

maaflah mukaddimah panjang berjela :D

di suatu hari.
dia datang berkemeja-T
sambil membimbit buku sejarah&baju batik MC
"hari ini panas,duduk bawah kipas,mari"
katanya sambil tarik kerusi
dan aku cuma pandang dari sisi.

Dan,si lelaki mulakan bicara;
"aku nak luahkan kat kau,hari ini juga"
"tentang apa?"
"hal kita."

"sejak bila kita ada kisah berdua?"
"tapi aku perlukan privasi,kau tentukan dimana"
"um di sana,di luar pintu ada macam beranda"
"tak ramai orang lalu lalang di sana?"
"tak,sebab itu kawasan larangan sebenarnya"


Lalu kami duduk sebelah menyebelah,
sambil dia menghela nafas lega atau gelabah;
“maafkan aku,tapi aku nak cakap terus dari hati”

“silakan,telinga aku dah sedia untuk makan apa yang diberi”

“aku sukakan kau,itu tajuk untuk hari ini”

“lalu apa kaitan dengan muka kau yang macam separuh nak mati?”

"Sebab aku dah punya kekasih hati"

“dan kau rasa itu hal yang bebankan otak kau sampai hari ini?”

dia menunduk,
berdiri dan bersandar ke dinding;

Menghadap aku yang sedang duduk dan mendongak ke arah dia

Dia yang sedang cuba untuk berfikir

Berfikir cara bagaimana untuk biar semua ini berakhir.

seperti biasa,aku penat menunggu lama
aku mulakan soalan kedua atau ketiga,
"jujurnya,untuk apa kau layan aku lebih dari kawan yang kau kata?'

Dia menjawab sambil menghentak-hentakkan telefon bimbit ke kepala;

“itu salahnya aku! Aku suka dua orang dalam satu masa. Aku tak reti nak pilih siapa yang sebenarnya aku cinta”

dan,itu bukan salah dia;

itu yang aku rasa,
kerna
Tiapnya lelaki
walau sudah beristeri,nafsu tetap tak mati.


dia kembali duduk di sisi,
sambil membalas mesej (dari kekasih aku rasa)
dan berulang memohon maaf,
dan berulang-memberi kata
“kalau aku boleh putarkan masa (manusia tak ada kuasa nak lakukan hal sedemikian rupa)Akan aku cuba setia pada dia,akan aku cuba simpan ruang Cuma untuk dia.”

dia memandang aku yang sedang bingung barangkali,
aku tak faham apa yang dia cuba suarakan dari hati
kerna,
ada satu hal

Yang sampai sekarang masih belum di-luah-beri

Sejurus selepas dia kata;


“aku tak tahu nak sampaikan perasaan aku,aku tak reti”

“tak reti atau belum ready?”


ambil masa paling lama duduk berkomunikasi atau berdiskusi barangkali,
hinggakan kawan aku di bawah jerit "pewwit pewwit"
terus aku menoleh, "dia kawan, aku sampai mati"

lalu,
terus menerus mendengar suara dia yang minta aku jangan pergi
seperti hari itu tak mahu mati
Seperti hari itu cuma wujud aku dan si lelaki.

Yang penuh rasa beban,rasa bebal dan

Bagi aku dia punya maruah yang tinggi.


kepada orang di luar sana;
tak usah fikir dia sekolah apa,
tak usah set di minda,
"ah,konon bangga cerita tentang MC?"

tolong ingat satu perkara;
ini cerita aku dan dia.
title sekolah tak ada guna.
dan,
kalau masih berdegil nak kata aku Perempuan Celaka,
silakan,teruskan ikut suka.
asal kau tahu ini blog empunya siapa;
kau atau aku,itu halnya.


oh ya,
kepada kawan-kawan Si Lelaki;
malu untuk ini tolong buang ke tepi.
berhenti mengkritik dia yang cuba jujur soal hati.

