Dec 28, 2012

andai post ini mengganggu segenap manusia,maafkan aku.ini apa yang aku rasa,ini yang jujurnya. - WO XI HUAN NI (:

dah berhabuk.
vakum.
lap.

cantik.

kembali kepada topik asal.

ada pernah dengar satu pernyataan;
"dari mata turun ke hati"

memang
tak dinafikan.

tapi
boleh dipertikaikan
sebab
tak berlaku pada aku
untuk ke sekian kalinya.

kenapa?

hati batu?
tak.
hati keras?
tak.
tak ada perasaan?
tak.

kenapa?

sebab ada jarak.
sebab ada tembok.
sebab ada dinding.
sebab ada penghadang.
sebab ada sesuatu yang menghalang.

"tak payah nak islamik sangatlah kan?kau tu bukannya alim mana pun"

ya,
memang aku tak sealim yang teralim.
memang aku tak bertudung labuh.
memang aku tak berpurdah.
memang aku tak.

tapi
tak salah untuk cuba,
kan?

tak salah untuk cuba supaya tak jatuh kerana lelaki,kan?
tak salah
kan?

persoalannya;
aku suka dia.

ini fakta.

persoalan keduanya;
aku takut untuk jatuh cinta.

jawapan kepada persoalannya adalah kerana
tak ter-mampu untuk aku luah melalui huruf yang mampu aku susun secantik yang mungkin.
tak mampu.

andai dia membaca,
andai Putera membaca,

baca baik baik,ya? (:

"dulu aku pernah jatuh cinta dan aku dah pernah merasa sakitnya terjatuh yang sia-sia.dulu aku pernah jatuh cinta dan aku pernah merasa rindu yang sia-sia.dulu aku pernah jatuh cinta dan aku pernah merasa parahnya ada cinta yang sia-sia."

dan

"sekarang aku sukakan kau.dan kau tak pernah menganggu solat aku.kau tak pernah melintas sewaktu aku membaca surat cintaNya.kau tak pernah muncul sewaktu aku bersama denganNya.kau tak pernah.kau cuma  akan hadir bilamana aku ter-syahid bersama nota-nota yang menjadi selimut tidurku, kau akan datangkan senyum bilamana aku tertidur dalam keadaan terlalu rindukan senyuman ibu dan ayah, kau akan memenuhi segenap ruang mimpi bilamana aku tertidur dalam keadaan aku tak pernah terfikir tentang kau.kau akan muncul"

sama ada ini mainan syaitan atau satu dugaan
aku kurang pasti.

aku cuma mampu untuk berdoa
dan
terus berdoa

cuma Allah yang Maha Tahu
cuma Allah yang Maha Tahu.

maaf sebab sukakan kau.
maaf sebab terlalu sukakan kau.
maaf.


(:

#maaf andai post ini buat anda rasa annoying tahap unta,maaf (:

Dec 19, 2012

tak apa.satu hari nanti kau akan rasa apa yang aku rasa.

kau akan rasa.

Dec 1, 2012

Isi kandungannya biasa-biasa saja.terpulang untuk kau mentafsir.

"boleh aku cerita satu kisah kat kau?" Kamal memulakan perbualan yang tak ada isi dari tadi dan barangkali apa yang bakal diceritakan pun tiada isi,juga.

tiada angin sepoi sepoi bahasa, tiada gula gula kapas yang redupkan padang yang agak kepanasan disimbah warna jingga oleh Gergasi Kacak.

tanpa memandang ke arah Kamal "ceritalah.aku dengar.aku hadam.aku lupa."

keduanya senyap seketika.ambil angin.ambil oksigen sebanyak mungkin.lalu keduanya berhenti di hujung padang; dimana terletaknya satu-satunya kerusi panjang hasil buatan tangan PakCik Tua yang baru meninggal dunia dua hari lepas.

"kau tolong dengar ya?" sambil mengajak Sam duduk sama di kerusi yang kakinya hampir dipenuhi lumut.

"ya,aku dengar.cerita cepat" masih tak memandang.seolah olah ada sesuatu yang dah bina satu tembok atau dinding antara dia dan kawannya.

"begini," dia mengalihkan pandangannya ke arah kawannya yang dari tadi memandang ke depan, yang seolah olah dia sedang bercakap dengan tunggul kayu.

tersentap.terkilan.tapi diabaikan.

"aku cuba nak jatuh cinta."

"aku dah muak dengar cerita pasal cinta.boleh cerita hal lain tak?" sambil memandang dengan bengis.dan agak sinis.

"tapi kau kata kau akan dengar?"

Sam mengambil posisi yang baginya agak selesa; bersandar sambil bersila.

"ceritalah" Sam membalas.

"aku cuba nak jatuh cinta.tapi aku cuba juga untuk tak jatuh.sebab aku rasa,andai aku jatuh, aku akan sakit. tapi bilamana aku cuba untuk tak jatuh, aku akan merasa sakit kerana seolah olah berpaut di dahan yang rapuh"

Sam tiada respon. mengeluh tidak, apa pun tidak. cuma bernafas dan terus bernafas. sama ada dia mendengar atau tidak, pun tak dikenalpasti. Kamal meneruskan suaranya.

"aku sukakan dia.terlalu suka.hinggakan aku dah tak reti beza itu halusinasi atau dia yang nyata. aku takut jadi gila. disebabkan itu, aku cuba untuk hilangkan istilah cinta. istilah jatuh cinta. dan aku risau aku tak mampu"

Sam tersenyum. 

Kamal kemudian menyambung luahannya, "boleh ajar aku macam mana nak hilangkan rasa sebegini?"

Sam tersenyum lagi. dia bangun dan mendepa tangannya. seolah olah mengajak Gergasi Kacak menerima satu pelukannya. 

Sam memandang ke arah Kamal dengan pandangan yang tiada rasa apa apa, dengan pandangan yang kosong,dengan pandangan tergantung.

"untuk hilangkan, tak semudah yang kau tengok cerita dalam kacak tv, tak semudah yang kau bayangkan dalam dunia imaginasi, tak semudah yang kau rasa kau mampu hilangkan. tak mudah. dan boleh aku tahu kenapa kau nak hilangkan rasa yang Tuhan dah beri tu?" Sam bernada bersahaja.

"sebab aku dah penat, mungkin" Kamal menunduk.

"sukakan seseorang yang tak sukakan kita adalah hal yang menyakitkan. sukakan seseorang yang tak pernah pedulikan pasal kita adalah hal yang agak memeritkan. dan, paling teruk adalah bilamana kita tak sengaja ter-jatuh cinta dan jatuh itu tak disambut elok,malahan dibenamkan kita dalam lumpur.itu sakit" wajah Sam tak se-serius isi percakapannya. seolah olah dia dah lali, dah ter-immune.

Kamal mencelah "tapi macam mana kau mampu untuk mengawal perasaan sendiri? maksud aku, macam mana kau boleh untuk tak merasa sakit bilamana kau pernah merasa benda yang sedang aku rasa?"

Sam tersenyum menampakkan gigi dan lesung pipitnya. tiada kicauan burung yang mengganggu perbualan mereka. tiada budak budak bermain bola seperti yang selalu ditayangkan dalam Samarinda.

"sebab aku belajar untuk menerima sakit."

"macam mana?"

"bila kita dah terbiasa disakiti, dah terbiasa dicaci maki, akan ada satu tahap dimana kita tak merasa apa apa.dan, suka untuk aku ingatkan, segala apa yang kau rasa, minta Allah pimpin. itu yang terbaik."

Kamal terdiam.dia bermonolog "aku dah terlalu jauh dengan Allah."

air mata lelaki yang dikunci rapat oleh ego,akhirnya membasahi pipi Kamal; tanpa dia sedar. dan Sam masih dengan senyumannya, masih.


Nov 29, 2012

They plan, and Allah plans.

Allah is the best of planners.

Nov 22, 2012

soal kematian seperti dah jadi satu reminder untuk aku selepas subuh hingga sebelum tidur; dan berulang terus berulang.

ada satu tahap dimana 
segala yang digenggam; terlepas.
apa yang disimpan; terbebas.
setiap yang dijaga rapat; terhempas.

ada satu momen
momen yang tak ada masa yang khusus;
momen antara 
suara
dan
roh sendiri.


Nov 16, 2012

suara kita takkan didengar; tapi Allah tahu pasal kita. Allah tahu semua (:

"kau sedih?"

"tak.aku seronok"

"kau menangis?"

"tak.aku ketawa."

"kau perlukan seseorang?"

"tak.aku tak perlukan sesiapa."

"kau kenapa?"

"aku tak ada apa apa"

"kau okay?"

"aku baik baik saja"

"kau dah makan?"

"semalam aku minum segelas susu dutch lady"

"kau dah siap semua kerja?"

"tadi aku tidur 24 jam"

"kau dah belajar?"

"semalam aku tak sengaja tidur jam 3 pagi"

"kau ada masalah?"

"masalah tu apa?"

"kau taknak cerita?"

"Allah ada"

tak apa.
sakit tu hal yang sementara.

tak apa.

Nov 6, 2012

terkilan,mungkin.

kipas diperlahankan,
selimut ditarik-menutup penuh hingga ke dahi.
dah pagi.
telefon dibiar mati di lantai
kaki melangkah berat mencari sumber air
tuala dicapai
pintu loker dibuka sebelum dihempas perlahan.
kaki diheret
tuala menutup penuh muka
jalan gelap
dinding dilanggar
terjaga.
bilik air rupanya.
segala jenis bahan kimia yang siap diproses--dipaket
dibawa masuk ke Mesin Air Hujan
azan.
muka dibiar bermain buih sabun
kepala dipenuhi buihan shampoo
mata dibuka--pedih.
sedang mandi,rupanya.
selesai bersihkan diri,
dibersihkan lagi untuk kedua kali--berwuduk.
mata segar
kaki tak diheret
cuma
perut lapar.
sejadah dihamparkan
tubuh ditutup penuh dengan telekung
surat cinta Tuhan dibaca
dalam keadaan separa mengantuk--syaitan jahat.
selesai.
air kotak susu dutch lady yang disusun di rak atas sekali
diambil guna kerusi--tak cukup tinggi.
sedut
sedut
dengan Oats Krunch Munchy
ah
bunyi enjin bas.

rutin harian
yang
kadang kadang
buat aku terkilan
kerana
otak belum sarapan.

Nov 1, 2012

harap tiada yang ucap Selamat Tinggal (:

aku tak tahu nak letak tajuk apa
lepas kau baca
kau fikirkan untuk aku
terima kasih
(:



banyak benda nak di-taip,banyak hal nak di-kongsi,banyak rasa nak di-muntah tapi malas nak taip essei panjang,malas.

mungkin bukan essei
sebab tiada perenggan
tiada penanda wacana
dan
tiada apa apa format untuk kau gelar 'essei' seperti yang guru sekolah rendah & menengah ajar.

malahan,
segala (,) dan (.) berterabur.seperti dah hilang fungsi asal.
fungsi untuk (berhenti seketika) dan (berhenti)

dah mula mengarut.