&&
kalau aku dah dibenci oleh sekalian engkau lelaki,
atau
kalau aku dah dimaki oleh sekalian engkau gadis,
lekat baik-baik dalam kepala sendiri;
"cerita aku takkan mati,suara aku suara sendiri"

eh kau,
jaga diri baik-baik ya.
terima kasih kerna masih mendengar cerita aku walau orang banyak cacimaki kita ;)

Aug 21, 2011

cuma nak bercerita,maaf andai terasa.

"Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim"

aku terjumpa satu album di ruang fesbuk aku,bukan di album aku,tapi album salah seorang daripada senarai kawan di ruangan fesbuk aku.

mungkin agak kasar; tapi tolong dengar apa yang aku mahu luahkan.
mungkin agak kurang ajar; tapi tolong dengar suara kecil yang nak aku suarakan.


dah lumrah,
bila puasa,orang buat kerja amal.
itu satu perkara baik yang nak aku ketengahkan.

dah lumrah juga,
bila puasa,orang ramai nak tunjuk "aku punya amal lagi banyak daripada dia"
bila ramadhan,orang berpusu-pusu nak kata "esok aku nak sedekahkan kat dia pula,"

dah lumrah,memang lumrah,
bila dengan orang yang berada,
bila dengan orang yang tinggi darjatnya,
baju yang remuk itu yang dihina,
rambut yang kusut-masai,itu yang dicela,
bau yang busuk, itu yang tak dipeduli hadirnya.

satu hal lagi;
tak salah nak berbuka dengan anak yatim di seluruh dunia,
tak salah nak beri sumbangan dengan orang-orang susah keliling kita,
cuma,
tolong aku selesaikan satu perkara.


tolong jangan hebohkan pada satu dunia;
"HARI INI AKU BERBUKA DENGAN ORANG YANG TAK PUNYA IBU BAPA,
HARI INI JUGA AKU DAH SEDEKAH KEPADA MEREKA YANG PERLUKA DUIT AKU DI DUNIA,
HARI INI JUGA AKU DAH TUNJUK KASIH SAYANG KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKANNYA"

nampak macam,
"gah nya kau?"


dan bagi aku;
"daif nya kelakuan kau."

buat sesuatu biarlah Ikhlas jadi pemimpinnya,
tak perlu beritahu orang ramai tentang amal yang kau lakukan,
Tuhan Maha Mengetahui.

kau nak collect pahala daripada Dia,bukan daripada manusia.


maaflah dah terkasar bahasa,cuma bukan kau seorang yang punya wang berjuta di muka bumi ini.

ramai lagi.


dan,
orang-orang susah,anak yatim,atau seluruh orang yang berpangkat,sekolah rendah,budak 5 tahun,atau paling senang,jiran sebelah rumah kau,
kalau tanya mereka,
"kau perlukan apa di dunia ini?"

satu jawapan yang kerap aku dengar,
"kasih sayang,itu dah mencukupi"

Aug 19, 2011

hari hari yang mendatang,sering ada mutasi,dan terlalu penuh dengan imaginasi yang dah mati.



suasana yang tak berapa cerah;
mendung seakan-akan memanggil hujan,
langit yang murung berjabat bersama petir&kilat.

waktu ini,bukan berdua,tapi bertiga.

yang ditengahnya aku,
kiri dan kanannya --tiada sesiapa.
tapi masih bertiga.

di kanannya aku luahkan suara,
"hari ini kau nampak tak seronok.kenapa?"

dan di kiri aku cuba menjawab tanpa suara yang serak;
"dia okay saja,cuma kau yang buta tak merasa."

bertelagah kedua-duanya,
terus menerus.

sampaikan aku terpaksa keluarkan suara celaka;
"tolong bunuh diri sendiri"

kedua-duanya senyap--sedikitpun tak melawan.

dan,
kami masih berjalan.

berjalan ke arah satu kawasan
padangnya tak luas,
rumputnya tak membuas.
keadaan sedang-sedang.
angin yang tak suruh pulang,
bulan yang cuma pandang,
dan satu orang yang terlentang di tengah tengah padang.

kirinya aku mulakan suara,
"malam ini kalau boleh biar jangan mati seperti semalam"

aku angguk-angguk.

kanannya aku tersenyum,dan bersuara ;
"dan,kalau masih mati juga,tolong buang jauh jauh rasa yang kau punya."

aku tertunduk.
dan ketawa.