sebelum terus membaca,sebelum teruskan perjalanan mata,
anggap ini hal biasa-biasa.anggap ini hal yang tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
anggap ini hal aku sahaja.
cuma hal
aku (noktah)

kadang kadang,kita tak sedar perlakuan kita sendiri buat orang sakit hati (koma) kemudian mula membina macam-macam imaginasi buruk (koma) teruk (koma) dan jelik (noktah)

kadang kadang (noktah)

di sini (koma) ingin aku hitamkan pekat-pekat perkataan salah faham (bold) dan ini yang nak aku ketengahkan (noktah)

lagi sekali (koma) ini bukan essei panjang (noktah)

kita diam tak bermakna kita marah
kita tak tegur tak bermakna kita menyampah
kita buat hal sendiri tak bermakna kita tak hiraukan orang lain
tak (tanda seru)

cuma
kita terasa (noktah)

terasa dengan hal hal sekeliling (noktah beberapa kali)

ada aku terbaca statement (noktah tindih koma) terasa tu bukan satu hal yang bagus dan harus dielakkan waau seteruk mana pun ke-terasa-an kita (bold)

sudah (noktah)

kembali kepada topik (tiada apa apa)

bila kita masing-masing faham (koma) kenal (koma) dan tahu siapa kita (koma) dia (koma) dan mereka (koma) 
ambil peribahasa yang dah aku reka hentam semberono (noktah tindih koma) seperti kuman dalam badan yang mana kehadiran mereka tak dirasa tetapi perlahan-lahan jadikan kita si mangsa atau tingkatkan lagi sistem imuniti kita (berhenti)

nampak gayanya semakin panjang huruf huruf ini nak berjalan makan angin (noktah)

cukup


sila tahu yang aku taknak benci sesiapa 
malas nak marah sesiapa
tak ada nafsu nak herdik cela sesiapa

(noktah tiga kali)

kita kawan
sampai syurga 
insyaAllah

assalamualaikum (titik bertindih berserta kurungan yang membentuk satu senyuman)




Oct 31, 2012

bila tak tahu,sila tanya.jangan terus buat kesimpulan sendiri.bila dah tahu,jangan menghina;sila pimpin sama-sama.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau faham
yang
aku manusia biasa-biasa
macam kau
dan yang lain.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau tahu
yang
aku masih mencari ilmu
macam kau
dan yang lain.

salah faham,
jangan.

cukup sekadar kau jelas
yang
ada masa 
bercakap bukan satu keperluan
ketawa bukan satu penyelesaian
tersenyum bukan satu pilihan.

cukup cukuplah.
jangan terlalu menyanjung
jangan terlalu mengkritik
jangan terlalu mengherdik
jangan terlalu memperkecil-kecilkan
jangan terlalu taksub
jangan terlalu melampaui batas.

aku manusia,
biasa-biasa
macam kau
dan yang lain.


Oct 29, 2012

Pagi.
Bangun.
Senyum.
Bernafas.
Alhamdulillah.


Oct 28, 2012

nota ringkas untuk diri sendiri.ulang taip;nota ringkas untuk diri sendiri.


dulu-dulu,bila kau belum besar,belum kenal makna Inertia,belum tahu apa itu Momentum,tak reti lagi nak kira logarithm,masih buta tentang Jantung sendiri; masa itu kau reti nak jadi seorang manusia.

ya,masa itu.
reti jadi
seorang manusia.

sekarang,
kau mahir tentang Kimia Organik,kau tahu pasal Stereochemistry.kau genius perihal kejuruteraan.kau pakar dalam segala hal yang sekarang ini adik-adik kau masih merangkak nak belajar ; masih merangkak.
masa ini,kemanusiaan kau makin hilang.

ya,
makin hilang
kemanusiaan kau.

memang aku bukan yang dewasa.
memang aku bukan yang matang dalam soal dunia.
memang aku bukan siapa-siapa.

tapi,
mata orang melihat.
telinga orang mendengar.
mulut orang bercakap.

bukan orang lain,
tapi darah daging sendiri.

kenapa.
kenapa.
tanya diri sendiri.

mak sendiri kau buat macam orang gaji
mak sendiri kau layan macam orang biasa-biasa saja.
mak sendiri kau buat dia terasa.
mak sendiri,
mak sendiri.

apa kau nak kata bilamana terpacul satu ayat lengkap dari mulut ibu sendiri;
"tak apa.mak ayah boleh dibeli,kan?"

apa kau nak rasa?
apa kau nak kata?

salahkan siapa?

tak,aku bukan nak tuding jari ke siapa-siapa.
bukan nak tuding jari kat kau,manusia.
bukan.

aku tuding jari ke diri sendiri.
cabut jantung,tanya dia;
"kau pernah buat mak senyum?"
diam.
"kau pernah buat mak menangis?"
di-pam sampai pecah salur darah.

kalau mak sendiri kau boleh layan sebegitu rupa,jangan tanya kenapa satu hari nanti hidup kau huru-hara.
jangan tanya.

tapi,
sebelum porak-peranda,
sebelum malaikat maut jalankan kerjanya,
mak masih ada depan mata,masih boleh dipeluk,dicium,disapa.
tanggalkan segala ke-genius-an,ke-mewah-an,ke-lebih-an yang kau ada,tanggal,bogelkan.
biar yang tinggal cuma kau dan tangisan.

"mak,maafkan saya"





Oct 23, 2012

monologue (III)

photo is taken from Aiman Azlan

aku nak cakap sesuatu.

tentang apa?

aku ada rasa sesuatu.

rasa apa?

tapi aku keliru.

kenapa?

mungkin aku tak perlu bagitahu.

......

tapi benda ni membebankan aku.

bersuaralah.

mungkin lebih baik aku pendamkan dulu.

.......

tapi aku rimas.

luahkanlah.

mungkin belum tiba masanya lagi.

.......

patut ke aku berterus terang?

itu kan lebih baik.

tapi.

kau diam.

aku belum habis cakap.

kau diam.

hmm

orang macam kita,kadang kadang mudah tersangkut dengan perasaan sendiri.rasa lemas yang melampau.rasa ditikam dalam dalam.rasa serabut yang keterlaluan.rasa diikat,dibalut,dibungkus dengan perasaan yang kita sendiri tak pasti tu perasaan apa.datang dari mana,apa asal usulnya.kita sendiri tak tahu.

tapi,

bagi aku habiskan bercakap.

......

waktu ini,kita tengah mencari dengan siapa kita patut luah,luah dan muntah.

Allah kan ada.

jawapan kau dah ada.kenapa masih celaru?

sebab aku malu.

kenapa?

aku malu sebab kenapa aku tak boleh cintakan Dia,rindukan Dia lebih dari segala yang aku ada? kenapa aku masih tak mampu nak menangis setiap kali aku bersujud pada Dia? kenapa cuma kadang kadang? kenapa?

hati kita boleh mati.

kenapa matikan hati aku?

dosa yang kita buat kadang kadang kita tak sedar kuantitinya,kualitinya dan kita sendiri mungkin terlalu sukakan dosa yang kita buat,hinggakan lupa untuk bertaubat.bila teringat,ditangguhkan.konon akan ada masa nanti.tanpa kita sedar,nyawa kita boleh ditarik bila-bila masa yang Dia mahu.kita alpa.

.........

jom kita bersembang dengan Allah.minta Dia tolong gantikan hati kita dengan hati yang baru.mohon diperkenankan-Nya.




Oct 19, 2012

jangan salah faham;suka bukan cinta.

jangan salah faham.


"kau suka dia eh?"

"a'ah. suka. "

"kiranya,kau pun cinta dia jugak lah eh?"

"tak. aku cuma suka ."

"suka dengan cinta tu tak sama ke? rasanya, dua dua perasaan. perasaan sayang."

"tak sama. aku cuma suka dia. belum tahap cinta. belum. "

"ahh,tipu lah. aku pun suka juga kat sorang ni,dan aku pun cintakan dia juga."

"itu kau. kau dah membiarkan perasaan kau tertunduk kat dia. kau dah membiarkan diri kau ada perasaan untuk rindukan dia. kau dah merelakan perasaan kau berada di suatu puncak yang kau sendiri tak pasti di mana"

"???"

"suka ini sejenis perasaan. suka ini belum sampai tahap sayang. belum sampai tahap cinta. cuma suka. pernah dengar satu lagi term; crush? "

"pernah, bagi aku tu pun sama"

"oh.kalau sama, dulu kau pernah bagitahu aku yang kau crush dekat dia.esoknya,kau jumpa yang lain, kau kata kat crush kat dia juga,kemudian,hari seterusnya,tahun berikutnya,dah lebih dari seratus orang kau crush. maknanya, dah lebih seratus orang kau cinta? dan dah lebih seratus kali kau curang dengan perasaan sendiri? begitu?"

" . .. . ....... .. "

"lain orang mungkin lain definisinya. cuma, lagi sekali aku nak ingatkan kau, mohon jangan salah faham . perasaan suka tak sama dengan perasaan cinta. dan ya, ini aku namakan crush."

"tapi , kenapa kau tak cintakan dia?"

"aku tak mampu."

"maksud kau?"

"aku tak mampu nak ada-kan masa untuk cintakan dia.sebab aku sedang cuba nak ada-kan masa untuk cintakan Dia.aku sedang cuba.tentang perasaan suka aku,cuma Dia yang tahu bagaimana;aku sendiri tak reti nak describe."


Sep 18, 2012

nice to know you,people (:


new room.
new pens.
new books.
new environment.
new people.
new friends.
new cats.
new trees.
new rain.
new rainbow.
new sky.
new broadband.
new locker.

new stories.

new chapter.

new me.

another me (:

p/s:
im sorry if im not crying so hard when you hurt me.
im sorry if i cant laugh that much when you tell me a joke.
im sorry if i have my own stand when you want me to follow you.
im sorry if i have to speak the truth when all you need is a lie.
im sorry
im sorry
for not being the one that you like
for not being someone that you can play with
for not being your toy
for not being your game

im done.

be my friend & accept the real me.

be my friend & deal with my imaginations.

be my friend & correct me when im wrong.

be my friend & bring me to Jannah (:

Aug 30, 2012

suara kau takkan buat aku mati.takkan.


kau perli,
aku senyum.

kau kutuk,
aku senyum.

kau sindir,
aku masih senyum.

kau buat hal,
aku saja gelak.

kau cari pasal,
aku cuba buat tak tahu.

kau kecoh sana sini,
aku cuba jadi cool.

kau buat macam macam - - kau tikam aku dalam dalam;
masih aku senyum.
masih aku hormat.
masih.


sekarang,
dah macam longkang.
perasaan aku ; dipijak
rasa hormat aku ; diherdik.
jiwa aku ; kau rakus.

dan,
aku senyap.

sampai sekarang;
aku senyap.


tak apa,
aku cuba senyap.



senyap.
sampai aku mati.


aku cuba senyap.

bila aku mati nanti,
simpan pesan aku baik baik;
"sabar manusia ada limit.bukan aku yang balas dendam,bukan aku yang balas dendam tapi WHAT GOES AROUND COMES AROUND"

seronok buat aku,
seronok buat aku sakit hati.
takpa.


takpa.

buat apa saja yang kau suka.
buat.

mereka ada sokong kau,sanjung kau,lambung kau sampai angkasa.
mereka ada.

buatlah

malas aku fikir.




p/s:
jangan perlekehkan kelemahan orang lain,jangan terlalu taksub dengan kelebihan diri sendiri.

Aug 23, 2012

yeah,lets those souls scream.


trying hard to make people smile then they dump you.

being a clown,stupid clown just to make people laugh then they hurt you,and you swallow those pain,alone.

letting people make fun of you,letting people drag your pride down,just to see them smile.


_________________________________________

this is life.
this is life.

___________________________________________

she is afraid if one day
she will change to someone that you cant deal with.

she is afraid if one day
you will point to her and say;
"where did you put the old you?"

she is afraid if one day
she is not herself.
because
people keep on asking her to create someone
called
The Pieces Of A Soul


she is on her way
to
change.

dont ask her
why.




Aug 22, 2012

when the pictures speak

malam 28 ramadhan
di rumah pengasuh (:

a 'mask' is needed to protect what i have to protect;
broken heart - - ultraman doesnt feel it (:

left;Zulfadhli,sixteen
right;Darwish who loves ultraman and wants me to be a Power Ranger so that we can fight :)

online pada 1 syawal
waiting for nobody to come (:

meet my gentleman Si Kelabu
he is too handsome to be hurt.