Yang Terlentang menoleh ke arah aku;
"lucu sangatkah hidup aku sampai kau ketawa macam orang gila?"

"tak,aku tak ketawakan kau wahai Orang Bijaksana."

"oh,baiklah" , dan dia terus memandang ke atas sambil tuturkan sedikit rasa,
"tempat ini bukan tempat untuk bangkai yang mereput.jadi,tolong jangan kotorkan padang ini dengan perasaan kau yang berkecamuk.mohon ya,"

kiri dan kanan aku saling memandang aku yang terpaku di sebelah pokok yang dah tua dan menggerutu wajahnya,

aku tertunduk.
dan tersenyum.

aku dipeluk oleh dua suara yang tak pernah larikan diri ;
dua suara yang kadang buat aku punyai dua identiti.

dan,suara ketiga yang cuma ada bilamana kedua-dua suara sudah hilang punca rasa.


mungkin ini suara Orang Mental yang belum ketara.



mungkin ya, mungkin tidak.


tak siapa tahu tahap kewarasan seseorang;

kerna Orang Gila pun boleh menyambut kelahiran bayi jiran anda :)





Aug 12, 2011

mungkin Orang Gila tahu Orang Waras terlebih reaksi separa sedarnya; dan itu lebih gila.


"cerita hari ini macam biasa,bosan"

statement yang pertama,yang diucapkan oleh dia,Orang Tanpa Nama.
lalu,tanpa diminta jawab,tanpa ditunggu jawab;

"dan,hari ini juga,persoalan yang sama dia tinggalkan untuk aku fikirkan pakai otak yang dah lama tak aku pakai"

dalam keadaan sedar;
tangannya dibiar mendepa,
matanya ditutup,kakinya teruskan melangkah,
dan melangkah.

aku yang melihat tak menghalang,
aku yang melihat tak cuba menghentikan;
aku cuma mahu melihat,

bila tiba di suatu simpang,
simpang antara Jalan Mati dan Jalan Saki Baki,
kedua kakinya membelok ke arah Jalan Hati Tempang.

diteruskan berjalan;
sambil suaranya dibiar dibawa angin yang sedang mengkeji-mencaci Pengemis Jalanan,
"aku dah jatuh cinta. jatuh cinta pada orang yang buta hatinya"

selang beberapa saat;
"aku dah jatuh cinta. jatuh cinta pada orang yang bikin aku mati akalnya"

selang beberapa langkah,
"aku dah jatuh cinta. jatuh cinta pada orang yang terlalu ego untuk tunjuk suka"

dan,
akhirnya dia tersadung,
terjatuh,
dan
tersungkur.

mencium tanah yang berlecak,
mukanya nampak kelakar;
muka orang yang bodoh minta uwang dari pengemis antarabangsa.

masih suaranya bernyawa;
"dan,dengan jatuh cinta ini,aku dibiar mati.mati dalam perasaan aku sendiri"

untuk ketawa,atau simpati;
aku pilih untuk berdiam diri.
kerna
Orang Tanpa Nama ini dah bangunkan aku dari mimpi ngeri;
dah sedarkan aku untuk kembali dari mati;
mati yang aku sengaja buat untuk berpura pura membenci
sedangkan hati kata "itu lelaki yang aku cari".






**
Tuhan itu Maha Mengetahui.
jangan ditipu hati sendiri,
jangan dikata benci kalau hakikatnya dah memberi hati.
jangan cuba untuk pergi sedangkan kaki berat untuk tinggalkan realiti.


biar orang kata Pencinta itu Orang Gila,
biar orang kata Perindu itu Orang Separa Sedar Responnya,
biar orang kata yang jelik-jelik pada kau yang sedang asyik bercinta;atau tidak.

yang jelas,
jangan biar akal dibawah-tarafkan.
takut-takut makin ramai bayi kecil yang bergelimpangan.
mohon ya?