Athirah&Zulfadhli
lets capture this moments together (:

2 syawal ditemani hujan
oh ya.
aku jatuh cinta kat dia (:



we are The Six Warriors (:

sementara di dalam kereta,dalam perjalanan pulang ke kampung
otak dialas dengan makanan ini (:






till we meet then,
thank you (:



p/s : bila semua besar nanti,jangan lupa apa plan kita ya (:
harap semuanya akan berjalan lancar,insyaAllah
FIGHTING!
B)

Aug 17, 2012

another rhythm to be heard.


she is
alone
with her broken
smile.
with her broken
tears.
with her broken
laugh.
with her
broken
heart.

he is
alone
with his empty
breathe.
with his empty
thoughts.
with his empty
soul.
with his
empty
heart.

they are
alone
with
their
own world;
called
Miserableland.

yet
she is still hoping.
he is still praying.
they are still wishing.

and
that is
the only
reason
to
hold on.

Aug 13, 2012

Ogos yang muram.Ogos yang suram.Ogos yang sedang sedang.

"everything happens for a reason" ungkapan yang selalu aku dengar setiap kali aku ditimpa musibah.

kadang kadang,bersuara/menyuarakan sesuatu memerlukan tenaga.dan,bagi aku,tenaga yang diperlukan adalah sangat banyak dan banyak.

dan,disebabkan itu,setiap kali aku perlu bersuara,setiap kali aku nak bersuara,at the end;SILENCE.

dan,setiap kali aku senyap,kesimpulan yang mereka buat;SHE IS MAD

whats wrong people?whats wrong?
i speak,no one listens.
i speak,no one cares.
i speak,no one believes.
i speak,no one is there.
i speak,none of you exist.

then,when i DONT speak,
your mind starts to create an event,a situation to pull me down,force me to fall,and accuse me for no reason,at all.

and,one thing i keep; PEOPLE WILL SEE YOU WHEN THEY NEED YOU.



**
ada masa akan bad mood.
ada masa aku takkan ketawa
ada masa aku tak terima gurauan kau
ada masa aku lebih suka menyendiri
dan
itu bukannya memberontak.

silakan sindir menyindir perli memerli.
silakan.
aku tak kisah (:

"being too strong sometimes hurts you because when people think you are that strong,they will always hurt you & think that you are okay.but the truth is;it is painful"

(:



time to go far.
time to go far.
time to go far.
far far far away from you
far far far away from the pain
far far far away from the nightmare.

dont ask me why i have changed
ask yourself why you treat me this way.
dont ask me why i cry less
ask yourself why you hurt me this much.
dont ask me why i dont laugh
ask yourself why your jokes keep on hurting me
dont ask me
dont ask me.
let those questions chase you little human.




Aug 4, 2012

sakit tu sebenarnya sorang sorang yang rasa & takkan ada orang boleh kata; "sakit kita sama rasa". tak ada (:


tidur semalaman yang berjaga;
mimpi tentang makhluk asing
dan lelaki tanpa suara
perempuan tanpa jiwa
matahari terikkan kecewa
raksasa dibaham anak kucing yang baru lahir.

celik mata;
nampak lipas terbang
"ah,binatang meroyan"
tanpa fikir panjang
dicapai apa yang mampu
dipukul
dihentam
hingga tak muncul
sampai sekarang.

cuba bangun cari Pagi
yang jumpa cuma Tengah Hari
tuala dicapai
jalan malas dan terus malas hingga ke bilik mandi
*terlelap*

"mana ibu?"
tiada jawapan.
"mana ayah?"
tiada dibalas.
"mana adik adik?"
meowww

oh mereka dah ke sekolah.

masuk semula ke kamar
pandangan tepat ke arah katil
nampak sangat cantik
"kalau baring sekejap,mungkin tak apa"
kepala menggeleng.
laptop dibuka
pandang screen tanpa sebab
tutup.

dah azan

solat dan
Hai Alam Mimpi.

kita berjumpa lagi,sekali.

ini kerja gila.kerja gila namanya.

_________________________________________________

"kau ada rindu sesiapa kebelakangan ni?"

"tak"

"kau ada teringat sesiapa kebelakangan ni?"

"entah"

"kau ada rasa apa apa kebelakangan ni?"

"ada"

"apa dia?"

"rasa nak lari jauh jauh"

"kenapa?"

"no reason"


*jom main tukar tukar jantung.aku ambil jantung kau,kau ambil jantung aku*
kidding (:

Aug 3, 2012

when Allah answered you doa :')


aku tak tahu.
tak tahu.
tiba tiba ada suara;
jangan curang.
tiba tiba ada bisikan;
tolong setia.
tiba tiba ada permintaan;
simpan untuk aku sorang.
tiba tiba jiwa aku diketuk;
tolong jadi hak aku sorang.

aku tak kenal.
aku tak kenal.
dan.
entah entah dia pun tak kenal aku.

dan
aku tersenyum
(:

dua kali senyum
(:

sampai sekarang masih senyum
(:

doa aku dah dijawab.
doa aku,Allah dah jawab.
alhamdulillah.

dan
awak di sana.
jaga diri baik baik ya.
mungkin andai bukan di dunia,
harap jumpa di syurga,insyaAllah
:')




*gambar hiasan*

Jul 30, 2012

who cares


siapa kisah
kita jatuh kaki ke atas,muka ke bawah tangan terikat.

siapa kisah
kita berlari tersungkur bersujud bersama rahang yang patah

siapa kisah
kita menangis merintih tentang hati yang makin sakit pedih ditemani Racun Tambah Sakit

siapa kisah
kita tidur tanpa tenang,fikiran terawang awang menggenggam erat mimpi semalam

siapa kisah
kita makan najis sendiri yang dimuntahkan berulangkali dengan perasaan sipi sipi mati

siapa kisah
kita bercakap sendiri sambil berjalan berkasutkan tanah berlecak dan menuju ke Jalan Mati

siapa kisah
kita sembunyikan diri disebalik kecelaruan manusia tentang isu isu politik yang dah berkali dibangkit-dibantah-ditarikbalik-diungkitsemula

siapa kisah
kita berbaju mimpi ngeri kelmarin,berseluar mimpi aneh esok hari,memakai senyuman yang 10tahun takkan datang lagi

siapa kisah
siapa kisah
siapa kisah

orang sibuk uruskan diri sendiri
orang sibuk cari salah orang lain
orang sibuk tuding jari sana sini
orang sibuk kaut untung bahagi tak mau
orang sibuk kira duit masuk kubur
orang sibuk tolak si miskin jatuh gaung
orang sibuk gali lubang sorokkan salah semalam
orang sibuk penjarakan banduan yang dah bertaubat
orang sibuk kejarkan menara nak gantungkan nama
orang sibuk
terlalu sibuk

tapi takpa,
Allah ada.
Allah selalu ada.

bezanya,
kita cari Dia atau dia,itu terpulang.
kerna,
Allah itu tak pernah menolak hambanya yang mengadu kat Dia.
tak pernah.
malah,
Allah suka dan sangat suka.

kita sibuk,kan?



tapi Allah selalu ada masa untuk hambaNya.


selalu ada.


:anothernotesformetoremember:


*kereta yang comel*
(=

Jul 23, 2012

it's hard but I have to try (=





semalam,
ada soalan;
"rindu aku?"

tanpa dua kali fikir;
"tak"

dibalasnya sebelum 1 minit;
"serius?"

dengan senyuman;
"untuk apa rindukan kau?"

tanpa segan masih bertanya;
"sebab kau jenis susah lupakan aku"

sambil ketawa;
"dan sekarang aku dah lupa."

masih memberi respon;
"kau tipu"

dengan senyuman tergantung;
"kalaupun aku tipu,kalaupun aku tak jujur,kalaupun aku pura-pura,tak ada kaitan untuk kau lagi.jiwa aku dah mati untuk rindukan kau.rasa aku dah tawar untuk ingat tentang kau.otak aku dah buang segala maklumat pasal kau.secebis diri kau tak tersisa dalam diri aku"

menunduk;
"andai perlukan aku,izinkan aku tahu"

tersenyum;
"saat ini,cuma Allah yang aku perlu.kerna,walau sehina mana pun diri aku,Dia tak pernah berhenti membantu.walau seteruk mana pun diri aku,Dia tak pernah tinggalkan aku.normal andai ada masa aku rindukan seseorang,tapi bukan 24jam.normal andai ada saat aku terfikirkan seseorang,tapi bukan seumur hidup.normal andai aku sendiri terjatuh dan memerlukan seseorang,tapi bukan sepanjang hidup"

melangkah berat,tinggalkan bekas tapak kaki.
menghembus nafas secara paksa-rela,
"jaga diri baik baik"

_____________________________________


kekosongan tak pernah wujud,
kekosongan takkan pernah wujud.
walaupun sakit,tak salah untuk cuba berdiri.
walaupun perit,tak salah untuk cuba berlari.


______________________________________

:notesformetoremember:



terasa nak membela Si Panda (:




Jul 19, 2012

Assalamualaikum,dah lama tak tulis panjang panjang (=



ada orang tanya;
"beb,how's your life?"
"still move on?"

sambil lewa aku jawab;
"much better than before & alhamdulillah Allah masih bagi chance bernafas"

well people,tipulah kalau setiap masa OKAY. sejujurnya, bukan 24jam KETAWA,SENYUM,GEMBIRA. bukan (=

ada orang kata life aku membosankan.ada yang kata life aku menggerunkan.ada juga pernah cakap life aku terlalu lah senang.

ah,apa orang tahu pasal aku,kau dan kau semua,kan?bukannya orang tu setiap saat stick dengan kita,kan?bukannya orang tu tahu kita makan apa,kita rasa apa,kita sedang melalui apa - - - - mereka tidak tahu.
mereka cuma tahu KRITIK
mereka cuma tahu MENGHAKIMI
mereka cuma tahu MELABEL

adik aku pernah tanya waktu main truth/dare;
"still cant forget him?"

honestly;
"still trying"

tentang hal cinta,jangan tanya aku
KENAPA TAK BOLEH LUPA
KENAPA MASIH RINDU DIA
KENAPA KAU TAK MOVE ON JE

seems like im too desperate,but seriouly im not. it is not about WHY,it is about HOW.
i keep on thinking about him because there's a piece of him left in my soul.
i keep on missing him because The Reason Is Still Unknown
and,i keep moving on but with his shadow on my back,and seems like that shadow wont leave me,until there's no source of light available.
how ?

"ah,kau lemah.takkan sebab dia sorang,kau turn off life kau kot?"

HAHA.sejak bila lah aku turn off life aku mek? buktinya,IM STILL ALIVE (=
&& kalau aku lemah,seingat aku,dah lama aku tak menangis disebabkan dia. dah lama (=



ada jugak kawan cakap;
"untunglah begitu begini begitu"

sambil senyum ;
"alhamdulillah sebab Allah bagi kau,kawan yang terlalu ambil berat"

ada sesetengah orang ni tak boleh tengok orang hidup senang. well, SENANG tu dalam kamus aku bermaksud; bersyukur dengan apa yang ada (=

okay,macam ni.kita putar balik masa,dan patah balik ke belakang,sekejap.
momen di mana kau berdiri depan aku,dengan baju berjenama mahal,kasut tiap minggu tukar,jam tiap hari bercorak lain,dompet tak pernah kosong.
dan aku berdiri dengan baju t shirt bundle/dibeli waktu sale,kasut yang lusuh,jam pun kadang kadang lupa pakai,dompet pun entah ke mana.