Aug 4, 2011

jatuh cinta itu sakitnya sendiri yang merasa--rindu itu bukan ubatnya,tapi racun yang terlalu berbisa.



malam ini aku sendiri-- lagi.

tak ada lelaki untuk dijadikan teman mimpi,
tak ada kekasih untuk minta manjakan aku sampai subuh nanti.
tak ada cinta untuk bagikan aku rasa syurga yang tak mati.

disebabkan dengan rasa sunyi ini;
aku berjalan keluar, ke padang yang meluas,
merebahkan badan yang penat dengan tomahan manusia,
memejamkan mata yang dah layu dengan caci-maki orang sana.

datang kepada aku seorang perempuan,
namanya Aku Perempuan Tanpa Rasa.

ditegur aku dengan nada yang senada--
"boleh tumpang ruang sama?"

mata yang dipejam,tak dibuka,mulut yang mendiam menjawab tanpa rasa apa-apa;
"tumpanglah.jangan ambil lebih."

direbahkannya badan di sebelah kanan aku;
mungkin dia dalam keadaan senyum ikhlas atau sinis--entahlah
yang pasti,
soalannya buat aku rasa jasad aku dah hancur diterajang ke perut bumi;

"kekasih yang kau ada,sebenarnya tak punya apa apa rasa terhadap kau,kan?"

mata yang harusnya aku lenakan dengan deruan angin malam itu--
terbeliak.


tersentak.

lantas aku helakan nafas yang dah berkurang oksigennya----

"aku tak punya kekasih.cuma aku punya perasaan terhadap orang yang tak sepatutnya aku cinta"


dia ketawa,
terus ketawa.
berdekah dekah kuatnya.


jiwa aku seakan akan ditikam-dipedang.
senyum aku seakan akan dicantas-direnggang.
aku seakan akan dipeluk erat erat dengan suara sumbang dari dalam.

**salah,suara sumbang dari syaitan yang direjam.

Perempuan yang berambut ikal,berbaju merah jambu,berkulit gebu dan
tanpa sepatu
meninggalkan aku yang sedang cuba beku-kan rasa yang berhantu.





sambil tinggalkan aku sekeping nota;
"malam ini kau tak sendirian.malam ini juga,kau sedang dimatikan.kerna,malam ini kau dah bunuh rasa kau sendiri--rasa rindu."

Surat dari Kekasih Separuh Nyawa untuk Pria Separuh Jiwa

langit,

semalam,kita sama-sama menari lagu cinta,

semalam,kita sama-sama menyanyi lagu rindu.

Semalam juga,kau hadiahkan aku bintang terang,bersama malam yang kelam.


Bulan,

Hadirnya kau bukan selalu.

Ada kalanya,gerhanamu bikin aku mati dalam senyum

Ada kalanya,terangnya kamu bikin aku hidup dalam sayu.

Dan,semalam ketiadaan kamu memenatkan aku untuk menjadi Perindu.


Mentari,

Jangan sorokkan jingga untuk setiap siangnya aku.

Jangan terikkan sayang untuk cinta yang dah kematu.

Jangan bahangkan rasa yang dah mencair untuk yang tak perlu.


Dan,dunia.

Terima kasih kerna membaca surat cinta;

Surat yang aku tulis pakai rasa derita,

Surat yang aku karang guna pena mata lebam.

Surat yang tak punya puisi tentang hal yang terkebelakang.


Aku penat.

Penat menjadi yang bukan aku;

Yang menunggu tanpa rasa rindu,

Yang menunggu guna jiwa yang meragu,

Yang menunggu hingga mati berlagu syahdu,

Yang menunggu dia sampai hilang rasa malu.



Aku penat; tapi kadang aku puas.