"lina,aku tengok hidup kau senang lah.i mean,aku tak pernah tengok kau merungut duit takda,aku tak pernah dengar kau menangis sebab kau nakkan something.aku tengok kau seronok dengan life kau"

beb,
alhamdulillah,Allah bagi apa yang aku perlu,bukan apa yang aku nak.tipulah kalau aku cakap aku tak teringin beg cantik tu.tipulah kalau aku cakap aku tak teringin nak ada kasut baru.tipulah kalau aku cakap aku ada duit 24jam.tipu.
TAPI,aku tak ada masa nak merungut,tak ada masa nak menangis tentang hal hal yang aku rasa tak berapa nak perlu.i have been taught to appreciate what i have.
and,to be honest,actually i can have what i want but i have to consider about my parents.

my mum pernah cakap;
"anak anak dulu.untuk mak,kemudian pun tak apa"
sebagai anak,dan memikirkan anytime Allah boleh hantar malaikat maut tarik nyawa,why not we as a child think about them first?

**paling seronok kalau ayah bawa pergi kedai bundle.pergh,serius wa cakap lu,baju baju & seluar kat situ cantik cantik.

ah panjangnya aku tulis.HAHA.sorry :)
#sometimes,it is okay not to be okay :)

be yourself,everyone else is taken - Oscar Wilde

Jul 17, 2012

bila kita.

bila kita
senyum tanpa sebab;
orang kata kita gila.
tidak senyum untuk satu ketika;
orang kata kita ada masalah dunia.

bila kita
buat baik;
orang kata kita cuba nak tarik perhatian.
buat jahat;
orang kata maruah kita tepi jalan.

bila kita
cuba elak gosip;
orang kata kita katak bawah tempurung.
rancak bergosip;
orang kata mulut kita tak reti tutup.

bila kita
bagi nasihat;
orang kata kita berlagak baik.
tak bagi apa apa respon;
orang kata kita tak ambil berat.

bila kita
jadi diri sendiri;
setiap tingkah laku dikritik diperli.
jadi seperti yang diminta;
setiap tindakan dikatanya palsu semata mata.

bila kita
bersuara;
kita dilabel gila kuasa.
membisu tanpa kata;
kita dipijak kepala.

bila kita
sedang bahagia;
setiap perbuatan dikatakan melampau.
sedang sengsara;
setiap perkataan dianggap mengemis kasihan.

bila kita
mati;
sama ada orang menyesal
atau
berpuas hati.










Jun 21, 2012





kalau awak dengar,dan kalau awak tahu ini untuk awak dan ya mungkin untuk awak.mungkin (:

dude,saya rindukan awak,sangat sangat (:

Jun 16, 2012

monologue


sekalian pembaca yang sangat baik,comel,cantik,kacak,bergaya,anggun,menawan dan seumpamanya,juga comot (jangan sedih,comot juga comel.HAHA),
ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA.
*rasa macam pertama kali menaip segerombolan ayat*

senarai perkara yang agak extraordinary (over nyahh) dah dilakukan hari ini - 16 Jun 2012

- picnic di tepi sungai perak (pemandangan yang sangat cantik&sejuk)
- memandu kereta kakak seolaholah tak pernah belajar memandu padahal lesen P dah ada (alasan:busy dengan matrik.HAHA.kfine)
- ke sukan SMKRPK, my old school and met my old friends there. trust me,they've grown up.matured.and masing masing bawa adik. 0_o *mencabar kesabaran.bagus.HAHA
- makan laksa,cendol dan air jagung yang dalamnya ada jagung.seriously,kat KUALA KANGSAR je yang kau boleh merasa air jagung yang ada jagung (pada hakikatnya macam ais kepal berperisa jagung,sumpah sedap)
- kedai mamak. *ini perkara To-Do-List kalau keluar dengan Shaikaaaa.* ;D
- sukan SMK Clifford. melilau lilau cari adik,,jumpa dan terus balik. 10-15minutes i guess.HAHA

perkara extraordinary yang DAH berlaku - 16 Jun 2012 *suka hati la nak taip tarikh ni berapa kali
(senarai di atas memang perkara yang dah berlaku tapi hm i wish i can paste my thoughts here with the imaginations so that you can understand.but cant.like do i care? HAHA .kidding ;) )

aku jumpa dia.
aku jumpa dia.
aku jumpa dia.
ini hal unexpected yang berlaku.

_____________________________________________________

white shirt
no tie
no stripes tie.
with smile,and laugh.

too many YOU i'd seen
too many YOU crossed that road
but at the end
it's YOU filled that way.
with smile and laugh.

_________________________________________________

bagi sesetengah orang,
"if you live in the past,you cant arrive to future"
bagi segelintir manusia,
"leave your past behind.live your present.achieve your future"
bagi beberapa penduduk di dunia,
"it is not about your past,present or future.it is all about your mind setting."
dan masalahnya bagi aku,
"i miss him and it's always been him"

lari topik.
who cares?
oh i do.
no im not.
yes i do.
shut up.
kfine.

__________________________________

hey hey hey Rugby Boy,
hey hey hey Prefect Boy,
hey hey hey Gentleman.

i miss you
i miss you
i miss you
and
always
i miss you
but i cant text you
i cant call you
i cant even see you
because i wont.
*she's lying*
okay.because im afraid
im afraid if you will feel annoy
so im pretending like im dying.
*she's too over*
shut up.
okay.
done.

____________________________________________




yusmandzulkarnaen,
he is you.
take care.



Jun 11, 2012

lets change the term stalker to secret admire ;)




let people hate you,
they will get tired.
let people insult you,
they will feel bored.
let people give you problems,
those will make you strong.
let people tell you lies,
those will harm them back,one day.
&
if these things burden you,
remember that Allah wont let you carry it,alone.
if these things bring you down,
remember that Allah will never let you fall.

___________________________________

dear People,
since she-cant-remember-the-date, you keep on saying harsh words to her,saying bad things about her,and sometimes you show your middle finger to her,with no reason.at all.

since she-knows-how-to-run-rather-than-walk, you stop her with sarcasm jokes, you tell her the stories about Ghost-That-Never-Exist-In-Dress, you punch at her face by laughing at all time.

since she-had-known-someone-called-Memories, you let her die violently, you give a deep-bloody scar in her wrist, you sing her a Happy Song Without Rhyme, you ask her to dance brokenly, you hit her breath by giving a shit to eat, you even try to crave an excruciating pain in her smile.

since those precious moments, she still stand and laugh. she still stand and walk. she still stand and alive. she still herself,but she has grown up to shake your hands and ask, "would you like to be one of my friends?" .

she knows how to handle you,people, without any tears.because you have taught her how to be strong enough to smile & how to be someone to no one (:

May 26, 2012

childhood (:

tqa says; "we are never too old for playground"


baju kotor,kaki berlecak,rambut serabai,muka comot.

pagi petang malam adalah masa bermain.
bangun pagi tak perlu fikir pasal mesej "Selamat pagi"
cuma tunggu dimarahi "kenapa tak mandi lagi?"
sepanjang hari adalah masa untuk ketawa,menangis dan tak terfikir untuk merasa sakit hati.

bilik bersepah,mainan berterabur,teddy bear dah hampir lunyai
dompet tak pernah wujud,
di leher tergantung telefon mainan yang dalamnya ada buih sabun.
segala gajet yang ada adalah palsu tapi itu yang direbutkan dengan abang.
dan, tanah adalah tempat yang seronok berguling
pokok adalah rumah yang paling kukuh
hujan adalah kawan yang tak pernah mengeluh.

kawan lainan jantina tak pernah kisah.
nafsu tak wujud untuk bercinta,jatuh suka atau minat secara rahsia.
yang tahu cuma ; kita kawan sampai tua,tahu?

momen paling seronok adalah
lari dari rumah.
dalam beg ada sehelai tshirt,seluar dan biskut.
lari waktu menangis
lari waktu orang semua tidur
lari waktu petang,bukan malam.
akhirnya,jumpa di rumah jiran,tertidur dan ayah dukung bawa pulang.

zaman kanak kanak paling hidup.
istilah untuk bunuh diri tak pernah wujud.
istilah rindu tak pernah tahu.
istilah sakit hati cuma kerana mainan hilang atau makanan direbut atau nama ayah dieejek,

tak ada kaitan dengan dunia sekarang;
yang dah makin kotor dengan penipuan.
yang dah makin terkambus dengan sampah ideologi bebal.

kembalikan semula zaman kanak kanak aku kepada kanak kanak sekarang
kerana sepertinya mereka kekurangan perasaan untuk berdiri sendiri.
disebabkan terlalu tepu dengan kemanjaan kalian sendiri.


Apr 29, 2012

jangan selaputkan dunia esok dengan sejarah kelmarin,

hantu , hantu dan hantu.
sekeliling dia semuanya hantu.
tak pernah nyata, tak pernah ada senyum dan tak pernah berjalan sendiri;
semuanya hantu.

najis,najis dan najis.
tertempek di jasadnya najis yang mengeras dan kadang mencair.
tak diperlukan, toksik dan kotor.
semuanya najis.

bangkai, bangkai dan bangkai.
dirinya dah dijadikan seperti si bangkai.
berkulat, teruk dan berbau hamis dan mereput.
terlalu bangkai.

karut, karut dan karut.
dia berada dalam golongan yang karut.
politik kotor, peperangan terancang dan kedamaian yang bohong.
semuanya karut.

esok, esok dan esok.
dia tunggu hari esok.
untuk halau segala hantu,
untuk cuci segala najis,
untuk tak hilang nyawa sia sia.
untuk tak campur dalam dunia yang mengarut.

tolonglah,biar esok dia hidup,hidup untuk bangun.

Apr 27, 2012

malam ini bulan separa bulat,tapi bukan hemisfera.
dan,
tak terang.
tapi,
masih seperti kelmarin,
dimana waktu ini bulan menangis
dan bintang berhenti mengemis.

Mar 30, 2012

alhamdulillah,
masih hidup,
masih sihat
&
masih boleh tersenyum
untuk teruskan
dan
teruskan ;)

Mar 23, 2012

bila tupai terjatuh dan cuba untuk melompat,tapi kaki terseliuh dan merempat. :)


hari-hari yang kebelakang,
aku terfikir pasal kau.
pasal kita.
dan pasal dulu.

dan,
di akhir pemikiran,
aku dalam keadaan separa sedar,dan otak aku dibogelkan dengan memikirkan kau.

lalu,
aku keluarkan kau dari kotak pemikiran aku,
dan letak kau di depan aku.
sambil meletakkan kedua tangan aku di bahu kau.
dan mata aku fokus ke mata kau.

"hari ini,aku nak langsaikan semua."
"tentang apa?"
"tentang perkara najis yang kau dah bagi aku makan"
"sejak bila aku bagi kau najis sepanjang kita bercinta?"
"najis itu adalah harapan"
"tapi kita dah berjanji untuk jadi suami isteri,nanti"
"itu najis paling teruk pernah kau keluarkan."
"kau tak percaya?"
"kebodohan aku percaya, firasat aku kata itu cuma penyedap rasa"

kedua kita terdiam.
dan kau menunduk; cuba untuk menangis.
tapi hati aku terlalu keras untuk bersedih.

selesai kita diam,
selesai kita cakap-tentang-soal-tak-matang,
selesai kita main tikam belakang,
selesai kita bagi ruang untuk cinta kita telanjang dan kontang,

tanpa rasa apa-apa,
aku tunjuk kau jalan pulang,
dan dengan senyuman ;
"kau masih belum aku sayang."

jangan korbankan kebodohan untuk percintaan yang lompang.

dengan kebodohan,
takkan ada perasaan.

dengan perasaan,
takkan wujud kecurangan.

dengan kecurangan,
takkan wujud kepercayaan.

dengan kepercayaan,
takkan ada istilah Perempuan Simpanan.

:)


;)